Monday, September 29, 2014

8 sebab kenapa peluang besar bisnes Shaklee di luar negara

Assalamualaikum readers,

Dah lama rasanya saya nak kongsi cerita tentang peluang bisnes Shaklee di luar negara ni. Baru sekarang berkesempatan dan idea pon mencurah2 gitu.:) Pertama kali kakak saya AKA upline saya bagi cadangan jual shaklee di Ruwais, saya terus cakap takde orang nak beli. pangkah terus! Kalau tak silap saya lepas 2 bulan baru saya konfiden. Tapi masa tu saya fikir, saya bisnes online, target saya customer yg tinggal kat malaysia. Masih tak yakin juga dengan market di negara orang.


Bila saya mulakan langkah, sambutan sangat luar biasa dari kawan2 di Ruwais. kawan2 yg tinggal di Malaysia plak tak berani order dengan saya sbb ada yg keliru stok akan dihantar dari Ruwais ke?hihi.. 


Untuk meluaskan bisnes saya, Saya mula masuk dalam group Malaysian di UAE. Saya add semua orang dalam facebook saya. Mostly perempuan la. Saya google blog2 orang Malaysia yg tinggal di UAE. Saya dah mula nampak peluang bisnes shaklee saya di luar negara.


Mula2 memang kawan2 Malaysia di Ruwais aje yg order. Kemudian ada beberapa teman indonesia. Lama kelamaan kawan2 suami saya dari pelbagai negara pon ada yg order. Dari India, Filipina, Thailand. Orang local pon ada! Kemudian ada juga dpt order pembaca2 blog saya yg tinggal di Dubai dan Abu Dhabi . Dan ada juga yg join ahli!


Saya listkan di sini 8 sebab kenapa peluang  besar bisnes shaklee di luar negara??


1. Jika kita berada di mana2 pon di luar dari negara Malaysia, peluang besar untuk kita conquer the market. Bila kita tinggal tempat orang, brg yg sukar dijumpai akan jd sgt berharga. Bila ada yg sanggup untuk menjual, maka org itu akan jd tumpuan.


2. Customers sanggup juga tunggu berminggu2 untuk brg yg mereka order sebab memang dah lumrah tinggal jauh,setiap brg yg di pos mengambil sedikit masa.


3. Customer takkan berkira lagi pasal postage cost sbb mereka paham ianya memang mahal.


4. Kalau takde yg mulakan bisnes ni, lebih baik kita bertindak segera. Jadi pioneer!


5. Shaklee dah dikenali ramai. Dah ramai yg menggunakan shaklee termasuk lah yg berhijrah ke luar negara. Ada yg bwk stok sendiri pada awalnya. Bila stok sendiri dah habis, pasti mereka pilih untuk beli dgn distributor yg ada berdekatan mereka.


6. Rakyat Malaysia yg berhijrah ke luar negara semakin ramai. Kalau di UAE ni, saya pon kurang pasti ada berapa org Malaysian. Kalau di Ruwais yg baru 5-6 thn menerima kedatangan org Malaysia pon dah hampir cecah 200 lebih dewasa. Saya percaya di bandar2 besar seperti Dubai dan Abu Dhabi yg dah lama rakyat Malaysia dtg berhijrah mungkin mencecah ribuan org. Jika anda satu2nya distributor Shaklee untuk ribuan org ini??Bukan ke besar peluang ni. Ini contoh di UAE. Kalau di negara2 lain, saya pasti peluang juga hampir sama.


7. Bisnes shaklee sgt mudah dengan adanya online system. Kita boleh uruskan bisnes seperti membuat order,cek bonus dan sebagainya melalui online system. Jadi selagi ada internet network, kita boleh berbisnes dari seluruh pelusuk dunia. Order dari UAE untuk customer di kokdiang sumenya boleh dengan hanya klik klik di online system.
8. Kita boleh dapat customer dari 2 negara. Satu dari negara kita menetap dan satu lagi customer dari malaysia. Dengan adanya FB,blog, twitter,instagram dan sebagainya boleh menghubungkan kita dengan semua org.

Kalau kita tak mencuba, sampai bila2 kita tak tau peluang yg ada untuk kita. Ada org rezeki peluang datang depan mata. Sesetengah org peluang tu kena dicari. Sentiasa percaya dengan kemampuan diri kita.

Cabaran tu sudah pasti ada. Bisnes yg takde cabaran dan dugaan?? Wujud ke? Mesti ada kan tak kira kita tinggal di mana. Selagi kita sentiasa positif, dan yakin dengan setiap rezeki dan ujian adalah dari Allah, perjalanan kita akan lebih mudah. 


Untuk anda di luar sana, yg tinggal di luar negara atau ada kenalan/sedara mara yg tinggal di luar negara, saya cadangkan ambil peluang untuk memulakan bisnes Shaklee ni. Kalau saya mampu lakukan, saya pasti anda juga boleh lakukan lebih baik dari saya. 


Awal2 berhijrah ke negara orang, saya hanya suri rumah yg tiada berpendapatan. Alhamdulillah saya mampu jana pendapatan 4 angka (malah lebih banyak dari gaji semasa saya bekerja dulu) dengan bisnes Shaklee. Aktiviti harian saya juga terisi dengan adanya bisnes ni. :)



 semasa Shaklee National Conference bersama2 downlines saya



 saya sekeluarga. kami menerima car bonus achiever pada National conference tersebut



happy faces.:)

Jika anda berminat boleh hubungi saya. Saya sedia membantu dan berkongsi sedikit pengalaman yg ada.


FB: puteri hafiza

call/sms/ whatsapp: +971 52 7775940

wassalam















Wednesday, September 24, 2014

Penawar batuk,demam & selsema anak-anak dengan shaklee

Assalamualaikum readers :)

Sebelum Arissa sekolah saya terpikir dah lama betul dia tak demam dan pake j2 selsema batuk tu. Elok je sehari nak mula sekolah, nampak hidung nya berair sikit. Mula je sekolah, selsema makin teruk. Hari ke-3 terus demam. Saya terus bagi nutriferon & vit C chewable. Tapi kena bagi jugak ubat demam, risau melarat.Alhamdulillah sehari je dia ponteng sekolah. Esoknya terus happy nak gi school.

Tapi selsema tu still on off. Saya teruskan bagi dia nutriferon & Vit C chewable. Kebiasaannya dalam 3-4 hari je selsema tu. tapi kali ni maybe dah start sekolah, berjumpa ramai org. Masuk minggu ke-3 Arissa mula batuk2. ponteng jugak sehari. Saya paksa dia makan omega. Selalunya kena sorok dalam minuman or makanan dia. Kali ni dia kunyah2 je macam adik. Saya cakap dgn dia makan omega untuk bagi cepat sihat. Tak sihat tak boleh pegi school. Tu yg laju je kunyah2.:)

Nampak ada perubahan. Selsema makin kering, tp batuk masih ada sikit2. Saya bagi jugak minum madu campur lemon, tapi sekali je dia nak minum. Saya buatkan lagi tapi adik yg habiskan. Si adik apa je yg dia tak makan. Sume nak bedal.hihi. Oh lagi satu Arissa ambik segelas fresh milk dicampur dgn mealshakes setiap pagi.

Penawar demam utk arissa yg paling berkesan adalah nutriferon. Untuk batuk dan selsema adalah omega guard dan Vit C chewable. Tapi kalau demam saya tetap kena standby ubat demam. Ubat batuk & selsema mmg dah lamaaaa sangat tak wujud dalam umah saya. Alhamdulillah. Kalau batuk berlarutan saya tetap bawak anak2 saya berjumpa doktor untuk cek. Ubat tu seboleh2 nya saya cuba elakkan. Setakat ni saya puas hati ikhtiar saya dengan supplement shaklee.  Kalau Qistina pulak seingat saya, saya belum pernah lagi bagi dia ubat batuk atau selsema. Saya bukan menolak terus, tapi hanya cuba elakkan saja. Saya tetap bawak anak2 saya berjumpa paedtrician jika ada masalah kesihatan. Saya bukan doktor yg boleh rawat anak di rumah saja.



mealshakes dan omega guard

omega guard


Bagi anak2 yg mengalami masalah asma

Ni video saya borak2 dengan Arissa pasal apa yg dia belajar kat school. Jemputla tgk. Part last tu tetiba tukar karakter. Nak tergelak ibu!:)))











Monday, September 22, 2014

Supplements untuk ibu hamil

Assalamualaikum readers,

Bila kita disahkan hamil/mengandung/pregnant, jangan sesekali abaikan pengambilan supplements. Dengan shaklee, kita ada supplements set lengkap hamil shaklee untuk diambil semasa pregnant. Masa pregnant Arissa, belum kenal shaklee. Saya ambil iberet folic, calcium dan neurogain. Masa pregnant qistina, walaupun masa tu dah kenal shaklee tp saya tetap ambil vitamin yg doktor bagi. Dan top up dengan supplement shaklee. Tapi kali ni memang sepenuhnya ambil supplements set hamil shaklee.

Masa saya tau saya pregnant, sy tak tergesa2 nk cek doctor pon. anak ketiga kekdahnya. kalau anak first tu tak dan dan nk gi cek doktor. Saya tak risau sbb folic acid, calcium, iron tu sume saya ada dengan shaklee. Saya memang ambik hari2 pon. Tambah2 masa tu busy pulak balik malaysia. Pastu mcm2 hal lagi. Dah masuk 4 bulan baru berkesempatan gi chk up. Gynea saya Dr. Usha tanya dah berapa bulan.Saya jawab 2 bulan lebih. Bila scan rupanya dah 4 bulan! Dah boleh nmpk boy ke girl..hihihi..

Jom kita tgk apa yg ada dalam set hamil shaklee??

1. Vitalea - sejenis multivitamin yg mengandungi 200mcg folic acid. terdapat juga iron,calcium dan sebagainya.Folic acid ni penting untuk ibu hamil untuk membentuk saraf tunjang pada bayi. Preggy moms kena ambik folic acid sekurang2nya 400mcg-800mcg.

2. Vita C - Bantu sistem imun badan utk ibu. dan juga bantu penyerapan iron.

3. B complex- Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B dan juga bantu kawal stress

4. ESP - Membekalkan protein utk menambah tenaga kepada ibu hamil.

5. Ostematrix (calcium&magnesium) - kalsium sgt penting untuk ibu hamil sebab pengambilan kalsium kita dikongsi bersama si kecil dalam perut tu.:). bagi mengelakkan si ibu mengalami osteoporosis, kurangkan lenguh2 badan dan cramp.

6.Omega guard - bagus untuk perkembangan otak bayi.

Sebaiknya ambil set lengkap semasa hamil. Bila kita pregnant, kita bukan saja perlu pikirkan tentang kita, tapi perlu ambil kira keperluan baby.Bagi yg kata tak boleh telan pil dan sebagainya, inilah permulaan pengorbanan kita sebagai ibu. Boleh ke tak boleh kena la harung jugak kan!:) Asalkan baby sihat.

Bila dorg dah besar lain pulak ceritanya. Kalau sakit nak kena cari cara bg dorg pulak makan ubat or supplements. Mencabar gak tu kalau anak yg cerewet. Anak pertama saya lagi memilih berbanding adiknya. sekarang ni si kakak dah makin senang disuruh ambik supplements. Tapi sejak sekolah ni asek selsema je. 

Jom layan video dua beradik ni buat coloring.  tema nya color sesuka hati dimana saja. :)



Nanti tambah lagi sorg menghuru hara kan lantai dengan pelbagai warna..hihi layannnn..








Saturday, September 20, 2014

Mealshakes untuk satu family

Assalamualaikum readers,:)

Bulan Sept ni special dengan adanya promo mealshakes Buy 3 FREE 1. Mealshakes ni satu keluarga boleh ambil. Multivitamin dalam bentuk serbuk. Untuk saya dan anak2 mmg kami consume mealshakes setiap hari. Kita baca sikit kebaikan Mealshakes. Dah baca mesti rasa nak cuba!:)


1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis VITAMIN A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan VITAMIN-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak. Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. Mengandungi VITAMIN A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

3. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap VITAMIN B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
4. DETOX
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.-sangat membantu untuk anak2 yg suka sembelit.
kami pengguna mealshakes..tgk jelingan budak belakang tu..hihihi
Mealshakes ni perisa vanilla. Memang sedap tau. Lemak2 berkrim. Mula2 anak2 saya susah nak terima. Lama2 Qistina mula sukakannya. Dia suka minum dalam botol susu. Kadang2 dia mintak sehari 2-3 kali,jadi saya kurangkan mealshakes tu utk satu hidangan utk dia. Berlebih2 nanti terlebih poo poo pulak sbb mealshakes ada fiber. Arissa pulak sejak semggu dua sebelum masuk school dia mula minum mealshakes. Tapi kakak besar ni minum dalam cawan la. Alhamdulillah dia makin suka. Sekarang setiap kali sebelum ke school dia cuma sarapan mealshakes. 
sedapnyaaaa....:)
Last sekali jom layan video Arissa buat magic show@ teka teki..hihi..Sebelum tu belajar counting, pastu sambung main teka teki pulak.:)

Tuesday, September 16, 2014

LoV Blogging class

Assalamualaikum,

Hari ni special utk group saya LoV kerana seramai 6 org telah menghadirkan diri untuk kelas blogging bersama 2 org masters iaitu Master Puteri dan Master Alin. Yang bestnya saya yg jauh dapat join belajar sama2 dorg dan monitor anak2 buah saya juga dengan menggunakan skype! :). Bangga dengan dorg yg bersungguh2 mencari ilmu especially kak ngah dan kak anis yg dtg jauh dari pahang.

Saya pon terus update blog sbb dah 5 mggu tak update..kihkih.. Kena disiplin lagi sbb saya juga dah dpt bbrp customer melalui blog. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yg sudi singgah di blog saya dan berminat untuk berurusan dengan saya.

ni antara gambar2 yg sy snap dr laptop saya semasa kelas.




Semuanya mudah dgn teknologi. Nak atau tak nak, itu je.ilmu boleh dicari. Semoga semangat 6 org ni jadi cth utk ahli2 LoV yg lain juga.

Thanx a lot both masters!!tlg ajar my biz partners.:)))..jasa kalian dikenang..

Monday, August 11, 2014

Sepagi di ruwais hospital

Salam semua pengunjung setia blog saya. Ada ke??hihihi

Hari ni saya ada check up dengan gynea. Sekarang ni masing menunggu utk dipanggil. Macam biasalah ambik masa sikit. Sempat la saya berjalan2 ke kafe dulu td sbb perut dah berkeroncong. Pekena sandwich 2 keping dgn air. 15 dirham! Hmmm xde yg murah di bumi UAE ni. 

Anak2 tadi tak bangun lagi. Suami balik dari keje malam,saya terus gerak ke spital.tinggal dorg kat rumah berdua beradik. 1st time buat gitu. Risau jugak. Tapi kalau heret lagi byk cerita. Tinggal la dorg dalam 10 minit tanpa ibu dan abah kt umah. Alhamdulillah suami balik dorg masih nyenyak tido. Dekat je spital nya. 

Nak tgk gambo hospital ruwais yg sgt santek??

Santek kannnn..maaf cakap mmg kalah prince court..kikiki

Tenang gituuuu..

Tapinya kalau cakap psl service deme...malas nk cite pjg ler..yg pasti dr 930 dtg td smpi skrg 1120 masih belum jumpe doktor walaupun saya patient no 6..
Kita tenang2 aje..tulis blog. Gi santai minum kat kafe..pasal kita makan b complex!kekekeke.. 

Mlm tadi saya cakap ngn the girls tu srh tido awal sbb nak jumpe doktor arini bak check baby..the girls menjerit2 cakap yeayyy! Qistina dari dalam tent tgh main kuar cakap
Qistina : 'nanti tgk baby??mcm ni??' Dia tunjuk plastik diapers dia ada gambar baby. 
Saya:'bukan..check je baby dlm perut,belum keluar lg'

Qistina : ohhhh tak kuar lagiiiii...
Terus mAsuk blk dlm tent dia smbg main.. Hihihi..panggil dia kakak dia marah.tak sabar plak dia nk jumpe baby.πŸ˜„πŸ˜„..

Haih belum dipanggil lg nak jumpe gynea..senyum senyum senyum..πŸ˜€πŸ˜€


Sempat selfie plak haku.hahaha..gambo tahan gelak ambik gambo sorg2. Jenuh tahan hidung. mentang2 anak2 tak ikut.
Kasi can la..nak selfie jugokkk..πŸ˜„πŸ˜„

Utk preggy moms, jgn lupa ambil vitamin utk kesihatan baby dan anda.. MAkan vitamin bukan penyebab baby besar ye.. Saya semestinya ambil set pregnant SHAKLEE❤️❤️❤️❤️

Wassalam





Saturday, August 9, 2014

Makanan sunnah dan Shaklee

Saya kurg arif yg dikatakan dgn makanan sunnah ni. Ada la tau beberapa jenis. Yg saya google ,ni link nya yg saya dpt. 

http://ibuamiruluwais.blogspot.ae/2013/05/21-jenis-makanan-sunnah.html?m=1

Sy bersyukur dapat peluang tinggal kt negara arab ni..kat rumah mmg sentiasa ada buah kurma,buah tin..sepanjang hari spjg tahun ada kt umah.nak kurma jenis apa mcm2 ada.feveret saya kurma fresh tp ada musim je la.olive oil ngn cuka pon sentiasa ada. Nak yg dari palestine pon byk ada jual. Saya mmg makan buah2an..apa2 pon bedal..

Dalam artikel ni kata salah satu makanan sunnah yg lain ialan buah anggur ngn tembikai..feveret nih!!anggur tu mmg selalu kena beli sbb berebut ngn bdk2 kt umah ni. Abah dia ada anggur vivix dah!πŸ˜€.. Labu pon salah satunya tp jarang2 beli tapi selalu dimakan sbb ada dalam nutriferon tp bijik labu laπŸ˜€..air zam zam pulak alhamdulillah sentiasa ada sbb ramai kawan2 yg berpeluang menunaikan umrah mesti bek ole ole air zam zam.alhamdulillah. 

Halia plak kompem dah mkn almost hari2..tmbh2 tok laki suka kari..boh lam kari ini macam la .. Eh shaklee pon ada jual peppermint ginger..eh eh shaklee ni..ada belaka plak dia... Habatussauda plak saya byk beli masa di madinah dulu..madu plak, saya suka madu dr yemen.beli kat global village dubai.tapi sethn sekali plak nk pegi.selalu beli dgn teman indonesia je..sentiasa ada stoknya..

Sy ambik supplement moden shaklee ni x penah tolak makanan sunnah ni..kebanyakkannya sentiasa ada dlm rumah saya. Anak2 sy pon suke. Makanan yg baik2,yg byk khasiat kita ambik..yg tak berkhasiat tu kita kurg2 kan. Apa saja makanan di muka bumi Allah ni kita nikmati dgn hati yg senang sbb reZeki dr Allah.

Saturday, August 2, 2014

Salam aidilfitri dan promo ogos!

Assalamualaikum...

Belum terlambat lagi kan nak ucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin. Sepanjang setahun masyaAllah dosa tak terhitung dgn ramai org tanpa sedar atau tidak. Kelemahan saya ni adalah suka melawak kasar especially dgn kawan2. Kadang2 terlebih sudah yg saya tak perasan. Harap2 segala keterlanjuran saya ini dapat diperbaiki dan semua yg terasa hati dapat memaafkan saya.:(...



Istimewa promo bulan ini ialah GLA complex. Beli 6 percuma 1. Ramaaaaiii peminat GLA complex bersorak gembira. cewah ayat buku. Tapi mmg ye! Ramai yg suka. Umpama sahabat baik wanita. GLA ni selalu dikaitkan dengan kesuburan. Cerita pasal kesuburan ni, ramai jugak yg rasa nak cili mulut2 org yg suka komplen psl kesuburan org! Takde anak pon sebokkkk tanya, anak berderet ponnnn org sebok nk komen!ha ha ha ha *gelak pudar*..

Macam ni...Perkara pertama sebelum kita tergolong dalam org yg suka komplen dengan kesuburan org, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa semua yg berlaku adalah dengan keizinan Allah. Jangan kau ingat kau mampu mengandungkan bini kau berkali2 bermakna kau lelaki gagah. Silap banyak okay! Tu semua dengan izin dan kuasa Allah. 

Eh yg keje nak beranak pon org kata! hak hak hak.. Saya ada terdengar ceramah pasal kurniaan anak yg ramai ni. Rasulullah saw sangat menegah umatnya dari terus membujang dan tidak mahu berumahtangga dan tidak mahu berzuriat seperti kelakuan orang-orang musyirikin yang tidak mahu bertanggungjawab kerana takutkan papa, miskin, merosot ekonomi dan kelaparan. Bukan semua org dapat peluang untuk mendapat zuriat. 
Tapi bagi Yg mahu tapi belum diberi rezeki tu jgn risau..Allah sebaik2 perancang.

Saya banyak jugak membaca tentang kesuburan ni. Ada satu artikel tu *sori lupa baca kat mana*, katanya selepas 6 bulan perkahwinan jika masih belum hamil, hendaklah segera membuat pemeriksaan. Ni utk org yg memang tanpa plan untuk menangguhkan mendapat cahaya mata. Ada org terpaksa menangguhkan hasrat mendpt cahayamata atas sebab2 tertentu kan. Atas sebab sakit dan sebagainya. Ada jugak tau. Jgn tuduh2 org takmo anak ke apa. *bukak minda..bukak minda* Ok berbalik cerita tadi, kalau tak boleh hamil selepas 6 bulan perkahwinan, segeralah berjumpa doktor. Pasangan kena buat pemeriksaan suami dan isteri. Kedua2nya! Nak gozzzippp sket. ahaks. Ada suami rasa ni semua hanya isteri je yg kena buat check up. I is gagah uols..katanya..Ko gagah ke,ko ahli bina badan ke, gi cek jelah sama2 ngn isteri tu. Jgn byk bunyik. Jgn bebankan masalah pada isteri je. Tapi tak semua lah suami2 mcm tu.. Ramai jugak yg mulia. :)

Kemudian, Jika masalah tidak dapat dikenalpasti, kita perlu berjumpa dengan doktor yg lain pulak. Ni cadangan dari saya lah. Sebabnya saya pernah terbaca ada satu pasangan ni cek dgn 3-4 doktor yg mengatakan mereka adalah normal. Tapi dengan izin Allah mereka tak putus asa, mencuba lagi check up dengan doktor yg lain dan akhirnya baru lah masalah dorg tu dikenal pasti.Setelah 8 tahun!Alhamdulillah selepas tu mereka dikurniakan anak. Subhanallahhh.. 

Jangan sesekali takut untuk menghadapi realiti. Biar kita tahu masalah lebih awal dari dibiarkan lama2. Jika segala usaha dah dilakukan, berserah lah dengan segala ketentuan Allah. Dia lebih mengetahui akan setiap apa yg terjadi. Pernah dengar tak kata2 ni. **Kadang Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya kemana hilangnya matahari.Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi** Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Panjang pulak kan. Apa yg pasti ikhtiar dengan set kesuburan shaklee pon ada. Salah satunya adalah GLA complex. Utk lelaki boleh cuba zinc. Tu paling basic lah. Klu nak complete sila lah cuba bersama B compex, vitalea, ESP,vitamin E. Tak rugi pon makan semua ni. Sebab khasiat nya lebih dari utk kesuburan. Untuk kesihatan keseluruhan nya..

Sekian dulu utk hari ni..wassalam..:)



Monday, July 21, 2014

Kisah dunia...

Assalamualaikum

Ramadhan dah menghampiri penghujungnya utk kali ini.YaAllah rasa cepatnya masa berlalu. Kerdilnya rasa bila membandingkan amalan yg sempat dilakukan sepanjang ramadhan. 

Dalam kegembiraan nak menyambut hari raya, terlalu banyak berita yg menyayat hati yg melanda dunia dan juga khususnya Malaysia. Walaupun wall fb saya masih penuh dgn iklan shaklee, tak bermakna saya tak peduli. Kadang2 otak rasa penat membaca info2 yg sgt berat utk dihadam dan diterima akal dgn semua peristiwa yg berlaku. 

Tapi kekuatan kita sebagai umat islam adalah percaya dengan kekuasaan Allah. Teruskan berdoa tanpa henti. Merayu pada Allah. Meminta pada Nya. Semoga kita seluruh umat islam sentiasa ditetapkan iman dan takwa. Diberi perlindungan olehNya terutamanya umat islam di Gaza,syria dan seluruh dunia yg ditindas oleh manusia2 yg zalim. 

Umat islam harus bersatu. Memperjuangkan keadilan dan mengangkat martabat kita di mata dunia. Jangan takut mencari kekayaan dunia, tapi jadilah org yg kaya yg dermawan. Bantu menyumbang kepada seluruh umat islam sejagat. InsyaAllah...

Tuesday, July 15, 2014

New project!!Video masak2 bersama anak2..

Assalamualaikum semua,

Sekian lama tak berblog, tetiba dtg dgn projek baru..Saya dapat idea nak buat video masak2 bersama anak2. Sume video akan di share di dlm blog ni.. Sambil2 tgk saya memasak, saya akan selitkan dgn supplement2 shaklee yg sy ambil. Dah  namanya distributor shaklee..haruslah iklan kan..hehhehe..ni video pertama kami..enjoyyy!!

Cara membuat moist choc cake cara saya.


Monday, May 5, 2014

Set Migthy 3 gems Shaklee

Menjelang ramadhan tak lama lagi,persiapan puasa saya lebih seronok sebab ada promo mealshakes bulan ni. Saya pernah cuba berpuasa ganti  dgn ESP,mealshakes n Performance orange drink (set migthy 3 gems).  Alhamdulillah rasanya lain sekali. Saya kurang rasa lapar (tak lapar langsung tu tipu la kot.hehe),kurang rasa kering tekak dahaga dan badan pon takda letih melampau! Saya ni jenis kerap minum air tambah2 bila lepas menyusukan qistina. Alhamdulillah masih bertenaga. Qistina dah 2 tahun 1 bulan tapi masih BF. Bila dah 2 tahun ni lagi kerap menyusu.


budak manja nih!

ESP ni macam meal replacement. Bagi kita kenyang lebih lama. Mealshake pulak multivitamin dalam bentuk serbuk. rasa vanilla tu sgt2 sedap.lemak berkrim, Performance drink pulak dibancuh dgn air sejuk,perghhh sedap sgt! Selalunya saya bancuh ESP + Mealshake+ fresh milk + milo. Dibancuh sejuk2. Nyaman sangat..


U all kena cuba set ni. Tambah2 ibu2 yg masih menyusukan anak, yg preggy, yg ada masalah gastrik,yg selalu lemah2 bila puasa. Elok sgt cuba! takyah tunggu puasa pon takpe. Jadikan menu breakfast yg sihat dan bertenaga. pagi2 pekena air ni baru bertenaga. gantikan la teh tarik, kopi pagi2 tu dgn breakfast berkhasiat ni.

Teringin nak cuba? contact je saya. 
whatsapp: +971503218749
puteri hafiza @ ija

nak buat order sendiri?boleh klik terus DI SINI

Happy shopping!







Friday, May 2, 2014

Kembali bersiaran!!

Assalamualaikum

Lama sangat dah tak berblog. Mood nak menulis dah mariii..nantikan post2 menarik dari saya ;)..

Bulan ni promo mealshakes buy 6 free 1.special untuk ahli berdaftar sahaja ye. Yg belum jadi ahli jom contact saya!

Whatsapp: +971503218749
Fb :puteri hafiza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...