Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Nasi Ayam pertamaku...

Baru2 ni buat nasi ayam. Akhirnya berjaya masak nasik ayam yang julung2 kalinya. ku sangkakan susah bebeno. rupanya kacang mengelembu jek! hiks. Tapi ni bukan first time aku makan nasik ayam kat bumi arab nih. Mula2 jiran sebelah kanan, kak norma bagi. pastu jiran sebelah kiri, kak ina pulak bagi..bertuah badan..hihih


Masa bujang dulu, zue selalu masak nasik ayam. Nasi ayam zuraini mmg sedap wehhh...Tapi aku tak penah pulak nak blajo..pandai makan je.


Nasi ayam hasil air tangan puan puteri. Nasik terlembek sikit dan kurang masin. lately asek masak nasik lembek je..tatau la nape. ayam tu sedap sangat..org yg punye resepi tu yg pandai bg resepi..bukan aku yg pandai masak..merendah diri yg rendah..sos dan kicap ok2 la..sup pon kurang masin, tapi tak susah..tambah je la garam bagi masin. Aku masak mmg selalu tawar. tak suka masin2. Tapi kadang2 terlebih tawar..huhu..


Resepi nasi ayam


Untuk rebus (Campur sume bahan dan rebus sampai ayam empuk)

1 ekor ayam (aku buat 6 ketul je..2 org je nak makan)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2cm halia -ditumbuk
Air secukupnya


Untuk perap (Cara: campur kesemua bahan.Tos kan ayam yang direbus dan masuk dalam campuran di bawah. Gaul rata.perap dalam 20-30 minit. Lepas perap, goreng ayam tu. tak yah goreng lama2 sebab ayam dah siap empuk masa rebus tu. Nak bagi garing je sikit)

1 sudu besar kicap pekat (aku tak letak sebab takde)
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit kicap cair (letak lebih sikit sbb takde kicap pekat)


Untuk nasi (basuh beras. masuk air rebusan secukupnya.macam masak nasik base tu lah. goreng bawang dan halia dengan guna butter.hasil gorengan masuk dalam beras.letak garam secukup rasa.masak.Siap!!)

3 cawan beras
3 sudu besar butter
1cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
garam


Untuk sos (Cara : blend je sume..siap!!boleh dimasak sekejap..tp aku malas..dah blend terus makan..)

3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
perahan jus lemon/limau secukup rasa- cuka pon boleh
gula,garam
1/2 cawan air


Untuk sup (Cara : campur sume kecuali daun sup dan masak. dah siap letak daun sup..siap!! Kalau perlu nak tambah air, tambahla ikut kesesuaian rasa.)

lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar dikisar
rempah sup (aku guna sup bunjut)
garam
daun sup dihiris


Untuk kicap (Cara : campur je sume bahan..siap!!)

kicap manis (aku guna satu jenis kicap je..)
kicap cair
minyak bijan (tak letak..xde)
air rebusan ayam


Sayur

salad, timun, tomato. (aku amik kat kafe .mudah dan free..:-))




Inilah hasilnya..Next time boleh buat lagi. Mungkin boleh bagi jiran tetangga rasa..hihi

Wednesday, September 1, 2010

Biskut coklat cip cornflakes

Bahan2

150g mentega
150g gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200g tepung (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
100g coklat cip
100g cornflakes (dikisar halus)

Cara menyediakan

1. Pukul mentega,gula kastor,telur dan esen vanila hingga kembang setaman.

2.masukkan pulak tepung dan serbuk penaik yang telah diayak sedikit demi sedikit.

3.seterusnya masukkan cornflakes dan coklat cip.

4. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati sehingga menjadi doh.

5. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan dan leperkan (cam ala2 chipsmore tuh).

6.susun dalam loyang dan bakar pd 180 degC Selama 10 - 15 mnt.

anak2 sure suke biskut ni. Anak2 i suke yamattt sampai kena sorok.letih wat biskut ngan dorang. Dengan gaduh2 nak tolongnye. Yang aku heran adik lagi suke nak tolong. Dapatla tekan2 adunan bulat2 tu ngan gerepu(ayat adik). Dia claim biskut tu dia yang buat. Majalah feveret dia skrg ni adalah majalah saji..erkkk..risau mak nyah! Janganla gitu dik..

Tuesday, April 13, 2010

cheese cake yang sangat cheesy..

Resepi yang sangat mudah!

Bahan2 yang diperlukan

1. Buttercup seketul

2. Cream cheese kraft philadelphia seketul

3. Telur ayam 4 biji

4. Gula castor 180g (ini perlu diejas..rasanya cukupla 100g jek kerana hasilnya sangat manis..Tapi bg penggemar manis, bolehla ikut resepi asal)

5. Biskut marie (ini pon kena carik biskut lain. Biskut yang lebih enak..)

6. esen vanilla - 2 sudu

Cara2 membuatnya

1. Hancurkan biskut hingga halus (masukkan biskut dalam plastik dan ketuk la dengan tukul ke ape ke..janji hancur)

2. cairkan butter kemudian campurkan biskut dengan butter dan gaul sebati.

3. Tekan campuran tadi ke dalam loyang hingga padat kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Pukul telur bersama gula hingga kembang semangkuk.

5. Dalam mangkuk berasingan, pukul pula cream cheese.

6. Kemudian campurkan bahan2 dalam kedua2 mangkuk tersebut dan gaul hingga sebati.

7. masukkan esen vanila.

8. Ambil loyang yang berisi biskut yang telah dipadatkan tadi, kemudian tuang campuran tadi ke dalam loyang.

9. Bakar pada suhu 150 deg C selama 1 jam

10. Apabila masak, sejukkan di dalam peti sejuk supaya mendapat rasa yang lebih hebat mengalahkan secret recepi..kehkehkeh..




Saturday, March 20, 2010

resepi kek lobak merah

Ini dia resepi carrot cake yang aku cilok dari blog sape tah..hihi

Bahan-bahan;


1 cwn (100 gms) pecan/walnut - dibakar & dicincang kasar (aku guna badam)
2 1/2 cwn (340 gms) carrot mentah - diparut halus (guna lebih kurang 2 biji carrot size besar)
2 cwn (280 gms) tepung serbaguna (aku gune tepung gandum..)
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (aku rase ni 1 sudu pon cukup..kalau byk2 baunye menyengat sket..i x menatt )
4 biji telur saiz besar
1 1/2 cwn (300 gms) gula halus ( aku guna 1 cawan jek) -
1 cwn (240 ml) minyak sayur (aku guna minyak jagung)
2 sudu teh esen vanilla


Cara:


panaskan oven 180 celcius, sediakan loyang & sapu mentega. ketepikan... bakar kacang lebih kurang 8 min pastu sejukkan...then cincang kasar2..ketepikan. kikis kulit carrot & parut halus2...ketepikan. ,dlm mangkuk besar, satukan tepung, serbuk kayu manis, garam, baking soda & baking powder...gaul sebati, ketepikan. amik mixture, pukul telur sampai kembang (dlm 1 min) pastu bubuh gula sikit2...pukul lg sampai pekat & putih (dlm 3-4 min). pastu tambahkan minyak dlm adunan, pukul lg....tambah vanilla pulak...pukul...last sekali bubuh tepung sikit2 n pukul sekejap jek sampai sebati. guna spatula/senduk...masukkan carrot & kacang, gaul skit sume bg rata. siap bubuh dlm tin/loyang pembakar...masuk oven selama 45- 1 jam.



Inilah hasilnya..



yang ini selepas dipotong

Walaupun rasanya kurang memberangsangkan..hahah..tapi okla untuk 1st time buat kek ni. Nanti boleh cuba lagi dan adjust apa yang patut untuk menambahkan keenakkannya....:-)

Kek ini bolehla ibu2 mencubanya sebab ianya cukup berkhasiat dengan kandungan carrot dan badam yang banyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...