Showing posts with label Chewable Vit C. Show all posts
Showing posts with label Chewable Vit C. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Penawar batuk,demam & selsema anak-anak dengan shaklee

Assalamualaikum readers :)

Sebelum Arissa sekolah saya terpikir dah lama betul dia tak demam dan pake j2 selsema batuk tu. Elok je sehari nak mula sekolah, nampak hidung nya berair sikit. Mula je sekolah, selsema makin teruk. Hari ke-3 terus demam. Saya terus bagi nutriferon & vit C chewable. Tapi kena bagi jugak ubat demam, risau melarat.Alhamdulillah sehari je dia ponteng sekolah. Esoknya terus happy nak gi school.

Tapi selsema tu still on off. Saya teruskan bagi dia nutriferon & Vit C chewable. Kebiasaannya dalam 3-4 hari je selsema tu. tapi kali ni maybe dah start sekolah, berjumpa ramai org. Masuk minggu ke-3 Arissa mula batuk2. ponteng jugak sehari. Saya paksa dia makan omega. Selalunya kena sorok dalam minuman or makanan dia. Kali ni dia kunyah2 je macam adik. Saya cakap dgn dia makan omega untuk bagi cepat sihat. Tak sihat tak boleh pegi school. Tu yg laju je kunyah2.:)

Nampak ada perubahan. Selsema makin kering, tp batuk masih ada sikit2. Saya bagi jugak minum madu campur lemon, tapi sekali je dia nak minum. Saya buatkan lagi tapi adik yg habiskan. Si adik apa je yg dia tak makan. Sume nak bedal.hihi. Oh lagi satu Arissa ambik segelas fresh milk dicampur dgn mealshakes setiap pagi.

Penawar demam utk arissa yg paling berkesan adalah nutriferon. Untuk batuk dan selsema adalah omega guard dan Vit C chewable. Tapi kalau demam saya tetap kena standby ubat demam. Ubat batuk & selsema mmg dah lamaaaa sangat tak wujud dalam umah saya. Alhamdulillah. Kalau batuk berlarutan saya tetap bawak anak2 saya berjumpa doktor untuk cek. Ubat tu seboleh2 nya saya cuba elakkan. Setakat ni saya puas hati ikhtiar saya dengan supplement shaklee.  Kalau Qistina pulak seingat saya, saya belum pernah lagi bagi dia ubat batuk atau selsema. Saya bukan menolak terus, tapi hanya cuba elakkan saja. Saya tetap bawak anak2 saya berjumpa paedtrician jika ada masalah kesihatan. Saya bukan doktor yg boleh rawat anak di rumah saja.



mealshakes dan omega guard

omega guard


Bagi anak2 yg mengalami masalah asma

Ni video saya borak2 dengan Arissa pasal apa yg dia belajar kat school. Jemputla tgk. Part last tu tetiba tukar karakter. Nak tergelak ibu!:)))











Tuesday, July 16, 2013

Set Resdung Shaklee

Salam Sume,

Dah beberapa hari ni saya nak tulis pasal resdung atau sinus.  Sebab saya ada iklan kan di FB mengenai jerawat belakang badan. Apabila saya google, salah satu sebab jerawat banyak ada di bahagian belakang badan adalah disebabkan oleh resdung.

Saya memang ada resdung. Tapi tak teruk sangat lah. Tapi pengalaman paling teruk masa pregnant Arissa. Muka rasa gatal2 especially bahagian mata ngn hidung. Asek dok tonyoh mata ngn hidung. Sampai pedih2 rasa. Paling teruk bila hidung berair sampai takleh kawal. Meleleh2..yeww jijiks uolss..haha. Bila check up pregnant,mintak doktor ubat, doktor mana la nk bagi kan sbb pregnant. Tahan je lah masa tu.

Tapi sekarang ni memang dah lama tak kena macam tu. Saya memang tak penah amik betul2 set resdung shaklee. Tapi sebab saya amik set menyusu,  sume set resdung ada dalam set menyusu. Tu yang bestnya supplement shaklee ni. Makan untuk satu tujuan. Tapi khasiat nya utk pelbagai. 

ni link saya google pasal resdung. KLIK SINI. Ni saya copy serba sedikit punca2 resdung.


Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian     antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.


Boleh cuba set resdung shaklee untuk kawal tahap resdung anda.








Alfalfa - kaya dgn sumber klorofil membantu mengurangkan keradangan seperti eczema,resdung(sinus), alergi dan gegata(hives).

B Complex- Mengandungi sumber vitamin B yg lengkap termasuk B6 yg penting dalam pemuliharaan selaput lendir yg sihat dan menguatkan antibodi badan. Juga membanti hatimenghasilkan glikogen yg diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati.



Contact me for more details.
sms/whatsapp:+971503218749
FB: puteri hafiza
Tengkiu.:-)
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.*

Sunday, July 14, 2013

Set kesuburan shaklee- Details untuk setiap supplement


As promised, Di sini saya kongsikan details untuk setiap supplement dalam set kesuburan Shaklee. Setiap satunya mempunyai peranan tersendiri.Entry terdahulu DISINI.

1.Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

2.Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

3.Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

4.Energizing Soy Protein (ESP)Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

5.Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

6.B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

7.GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


Contact me for more details.

sms/whatsapp:+971503218749
FB: puteri hafiza

Tengkiu.:-)

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.*

Friday, July 12, 2013

Set kesuburan Shaklee- Jangan berhenti berusaha

Kesuburan ini untuk sesetgh org ianya isu sensitif. Nyampah kan kalau orang asek tanya bila nak dapat anak?? kenapa nak tunggu lama2??Eh dorg ni tak paham ke itu sume ditentukan Allah.haih boleh makan ati kan.

Untuk pasangan yang sudah berkahwin,tidak semua yg terus dikurniakan nikmat hamil, melahirkan dan menyambut kedtgan baby comel dalam hidup mereka. Ada yang terpaksa menunggu bertahun2 baru dikurniakan anak. Ada juga yang terpaksa melalui saat2 keguguran sebelum mendapatkan cahayamata. Semua itu dugaan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Namun itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha. Saya teringat satu topik yg dibincangkan dalam Wanita Hari Ini TV3 beberapa bulan lepas mengenai usaha mendapatkan anak. Salah satu jemputan WHI masa tu satu pasangan yg sangat tabah dan positif berusaha untuk mendapatkan anak. 

Kedua2 mereka sama2 pergi mendapatkan pelbagai rawatan. Si suami mengatakan, ini adalah ujian buat mereka. Allah tak bagi terus mereka anak kerana Allah suruh mereka berusaha. Alhamdulillah lepas beberapa tahun berusaha(saya tak ingat berapa tahun mereka menunggu mendptkan anak) ,akhirnya mereka dikurniakan 3 org anak kalau tak silap saya. Subhanallah!

Bagi saya, Jika selepas setahun perkahwinan masih belum dikurniakan anak,eloklah berjumpa dengan pakar. Kita sudah perlu risau mengenai perkara ini. Semakin lama kita tunggu kehadiran anak tanpa sebarang usaha, ianya hanya akan merugikan diri sendiri. Semakin kita berusia, risiko untuk mengandung adalah lagi tinggi.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kita sukar dikurniakan anak. Salah satunya adalah disebabkan cyst. Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Antara punca lain adalah hormon tak stabil, stress, keputihan yang melampau, berat badan berlebihan dan sebagainya.

Siapa tengok drama Ramadhan yang hilang. Zila bakarin berlakon tu..tetiba cita pasal drama  plak kan..haha! Tapi cite ni pon byk pengajaran. Mengenai seorg nenek yg nak sangat menantunya melahirkan cucu lelaki. Sampai menantunya stress. Semua disalahkan menantunya tu. Terus carikkan calon untuk anak lelakinya.

Ok yg saya nak cite kat sini, selalu orang salahkan perempuan bila tak dapat anak. Sedangkan kedua2 nya perlu membuat rawatan bersama2. Support each other. Takleh biarkan isteri berusaha sorg2.Tertekan okay! Jika mmg masalah berpunca dari isteri, temanilah dia dan berikan sokongan sepenuhnya. Berbalik drama tadi, tak tau lah saya apa masalahnya sbb banyak episod dah tak tengok..hihi..


Terdapat banyak juga punca masalah kesuburan lelaki ni. Antaranya mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, selalu duduk dalam keadaan panas dan kotor seperti pencemaran asap kenderaan, bahan kimia dari kilang seperti radioaktif.

Shaklee juga ada supplement yg boleh membantu untuk kesuburan. Ini juga salah satu usaha. 

Set paling ringkas yg boleh dicuba ialah
1. GLA complex-rebut peluang tgh promo skrg ni..harga yg berbaloi2.(untuk isteri)
2. Vit E & Zink (utk suami)

Set lengkap
1. GLA complex & Alfalfa (untuk isteri)
2. Vit E & Zink (utk suami)
3. ESP, Vit C, Vitalea & B complex (untuk kedua2nya)

 Fungsi setiap supplement ni akan saya kongsi kat next entry.

Saya bagitau customer saya, ini cuma satu jalan usaha. Supplement  yg dicadangkan memang menbantu dari segi kesuburan. Selebihnya Allah yg tentukan. Jika masih tiada rezeki, Supplement2 ni dapat bantu tingkatkan tahap kesihatan kita. Tak rugi pon kan.:-)

Apa yang penting usaha yang berterusan, berdoa tanpa henti pada Allah dan tawakal.Allah lebih mengetahui setiap apa yg Dia  rancang dan tentukan untuk kita. Wassalam.





 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...