Tuesday, April 13, 2010

cheese cake yang sangat cheesy..

Resepi yang sangat mudah!

Bahan2 yang diperlukan

1. Buttercup seketul

2. Cream cheese kraft philadelphia seketul

3. Telur ayam 4 biji

4. Gula castor 180g (ini perlu diejas..rasanya cukupla 100g jek kerana hasilnya sangat manis..Tapi bg penggemar manis, bolehla ikut resepi asal)

5. Biskut marie (ini pon kena carik biskut lain. Biskut yang lebih enak..)

6. esen vanilla - 2 sudu

Cara2 membuatnya

1. Hancurkan biskut hingga halus (masukkan biskut dalam plastik dan ketuk la dengan tukul ke ape ke..janji hancur)

2. cairkan butter kemudian campurkan biskut dengan butter dan gaul sebati.

3. Tekan campuran tadi ke dalam loyang hingga padat kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Pukul telur bersama gula hingga kembang semangkuk.

5. Dalam mangkuk berasingan, pukul pula cream cheese.

6. Kemudian campurkan bahan2 dalam kedua2 mangkuk tersebut dan gaul hingga sebati.

7. masukkan esen vanila.

8. Ambil loyang yang berisi biskut yang telah dipadatkan tadi, kemudian tuang campuran tadi ke dalam loyang.

9. Bakar pada suhu 150 deg C selama 1 jam

10. Apabila masak, sejukkan di dalam peti sejuk supaya mendapat rasa yang lebih hebat mengalahkan secret recepi..kehkehkeh..




Bila mereka rajin...

Apabila keadaan kanak-kanak ini rajin, inilah yang berlaku..



berebut-rebut mop sesama sendiri




kakak berjaya merampas kayu mop..gaya bibik..



giliran adik pulak terlebih rajin..sungguh tak terkawal..




anak dara sedang menolong makciknye yang suke buat kek tapi selalu tak jadi..tapi kali ni cheese cake nye diminati ramai..kahkahkah..

Si adik juga turut menolong makciknye mengemas kereta tapi makciknye lupa nak ambik gambar sebagai bukti. Tapi ianya adalah kisah benar. Mengapa makciknya bersemangat mengemas dalam kereta yang dah macam sarang kucing nak beranak?? Ini kerana si makcik bersama kanak2 ini telah pergi mencuci kereta di sebuah car wash yang mempunyai mesin yang canggih (ayat jakun). Bila keadaan luarnya sudah bersih, maka di dalamnya juga perlulah dibersihkan sama. Tak kuasa nak cuci bhgn dalam kereta kat car wash tu sebab di dalamnya MACAM2 ada..Tak sangka bandar kecik ini ade car wash seperti itu maka melompat2 la kanak2 ini bila masuk ke dalam mesin itu hingga bergegar2 kereta dibuatnya. Makcik nebes!!

oh ada seorang lagi kanak2 yang rajin..


rajin membaca..gud2...inilah yang kita mahu!!


arghh penatnya belajar alphabet!! tido la dulu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...