Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Panas!panas!panas!

Panas pilihanraya masih belum reda. Kat rumah ni plak mmg panas real. Dah masuk summer kan. Memang terasa bahangnya. Tapi rupanya aircond umah ni yang rosak. Qistina berpeluh2 main lam umah.

Kelmarin suami saya call org maintenance suruh dtg baiki aircond. Dari pagi cuba call. Tapi biasalah kat sini. Suke  pass baton! Call si A, A bg no B, B pulak bg no C. Sudahnya dekat jam 5 baru dapat  pd orang yang sepatutnya. Org tu pada mula tak nak dtg sebab dah abih waktu keje la apa la alasan. Bila dah datang masih tak setel juga. Dia kata nak datang esok pagi.

Esoknya janji jam 9..kol 12 baru muncul. Rupanya masalah dah penuh habuk jeww..hihihi..kt atas melangit yg 2 kt dinding tu mana la daya nak cuci.Takpelah janji umah ni sejuk balik. Tgahari tu Nasib baik suami kata nak makan di Ghayati. Suke sgt lah saya tak payah masak..hehehe

Pada mulanya suami saya nak ajak kwnnya tp teringat yang anaknya sekolah. Tapi tup2 kwnnya tu call ajak mkn kat ghayati jgk. Dah rezeki dpt jugak mkn same2. Anaknya dah blk skolah pon.

Balik dari ghayati kami lalu jln baru,blom siap sepenuhnya lg. Ni 2nd time lalu. Mmg cepat sikit. Kalau dah siap nnt lagi cepat!

Dua beradik ni buat bunyi sbb jln terhentak2(Mcm  bunyi kita ckp dpn kipas tu!). Qistina sampai tunduk2 mukanya. hehehe. Ada videonya tp besar  sgt filenya.:-)


Sunday, July 3, 2011

Arissa belajar berjln kat rumput



Arissa dah masuk 1 thn sebulan..Dari 11 bulan aku kira die melangkah setapak..sampai ke hari ni dah boleh melangkah 4 tapak.. Tapi belum boleh jalan betul lagi. Bilekah wahai anakku??Gigi pon baru 4 batang..Cukup setahun baru dia tumbuh gigi. Sebatang gigi je yg beso..yg lain sume comel2 lg..hehe


Abah dia buat latihan berjalan atas rumput. Jom tengok video ni..








takut2 nak pijak rumput..



keep practising sayang! Practice makes perfect..:-)

Sunday, June 26, 2011

it's summer!!

Dah masuk summer pon. panasnya bukan main! Suhu dalam 38 degC ke 5o deg C. Sesape yang nak ganti pose time ni jenuh sikitla. pukul 410am dah masuk subuh. 6am dah terang benderang. Kalau di Malaysia bangun kol 6 dah kira awal,kat sini kol 6 dah subuh gajah.waktu maghribnya pulak lebih kurang di Malaysia, 721pm.


Aku ngan Arissa memang jarang2 keluar rumah. Selalunya pegi pasar je lah. Kesian kat abah Arissa la kena kerja bawah terik matahari nak carik rezeki. Malam2 pon panas apatah lagi waktu siang. Bukan senang carik rezeki. Ingat tu anak ibu!


Jom tengok gambo Arissa di bawak terik matahari. Sesekali keluar, nah rasakan kepanasannya...Gambo lebih kurang sama jek..heheh



Soping baju raya Arissa time sale aritu..Separuh dari barang soping tu,our neighbour yg punye..bile diamati,diorg soping lg byk dari kitorg...hehehe....utk anak2 sedare katenye...bagus2...:-)



'Ada orang call abah saya la...'



'Cepatla abah cakap tepon tu..Arissa panas ni..'




'Bile nak abis ni....:-('




'Yeayy..jom kite pulang!!...'

Wednesday, March 16, 2011

Kami akan pulang...

Cerita pasal umah baru,pasal buku,tangguh la dulu..Kami mahu pulang..InsyaAllah 19hb mac jam 2pm kami sekeluarga akan sampai di Kuala Lumpur. 5 bulan setengah tuuu...Sejarah dlm hidup tak balik kampung lame tuh..Lepas2 ni tatau la nak wat rekod berapa lama pulak. hmm...


Ni video Arissa bagitau dia nak balik kampung...heee

Sampai KL, kak lin n family akan jemput kat airport. Hari ahad, kakakku pulak akan anto ke airport subang. Kami akan naik fly2ipoh.com dari subang to ipoh. Dapat harga promosi.:-). Gitulah plannye. InsyaAllah...Tengkiu semua..we lebiu all..heheh

Semoga perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik selamat dan berjalan lancar. Aminnnn...

Sunday, January 30, 2011

Bermain dengan word cards



Ini cuma alasan je untuk ibu lebih lama mengadap laptop untuk mencari resepi2 menarik. Cari resepi memang rajin. memasak je malas. Yang bertarabur tu bukan anak punya keje tapi ibunya. Main lah kau dengan kad2 ini. ibumu busy!hihi..Tapi ibu tak biorkan aje arissa main sorang2 ngan kad2 ni. tak boleyyy...bahaye..




Ibu baca word pada kad2 tu kuat2. Arissa pandang je kad2 tu. tepuk2.sengeh2.tatau la apa maksudnya. berminat la kot.



Nak kena study dah ke??cam pening je banyak sangat nih..


kotak ni menarik!try ketuk sket..



ce cuba rasa sket..ermmmmm
















Monday, November 22, 2010

Aidiladha di perantauan..

Terlambat dah kan nak ucap selamat hari raya aidiladha.



Raya kami sekeluarga sederhana je. Jauh berbeza la kalau sambut kat kampung halaman. TAk prepare pon baju raya ke, apa2 pon tak. Tapi aku sebok jugak la buat rendang daging (tak berapa nak jadi..tapi still boleh telan la..), rendang untuk diri sendri makan. bukan jamu orang pon. saje nak buat2 sebok macam kecoh gile esok ramai tetamu nak datang..hehhh..buat kek segera. Kek ni aku bawak umah kawan raat. Dia sekeluarga buat makan2.




Korang penah pegi beraya umah orang selain sanak saudara sendiri selama 3 jam setengah??penah???eh tak malunye korang...same la cam aku. Kitorang pegi beraya dari pukul 11 pagi smpi 230 petang dok umah yang sama. Sampai je terus makan. Pastu tolong sikit2. pastu makan kuih2 pulak. Nak balik tu makan lagi satu round. fuhhhh..





Ni cuma sebahagian menunye. Masa datang tu ada lagi menu yang sedang dibuat oleh tuan rumah.



Yang paling aku suke cheese tart. Banyak aku makan.shedaapppp..nanti bebile nak blaja la ngan kak annie, tuan rumah ni. Neway thanx to kak annie and family kerana jemput kami sekeluarga datang ke rumah. Dapat gak rasa suasana berhari raya.



Sedap je Arissa tido kat belakang tu. Buat macam umah sendiri. Siap berselimut.abah le tu...Abah yang dodoikan tu sampai tertido..pandai abah!Bodek sikit abah ni..mane tau die nak bawak kite gi dubai lg ke..hikss.




udah bangunnnn...ish ish...


Tengokla abah saya makan kat belakang tu..sopan jek..hihi


balancing..



Balik umah tido kekenyangan. Begitulah berakhirnya aidiladha kami utk tahun ini di perantauan.hmmmmm...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.MAAF ZAHIR BATIN. :-))

Sunday, November 14, 2010

my life in Ruwais..

Berkurun abad tak update cite kat sini. malas beno.

Dah sebulan lebih rupenya aku ngan Arissa pindah ke ruwais,abu dhabi nih.
So far, oklah. Bila orang tanya cemane life kat tempat orang..jawapannya OK aje. Best sangat pon tidak. Tak best pon tak. Dok tempat orang mestila tak sama ngan tempat sendiri kan. Apa2 pun aku tetapla hepi sebab dapat duduk sama2 ngan suami dan anak2..err anak2??



Sedih jauh ngan family??of coz la sedih..banjir la jugak klia aritu mase kitorg nak berangkat ke negara pak arab nih. tapi bila dapat skype ngan dorang, takdela terasa sangat dok jauh. Ngan kawan2 pon i dapat skype..best betul u ols ni kan..


Aku kat sini dapat umah sementara AKA cabin. cam nak nangis kan dengar dok lam cabin. Tapi dalam macam hotel..kelasss tau!!hiks..mamposla riak je bunyi..nama tempat ni NCC camp. Dok tempat ni memang sesuai la ngan aku yang pemalas ni. Baju orang basuhkan. Makan orang masakkan. Umah orang datang cuci..haa nak hape lagiii..time kasih kat suami i sediakan 3 orang gaji lam umah ni..kehkehkeh..


well tak semua la baju aku anto laundry. Yang mana patut je la. Yang tak patut tu basuh la sendri..takkan malas beno aku ni!!! eh cam marah pulak aku ni..Makan lak kdg2 aku selera la makan kat kafe tu. Kadang2 jemu jugak. Selalunye menu western food. pastu lauk pauk padiyappa la byk..pening gelek2 mak layan menu kat situ. Tapi aku selalu amik eskrem kat situ..pastu buah2..kek..huishh tak sihat okay aku dok sini..Tapi kalau dah malas masak tu,sanggup tolak arissa gi kafe tengah2 hari buta rembang tu...lantakla kan..janji perut mak kenyang..Arissa pon redha je la..


Mula2 dok sini,tiap2 hari la cleaner ketuk pintu cabin ni nak cuci umah. Aku mesti bukak sikit je pintu pehtu cakap 'NO NEED!NO NEED!..laju je terus tutup pintu.muke die pon aku tak tengok.tatutttt...pastu ade skali orang datang nak betulkan fire alarm pon aku cakap no need terus tutup pintu..Yang ni lagi seram sebab die tarik pintu aku bile aku bukak. terus aku tutup cepat2. Tak lama lepas tu ada orang ketuk lagi..terus aku tak bukak2..Rupanya bila sembang ngan akak sebelah ni, orang tu datang nak bagi air. Memang tiap2 petang dorang akan bagi air mineral 2 botol, gula,nescafe,teh dan susu. Esoknya bila orang tu datang aku tade la cuak lagi sebab nak amik air tu..pree kan..harus la hamik kan..yang orang nak betulkan fire alarm tu sampai ke sudah tak datang betulkan..pelik kot die tengok pompuan ni nebes semacam cam nampak hantu..hahah.

gitu lah aku mula2 dok sini..sekarang ni rase secure je dok lam ncc camp ni..orangnye baik2 je belaka. Cleaner akan datang bila raat ada kat rumah. Raat yang akan panggil dorang ni datang. So dorang ni dah paham la. Takde la ketuk2 pintu lagi..Tapi 'orang2 gaji' ni sementara je lah. Nanti dah dapat permanent housing tak meraso la dah! Takpelah. Sementara ada ni gunakan sebaik mungkin!!

Restoran pertama aku makan kat sini kat gayathi nama tempatnya. Dalam 30-40 minit dari umah. Mula2 makan ramai2 ngan orang malaysia kat sini. Tak paham seh makan atas plastik. Sampai koyak plastik tu aku buat..wakakaka...aku makan ciput jek sebab kais2 nasik dah sampai ke karpet..yek yek..potonggg..itu first time..Second time pegi, jiran sebelah belanja. Kali ni dah pandai sikit. Tade koyak dah..heee...tapi makan dan makan lagi tapi tak kenyang2..ape keheynye..sedap wehhh..menunye grilled chicken ngan nasik ape tah..cam beriyani tuh..makan ngan sambal..tapi i bawak sambal sendiri baru kawww...Tak lama lepas tu aku ajak raat pegi lagi..shedapppp..

Haaa kalau pak arab melantak satu dulang ni sorang je. Disebabkan kita orang malaysia memang sopan2..jadinya elok la share berdua..

After 15 minutes... Licinnnn...kena makan atas plastik biru tu la sepatutnya.Tapi sebab kitorang makan berdua jek, So makan je la dalam dulang tu. Ada dulang yang lagi besar dan besar lagi untuk kapasiti manusia yang lebih ramai(atau kapasiti perut yang lebih besar).

tu diaaa..hngga ke tulang yang terakhir...



Tak jauh dari umah aku ni ada laut. Boleh jalan kaki je ke situ. Tapi aku tak penah la wat keje gitu. Malas aku berpanas. Abisla itam kulit aku yang putih melepak nih..kekekke..Jauh sikit dari rumah, ada beach yang santek. Adnoc beach club. Yang ni tak boleh menapak.harus la naik kete. Kalau nak jalan jugak, bukan takat itam,ko boleh rentung tengah jalan..hehehe..tade la sampai gitu.


Air laut yang biru..tenang sekali..

Kadang2 kan..ade hari cam nak makan sedap sikit, raat bawak aku ngan arissa pegi recreation center. Kat situ leh makan buffet lunch. Menu special sudah tentu beriyani dan kambingnye..nyum nyum..ade uum ali..ni macam puding roti..tapi sedap puding roti aku buat lagi..ahakss..pehtu ada macam2 lagilah..western food,indian food etc etc..sume mak rase!jakun!! Peberet i adalah eskrem..ritu bedal 2 ketul eskem skaligus..kebas pipi aku!!



ko tengok la mulut pompuan ni..nak makan tapi nak bergambo..gelojoh! Nampak air merah tu?? Bukan air sirap tau!air pebende tah..sentap mak kejap bile masuk lam tekak..yewww...air ape nii??tak shedappp..
Pastu plak kalau teringin nak makan KFC, kitorang pegi kat ADNOC patrol station. Kat situ ada restoran SFC (Southern Fried Chicken)..Boleh la tahan.

Ape kes cite makan je nih...Ni je ke aktiviti aku kat sini..huhuhu

Aku dah jumpe kebanyakan orang malaysia kat ruwais. Sumenye baik2 belaka..ada la join bbq kat adnoc beach tu,pastu dorang ajak makan2 kat umah..disebabkan tempat aku jauh dari orang lain,so jarang2 la dapat jumpe..

pasal budak kecik tu pulak..


1.Gelak mengekek kalau orang geletek.

2.suka geleng2 kepala. Masa injection aritu, Arissa kena inject 2 kali.Menangis la anak ibu ni.Yang kali kedua siap geleng2 pale..ibu mula2 rasa nebes jugak nak tgk arissa kena inject 2 kali tuh.Tapi bila dia nangis sambil geleng pale,nak tergelak plak rase..hehe.Apa daaa..Tu la dok keliling ngan uncle padiyappa..jangkit dah geleng2 pale..

3.Suka bebel2 sorang2. Tapi lama2 kalau tade sape layan dia, mulala nangis..

4.Dah tido menerap plak. Ibu riso gak.Tapi tengok anak ibu ni rilek je..cam selesa je..layann..kadang bukan saje menerap..dah memusing2..bahaye dah ni tido atas katil..





5.Kalau nak susukan dia, dia akan excited. gelak2 kecil2 gitu..heheh .yuyu cite aliyah pon sama dulu camni.



6.Tak boleh ibu jauh sket dari die..mula la nak nangis..bunyi cam sedih sangat. Mula2 elok je main sorang2..bile ibu jenguk je die, terus drama!nak soh amik die..Tapi ibu arissa ni kreatif orangnya..hehe..ibu letak arissa dalam stroller..bawak la kemana ibu pegi..ke dapur tengok ibu masak..ke depan tv..tengok ibu jemur kain lam blk satu lg tu..haha..hamik stroller lam rumah!!



7.Ibu heran kalau arissa main ngan teddy bear die ni..mesti sudahnya teddy bear ni dok atas belakang die..ape arissa buat??




8.suke sembur air liur die. berbuih2 tepi mulut die. tu yang ade cam rashes tepi2 mulut die..merah2..

9.sume bende nak makan..toy die abis basah2..
ermm yang ni sedap jugak..masam2 masin kelat..

eh eh buat bantal pon bolehla...canggihnye toy aku ni
waduh penat mengarang karangan spm bergambar 80 muka surat..muntah2 la bace...:))

Saturday, March 27, 2010

kenduri doa selamat

Setel dah kenduri doa selamat sempena mak buyung nak bersalin nanti. Semoga ibu dan baby sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan..aminnn..


Menu untuk kenduri doa selamat ni..mee soto, pulut, sambal tumis serta air kiwi dan kopi. Aku buat begedil ayam for the 1st time in my life. sudah pasti la percubaan pertama selalunya banyak kekurangan.hiks..Tetamu yang datang amat musykil dengan kehadiran 'cucur ape pon x tau lah' ada di tempat hidangan kerana rupa bentuknya sungguh tidak tentu arah sekali..kahkahkah. jadi tak koser la aku nak snap gambar begedil aku tuh. heee..


Kenduri ni takde la penat sangat even kakitangannye ada 2 orang saje sebab menu yang simple untuk hidangan minum pagi je. TAmbah plak buat secara buffet. tengahri da siap setel basuh pinggan mangkuk siap simpan semula..setel..Sesuai untuk mak buyung tak perlu bekerja keras sangat.


oh btw, begedil aku tu, rasenye sedap ..ahakss..walaupun rupenye hancus..hihi..cam tuan yang buat tu la..walaupun tak brape cantik tapi baik ati..boleyy??

bagi menyerikan entry aku kali ni, aku paste la jugak gamba begedil yang ku google.:-)

Monday, March 8, 2010

ape aktiviti aku??

sudah 3 minggu aku balik tinggal kat kampung. cam biasa lah ade yang bertanye. nasib baik aku tak perlu jawab sangat soalan2 tu sebab mak aku dah tolong jawabkan. Kalau sedare mare pulak, opah aku dah tolong cover cite aku. huhu. tak payah la aku nak pening kepale jawab soalan orang.

ape pun alasan dan keputusan aku untuk berhenti kerja , semuanya telah di'approve' oleh suami aku. family pon bagi sokongan. aku hepi dengan kehidupan sekarang. Aktiviti aku same je la dengan suri rumah lain..wah suri rumah gitu. kemas rumah (proses ni akan dilakukan berkali2 dalam sehari kerana terdapat 2 orang kanak2 yg terlalu riang gembira menyepah ape saje), basuh baju, memasak (kerja ni..jadi assistant jek..kekeke) dll..

selain tu kadang2 aku hantar dan amik kakak kat skolah. kalau amik die, dari pagar aku da nampak kakak kembang2 idung tahan senyum. nape tak senyum je terus. lagi mau tahan2..sudahnye idung menjadi kembang kempis..haha. aritu aku rajin gak ajak kakak ngn adik bersukan kat depan umah aku nih. esok2 kol 3 dah ajak aku bersukan. semangat terlebih. tak koser mak tengah2 terik nak jadi cikgu PJ.


ni video dorg yang sgt komited bersukan especially kakak. pantang adik buat salah sure kena marah. hohoho..

lain2 nye keja aku kat umah ialah tido. tengok tv?? tak sangatlah sebab asek2 ceria ceria ceria! tak pon cartoon network. tapi time biggest loser dorang takleh kaco aku. tak sabo nak tengok final esok malam. :-))

Thursday, January 14, 2010

stori mori

-pregnen da masuk 19 weeks..alhamdulillah baby n mommy sihat..berat pon sudah naikk..dah gerak2 jugak...rs cam ade gelembung2 udare yg bergrk..hard to describe la...but being a preggy woman is such a wonderful experience..lain la noks rasenye..haha..
-lagi 15 hari nak jd jobless/suri rumah/benti dr jgc/tinggalkan johor bahru...perasaan????bercampur baur la..all into one..sronok+sedih+boring ke nnt??+ntahape2 lagi...
-barang2 kat bilik da makin kurang..lebih separuh dah bwk blk kg. Tinggal yg mane perlu je. tak saba sgt ke nak tinggalkn jb nih?? Hmmm...
-nak beli baby's stuff bile my beloved hubby blk mesia nanti..i da buat list okay a month ago..ye ke a month..tah bile tah..tp da lame rsnye..kekkeke..btw,da bli gak bbrp helai baju..hihi..comey bangat baju dak kecik nih...i rase cam nak beli sumeee...tp pe kes plak kan..bajet kau tokey kedai baju baby!
-recall blk cite time hubby blk ritu..byk xtvt tp sume gamba tade kt aku..blk kg, gi pd, akikah isha,wedding niza n suhail..congrates for both of u! moga hepi n cepat2 dpt baby yg comel..:-)
-nanti ade family day opis kt pd..pd lg kan..tp xpela..leh bercuti ngn kengkwn for the last time menjd warge jgc..cewahh..maybe nxt time klu jemput i nak je join u ols...family day ni tatau lg jd ke idak..byk yg da fully booked...huhu..

Takat tu je la...sonok plak menaip arini..heee..

Monday, December 7, 2009

2 minggu lepas macam2 aktiviti aku buat.start dengan hubby balik mesia.trs pegi check up ngn die.this time leh pegi ngn die, takdela doc tanya byk kali mane suami aku.malas nak jawab!doc besela takde komen sgt.die ckp baby sihat.alhamdulillah.lain2 takde komen.cam tak menarik jek.cakap pon sambil berdiri.tatau die nak marathon kemane pastu.hmmm.
Esoknye kitorg blk kg hubby.b4 tu singgah lion borong sabun segale mcm.every year aku mesti dtg ctu.bole thn murah!kat kg ade kenduri doa selamat.aku tak tolong byk pon.nnt kene jeling ngan hubby.kehkehkeh.setel kenduri satu femili gi jenjln ke kuantan.
esoknye aku ngn hubby gerak ke port dickson.stay kat hotel thistle.hotel tu menarik.cantik. Tp yang buat aku sakit mate adalah uniform stafnye.pakai baju cam nak gi kebun.awatla selekeh sgt.yg lain2 okla.lg satu hidangan bekpes die x walla sgtla.ala kadar jek.2 mlm stay kt pd.
Dari pd trs direct blk kuale.ade buat korban ngan akikah skali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...