Wednesday, September 9, 2015

'Orang gaji' ku yg terlebih rajin

Walaupun suri rumah kadang-kadang nak jugak bercuti dari buat keje rumah. Sebelum ni saya ada panggil filipino dtg kemas umah. Bukan la selalu.Kalau rumah dah tahap tongkang pecah, terpaksa la mintak bantuan.

Mula-mula saya rasa dorg caj berpatutan la sebab kat sini semuanya mahal. Tapi lepas sembang2 dengan kawan Malaysia di sini, dia ambil bangla cuci rumah dia. Caj nya jauh lebih murah. Terus saya berminat nak ambil juga. Saya boleh ambil bangla mengemas 5x sebulan dengan caj yg sama saya bayar utk filipino tu utk sekali cuci. Berbaloi la sangat.

Sekarang saya dah ada banyak masa nak menulis disini.:) Rumah masih kemas. Hati pon tenang kalau rumah kemas. Kalau rumah sepah, nak santai lama2 di depan pc pon tak tenteram.

Tapi cleaner ni boleh tahan membebel. hahahah. Cleaner bebel kat tuan rumah.boleh? Masa first dia dtg cuci, Bila saya dah tau dia akan datang dalam beberapa hari tu saya biarkan je bahagian belakang dapur tu kotor. haha. Jadi banyak la keje dia. Maka dia membebel. Lantaklah kan. Dia kata dia perlu dtg hari2 nak kemas umah ni. Suami saya kata tak perlu. Ini first time memang banyak kerja. kihkih.

Memang pon. Next time dia datang toilet masih bersih, Dapur pon sama cuma ada la pinggan mangkuk yang saya tinggalkan utk bagi dia keje. Nanti ringan sangat plak keje dia.hihi. 

Bila keje dah tak banyak, maka dia pon mencari keje lain. maka inilah yang terjadi. Tuala lap bontot fateh digubah jadi bunga. hahahahhahaha. Kalau saya letak tuala lagi besar, mungkin boleh jadi angsa.




ini pulak yang terbaru. Tuala takde kat situ, tapi ada teddy bear bersepah , maka teddy bear la jadi mangsa hiasan .

Sakit perut saya gelak tgk hasil kerja mat bangla ni. Takpelah janji buat kerja bagus, ko nak bebel pon takpe. Tapi first day aritu je la dia bebel. lps tu takde dah.

= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 



Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).

Tuesday, September 8, 2015

Percutian PERCUMA ke BANGKOK!!!sape mahu angkat tangan!!

Siapa mahu percutian 5 bintang secara percuma ke BANGKOK?? Percutian ini sangat ekslusif dan dilayan secara mewah. Disediakan tempat tinggal, makan, lawatan ke beberapa tempat dan juga duit poket! Yang lebih special, ada special gifts setiap kali kita pulang ke hotel. Menarikkk sangattt. Saya teruja sangat bila dengar offer ni.


Bagaimana caranya??? MUDAH SAJA! WHATSAPP SAYA SEGERA DI 011-3503 0876. Daftar menjadi ahli shaklee dan dapatkan cara utk grab peluang hebat ni. Jika cukup syarat2 nya, anda akan diterbangkan ke bangkok dengan bisnes partner shaklee seluruh Malaysia yang layak.

Jangan tunggu lagi. Biar saya bantu anda utk capai impian ini. :))Jom ramai2 ke Bangkok!


= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 


Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).

Monday, September 7, 2015

Arissa demam tonsil- Bagaimana saya rawat dengan vitamin Shaklee!

Syukur Alhamdulillah anak-anak saya jarang demam. Kalau demam selalunya tak lebih 38.5 Deg C. Anak yang sulung memang menjadi rutin ambik mealshakes setiap hari. Multivitamin dalam bentuk serbuk yang sangat sedap rasanya. Perisa vanila disukai kanak-kanak. Dulu memang saya paksa dia minum. Tapi sekarang dia yang request nak minum mealshakes tiap hari.

Adiknya pulak sukakan omegaguard. Kalau tak disimpan dengan elok, dia boleh ambil 2-3 bijik sekali makan. Terpaksa simpan elok2. 

Tapi baru-baru ,Arissa demam hanya waktu malam agak tinggi hingga 39 Deg C. Jika anak-anak demam malam berkemungkinan ada tonsilitis.Saya tingkatkan antibodi nya dengan mengambil NUTRIFERON dan Vita C chewable.Mealshakes masih diteruskan seperti biasa. Saya juga segera bawak Arissa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Alhamdulillah selepas 4 hari tonsilitisnya sembuh sepenuhmya.

Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Ia akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil menjadi radang dan membesar. Ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kemudian ia secara beransur-ansur akan diambil alih tugas oleh sistem pertahanan badan yang lebih menyeluruh dan matang. Apabila ini berlaku tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.
Tetapi sesetengah individu tisu tonsil terus kekal besar dan akan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Bagi individu ini mereka akan mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang. Individu ini akan mengalami sakit tonsil yang kerap (sekurang-kurangnya sekali sebulan). Antara symptom sakit tonsil ialah:
  1. Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit apabila menelan makanan.
  2. Demam dengan suhu melebihi 38 darjah selsius.
  3. Perubahan suara. Suara menjadi garau ataupun seperti suara apabila sedang makan makanan panas (Hot potato voice).
  4. Lenguh atau sakit badan.
  5. Sakit kepala.
  6. Berdengkur waktu tidur – Ini disebabkan tonsil yang bengkak.



Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh. 


Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar shaklee.

Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembut sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.







Sumber : http://www.celikvitamin.com/blog/tingkatkan-sistem-imun-anda-dengan-nutriferon-shaklee/
&
http://www.doktorbudak.com/2014/10/14/anak-kerap-sakit-tonsil/

= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 


Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).



Saturday, September 5, 2015

Barney Live at Emirates Palace hotel, Abu Dhabi

31 July aritu kami sekeluarga pegi ke Barney Live show di Emirates Palace Hotel. Anak-anak excited nak Tengok Barney. Ibu dia excited nak tengok keliling hotel 7 bintang tu.

Show tu diadakan di Emirates Palace Hotel. Itulah first time kami jejakkan kaki di situ. Selalunya ambik gambar dari jauh je bila lalu kat situ on the way ke MArina Mall. Nampak dari jauh mmg gah. Bila dah masuk ke dalam, memang indah khabar,indah juga rupanya! Subhanallah memang cantik suasana di Lobby hotel tersebut. Tu baru lobby, tak tau cemane keadaan bilik hotelnya. Tak mampu pulak nk menginap disitu AED1000 satu malam. Ia boleh jadi AED2000 satu malam pasa musim sejuk. Tapi di UAE ni, itu bukan lah hotel termahal. Ada lagi hotel2 yg mahal dari tu. Kita tengok dari jauh je sudah!:)

Kami datang ke Abu Dhabi sehari sebelum show dan menginap di hotel (of coz bukan Emirates hotel.:)). Uruskan beberapa perkara pada hari tersebut. Keesokan harinya hari jumaat. Selepas solat jumaat dan lunch, kami terus saja ke Emirates hotel.

Mujur juga kami datang sedikit awal, dapat la mencari hall dengan tenang. DEngan 3 anak-anak yg kecik2 ni, kita kena plan lebih awal dari biasa.Sempatla Arissa dan Qistina bergambar di sini tanpa berebut dengan orang ramai. Bila dah abis show, berebut orang berbaris nak bergambar di sini.

posing dulu sebelum show.


posing dulu sebelum show.


 Show dah bermula. Enjoy sgt the kids. Even Fateh pon melompat-lompat masa muzik dimainkan. 



Ibu lama2 mengantuk la jugak. Kids masih enjoy the show.


Bergambar sebelum balik. Tengok suasan hotel yang sanga mewah.






Company Raat sponsor half of the price ticket for the show. Kalau bayar full rasanya tak kuasa jugak nak pegi. Ada lagi macam2 show yang ada tapi kami pilih Barney la suitable for the kids. Yang lain show silap mata etc. Alhamdulillah merasa la jugak budak2 ni tengok Barney Live.
Apa apa pun Arissa enjoy sangat. Qistina mula2 enjoy, half of the show dia dah tertidur. Sama la ngn bapaknya. Like father like daughter.:)

= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 

Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).

Wednesday, August 26, 2015

Hebatnya berdoa. Anak kecil pon percaya.

Assalamualaikum semua.

Ahad baru ni kami pergi ke Abu Dhabi. Nak beli baju skolah Arissa yg last minit baru dapat SMS dari sekolah dan ada lagi beberapa urusan lain. Lepas setel urusan dan menunggu kedai baju sekolah bukak jam 5 pm kami ke Yas Mall. Kebanyakan Kedai disini akan tutup dari jam 1pm sehingga jam 5pm. Kebetulan kami makan di kedai Mamak's yang menyediakan makanan seperti di kedai mamak Malaysia di Yas island dekat dengan Yas Mall.

Kami takde merancang nak beli apa-apa. Saya cuma nak cari knee protector untuk Fateh sebab dia dah mula merangkak. Dan nak cari soft toys rainbow dash untuk the girls. Arissa dah berdoa lama nak dapatkan rainbow dash little pony tu. Tiap kali lepas solat saya suruh dia doa apa saja yang dia nak. Doa nak soft toys rainbow dash mesti yg utama selain doa nak opah atok and her cousins dtg sini.  Dia faham bahawa semua apa yang kita ada datang dari Allah. Saya pon tak tau nak cari kat mana. Mungkin ada di kedai babyshop dengan harga yang reasonable sebab ada sale sekarang.

Semasa saya pegi solat, Raat dan anak-anak tunggu saya kat central area kat mall tu. Kat situ ada skrin billboard besar. Bila saya dah selesai solat Arissa bising bagitau sambil tunjuk billboard tu 'ibu i can see the build a bear workshop up there!' ulang2 banyak kali. Saya masih tak paham apa yg dia bagitau sbb yg saya tgk iklan di billboard dah bertukar. Sepanjang jalan dai asek sebut yang tu.

Kami jalan-jalan mencari barang yang dihajati sambil2 melayan mata melihat sale yang meruntun jiwa dan poket. Tersinggah juga di kedai Mothercare tgk t shirt anak-anak harga bawah AED20. Baju Fateh je tak beli sbb takde yang berkenan dan harga budak lelaki lagi mahal dari perempuan! Arissa dah tak keruan sebab dia dah nampak kedai yang dihajati. Rupanya kedai Build A Bear workshop tu selang sebuah je dari mothercare. 

Saya dan Raat memang tak tahu menahu pasal kedai ni. Kedai macam ni mmg malas nak masuk sbb harga mesti mahal! Selalu nya toys anak-anak beli kat babyshop atau toys r us atau Daiso saje. Daiso lagi seronok sbb murah.haha. Disebabkan dia dah berdoa lepas solat pasal ni, abah dorg baik hati nak ikut kehendak dorg. Itu pon sekarang ni kami dah jarang membeli sebab dah rimas toys entah hape2 je dan byk galakkan dorg beli buku saje. Saya rasa Arissa tau pasal kedai ni sbb pernah tgk di youtube. 


Saya tengok ada display little pony kat situ harga AED130. Raat oklah this time. Bolehla beli. Salesgirl tunjuk pulak pony yg ada kulit saje dengan kepala. Rupanya nak beli soft toys kat situ kena masukkan kapas tu sendiri. Sound interesting and fun kan for the kids!


Ni mesin nak pilih lagu. Labu ni kalau tekan kepala pony tu nanti bunyi la lagu kita pilih tu.

Orang tu kata boleh pilih lagu. Nak lagu apa. Saya pon suruh la the girls pilih lagu mana dorg suka. Bila dah masing2 pilih, masa nak masukkan kapas pulak dalam pony tu. Barulah saya perasan setiap satu tu kena tambah duit! hahahahha. masakkkk. Lagu tu AED40 utk satu pony! Nak tarik balik kesian pulak dorg dah excited. Kapas tu pulak AED15 or 25 tak ingat. Mak dalam kepala dah buat kira2 dah berapa dah harga seketul pony ni. 

Arissa tekan untuk kuarkan kapas tu.



Org tu suruh ambik heart. Terus I tanya dia berapa dirham? Dia kata free. Haa ok boleh la ambik.hahaha.


Ni pony dah siap dimasukkan isinya dan dijahit. Masa untuk mandikan pony.

Salesgirl tanya nak tambah apa2 lagi ke? Saya cakap cukupla takat tu. Ada baju ,aksesori ,rollerblade pon ada utk pony. Rollerblade tu complete dengan baju tak silap aed300. Pandai sungguh bisnes camni.hahaha. Budak berdua ni dah aim jugak nak dapatkan rollerblade tu. Saya cakap doa la ibu abah kaya raya cepat2 dengan bisnes.hihi. Semangat nak doa lagi. 

Dah siap sume,ada dapat jugak birth certificate utk pony masing2. Pony Arissa namanya sweetie Pie. Aisyah pulak bagi nama horsie.Tu yg jadi mahaL tu gamaknya. Macam2. Ibu abah la lupa doa nk cari rainbow dash yg murah2 je, kalau ada kt kedai 2 ringgit lagi bagus.haha.

So parents sume, kalau u all pon sama mcm saya yg tak tau psl kedai ni, boleh berjaga2 lepas ni. Kalau anak2 tarik tangan masuk kedai ni boleh buat sakit perut lari laju2 masuk kete, bgtau nk berak kat rumah .hahaha. Kat KL hasil dari google,kedai ni ada kt sunway pyramid.:)


Sunday, August 16, 2015

Selamat Hari lahir muhammad Al Fateh yg ke 7 bulan 27 hari :)

Syukur Alhamdulillah dah hampir 8 bulan umur Al Fateh. Rasa macam baru je lagi semua detik2 paling cemas dalam hidup ibu jadi. Syukur Ya Allah atas rezeki dan pengalaman yang paling berharga ini. 

Selalu kita dengar ayat 'Selalu berbaik sangka dengan Allah'. Ayat mudah faham. Mudah rasanya nak aplikasi dalam hidup. Tapi bagi saya, semasa melalui saat-saat genting aritu, ayat yang mudah difahami ini jadi sangat sukar nak diaplikasikan. Sesekali terdetik rasa negatif dalam diri. Kenapa aku? Kenapa aku yang kena lalu semua ni. Astaghfirullah. Rupanya ayat ini tak semudah yang disangka. Istighfar dan zikir yang jadi pembenteng dalam diri. 

Kehidupan seharian kita ni selalu diuji. Samada Kecil atau besar. Samada Kita perasan atau pun tidak. Ujian dari Allah pelbagai bentuk. Semasa senang juga adalah ujian. Janganlah kita berbangga diri jika tidak pernah mendapat susah dan tidak pernah diuji dengan ujian yang berat. Sedangkan keadaan kita yang selesa itu juga ujian. Adakah semasa selesa itu, kita makin mendekati Allah atau sebaliknya? Jika kita semakin lalai dan tiada peringatan yang kita dapat, itulah ujian yang paling buruk buat kita.

Benarlah, setiap ujian ada hikmahnya. Allah uji kita mesti bersebab. Mesti ada sesuatu yang lebih baik menanti. Semuanya rahsia Allah. jangan kita persoalkan. Bila terdetik dari hati sesuatu yang negatif, cepat-cepat istighfar dan banyakkan berzikir. Hingga kita faham benar dengan maksud sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Bila kita dapat ujian, kita kembali pada jalan Allah maka kita orang yang paling beruntung. Jika sudah pon diuji, malah berkali-kali tapi masih sombong dan bongkak dan terus menjauhkan diri dari Allah, maka kita orang yang tersangat rugi. Apa yang saya tuliskan ni, bukan lah untuk mengajar sesiapa. Hanyalah peringatan untuk diri sendiri yang terlalu banyak kekurangan dan kadangkala leka. Allahuakbar. 

Tajuk macam jauh terpesong dari entry ni.haha. saya belanja la sikit gambar hero yang semakin sihat dan cergas. kebolehan terkini dah boleh berdiri dalam baby cot dia. Dah turunkan lagi cot tu . Jumpa lagi next entry ya! InsyaAllah.

Skill terbaru.:)


 Dah mula nak merangkak


at Barney Live, Emirates Palace Hotel



Monday, June 15, 2015

Bawa bekal atau makan makanan yang disediakan taska/pengasuh? Mana pilihan ibu-ibu?


Adakah kebersihan terjamin makan di taska? Ibu bapa yang 
agak cerewet mula persoalkan. Ada sesetengan ibu pula 
perah otak memikirkan bekal yang ingin dibawa oleh anak 
mereka.


Kebersihan makanan di taska sangat perlu dititikberatkan. 
Anak-anak sangat sensitif dengan makanan yang tidak 
bersih,basi dan sebagainya. Sudah pasti pihak taska akan 
sentiasa memastikan kebersihan menjadi keutamaan.




Jika perkara ini tidak dijaga, keadaan seperti keracunan 
makanan akan berlaku dan ini akan memburukkan reputasi 
taska tersebut.

Jika ibu bapa masih kurang percaya dengan kebersihan atau 
sebagainya, sediakanlah makanan yang berkhasiat dan 
sudah tentu disediakan dengan penuh kasih sayang. Anak-
anak pasti gembira makan hasil air tangan ibu mereka 
sendiri.

Apa jua pilihan kita, pastikan yang terbaik untuk anak-anak 
dan juga kita sebagai ibu bapa mereka.

Makanan tambahan (supplement) juga membantu
melengkapkan nutrisi anak-anak. 

Antara taska, bibik dan pengasuh



Kes penderaan kanak-kanak terjadi lagi. Pilu rasa hati melihat anak-anak yang masih perlukan kasih sayang dan penjagaan sepenuhnya diperlakukan sewenang-wenangnya oleh bibik.

Tapi kes yang berlaku seperti ini bukan hanya diperlakukan oleh bibik, malah di taska dan juga pengasuh pernah berlaku seperti ini. Siapa yang bakal menjaga anak anda, antara taska, bibik dan pengasuh?

Ibu yang bekerja terutamanya yang baru mendapat cahaya mata tentu pening kan nak buat keputusan untuk menghantar anak ke mana apabila mula bekerja.

Antara perkara yang paling penting sebelum membuat keputusan adalah:

1. Kenali penjaga yang bakal menjaga anak kita. Buat sedikit 'research' siapa mereka. Jika kita ingin mengambil bibik, pastikan mereka telah duduk bersama kita lebih awal.
2. Tanya pendapat orang lain yang pernah mendapatkan perkhidmatan mereka.
3. Jika taska, pastikan memilih taska yang berdaftar di bawah JKM dan senarai taska yang berdaftar boleh didapati di laman web JKM.
4. Jika pengasuh, pastikan pengasuh tersebut tidak menjaga kanak-kanak yang terlalu ramai dan elakkan terlalu ramai bayi.
5. Buat lawatan ke tempat tersebut (rumah pengasuh atau taska). Lihat keadaan tempat tersebut samada sesuai untuk kanak-kanak.



Apa jua keputusan kita dengan setiap usaha yang dilakukan, kita sertakan dengan doa kepada Allah. Semoga Allah melindungi dan memelihara keselamatan anak-anak kita sepanjang masa.

Selain itu persiapkan anak-anak kita dengan supplement yang membantu sistem pertahanan badan mereka kerana mereka bakal terdedah dengan pelbagai jenis penyakit di luar sana. PM admin untuk supplement terbaik buat anak-anak anda disini.

Friday, April 3, 2015

Muhammad Al Fateh - my lil fighter Part 10


Dah masuk ke bulan Februari masa tu. Doc decide untuk tukar line tiub yg masukkan ubat2 Fateh. Sebelum tu wayar tu dimasukkan di bahagian leher dan nak ditukar ke bahagian peha. Doc kata sebelum infection semakin tinggi, line tu kena tukar segera. Dan untuk tukar line tu ada  risikonya. Tapi doc kata dia akan cuba buat yg paling selamat sekali. Risau tu dah tentu la bila doc kata ada risiko lain. Tapi kena gak la buat.

Nampaknya keputusan tukar line tu adalah keputusan yg terbaik. Alhamdulillah Bacaan ujian blood gas (ABG) tunjukkan keputusan yg menghampiri normal target. Dorg cuba turunkan oxygen support sikit demi sikit dan alhamdulillah Fateh masih bertahan. Bacaan oxygen saturation adakalanya sudah capai ke 90% above walaupun support dari ventilator hanya 50%. Ada hari tu bacaannya 100%. Subhanallah!! 

 Keadaan Fateh makin ok dan ventilator yg bising tu dah ditukar semula ke conventional ventilator
 

Peningkatan mcm ni belum pernah berlaku lg sepanjang sebulan selepas operation. Saya cakap dgn nurse ini first time sy tgk saturation 100%. Nurse tu tak pernah lagi jaga Fateh. Bila dah bersembang rupanya anak dia pon ada masalah jantung masa kecik dan admit di SKMC jugak. Macam mana la perasaan dia bertugas sambil tgk anak yg sakit di PICU.  Bila perubahan demi perubahan positif setiap hari, kami pon bertanya tentang saiz jantung yg tak sama saiz tu. Doc kata kita tak yah pikir sgt pasal tu sbb keadaan Fateh makin ok. Lega tapi risau tu tetap ada.

 

Doc kurangkan ubat bagi dia sedar sikit demi sikit.  Dah mula nampak matanya merenung saya. Subhanallah rindu betul nak tgk matanya melihat saya mcm tu. Tapi keadaannya masih belum sepenuhnya sedar. Sesekali dia menangis perlahan. Mungkin lapar sebab susu yg diberi masih disukat dan sgt sikit. Fateh diberi susu monogen( susu special takde lemak) . Fateh ditukarkan ke bilik lain tp masih dlm picu jugak. Bukan lg bilik utama. Infection level pon makin berkurangan. Infection ni sgt perlu dijaga untuk pesakit jantung ni. Kalau bacaan terlalu tinggi, heart rate akan jadi tinggi, oxygen saturation pon boleh drop dan byk lagi komplikasi2 lain boleh berlaku. Masa dah tukar ke bilik lain tu, ada sorg nurse dah briefing kami macamana nak jaga dia di rumah. Katanya elakkan tetamu yg berpenyakit (batuk, selsema etc) datang ke rumah. Keadaan sekeliling dia kena bersih dan elakkan bawak baby ke mall atau tpt org ramai.

 

Beberapa kawan dari Ruwais dtg melawat masa ni. Dan kami bwk dorg masuk dalam. Sebelum ni kami ingatkan org luar tak boleh tgk. Bila tgk pak arab ni selamba ajak org lain masuk, kami pon try la jugak. lagi pun sebelum ni keadaan Fateh belum betul stabil. Ada yg nampak rilek je tgk Fateh. Ada jugak yg kena ditenteramkan. Hihi. Saya dah pesan kalau tak boleh nak tgk jgn tgk. Kwn2 sini dah mcm family. Hati mungkin nak tgk walaupun tak sampai hati. Ada kawan2 Raat dtg terus je diajak masuk. Bila dorg cite semula rupanya dorg pon tak sanggup nak tgk lama2.

 

Saya tak suka nak post gambar Fateh keadaan mcm tu sbb saya sendiri tak berani kalau tgk gambar2 baby yg sakit kritikal org post di media sosial. Tapi mungkin tujuan derma, parents terpaksa post. Alhamdulillah saya bersyukur sangat insuran company suami tanggung semua kos. Ada org Pakistan yg saya jumpa di hospital ni, anaknya baru lahir beberapa hari masa tu dan disahkan ada congenital heart disease jugak. Katanya insuran company dah abis masa kat hospital lain sebelum di transfer ke SKMC. Utk di SKMC dorg perlu berhutang dengan company. Macam2 dugaan org. Ulang alik ke hospital ni mmg buat kita insaf.

 

Sepanjang tinggal kat hotel, sesekali kami akan keluar pegi makan. Tapi kebanyakannya mak akan masak je. Sedap okeh walaupon bahan tak cukup tapi sume menjadi. Sesekali bila keluar makan tu ada la bwk anak2 ni pegi main kat fun city(mcm fun fair dlm mall). Tapi tu pon ikut mood kami la. Mood pon berkadaran dengan keadaan Fateh. Sian jugak dorg ni terperap kat hotel tu walaupun dorg tak komplen. Cuma selalu bertanya bila baby nak balik. Bila Fateh dah makin ok tu barulah bawak dorg gi main air kat khalifa park tapi Raat je masuk dalam bwk dorg.  Reward jugak utk anak2 sbb selalu buat kami tersenyum walaupun berat dugaan nak ditanggung.Saya dengan mak lepak kt padang luar. Tujuan nak gembirakan anak2 je jd elokla dorg je masuk.

kesejukan lepas main air

 

Tgk anak yg makin sihat automatik badan saya rasa lenguh2. Sepanjang ulang alik ke hospital sebelum ni, sy bgtau mak sy badan saya takde rasa sakit atau lenguh pon. Mak saya ada tolong urut masa mula2 dia smpi sini tapi masa tu urut cukup syarat org dalam pantang je lah. Allah bg saya susah bhgn lain tapi bagi senang yg lain. Alhamdulillah memang sihat sepanjang ulang alik tu. Bila dah tgk Fateh makin sihat, saya terasa nak balik ruwais nak mengurut. Saya msg jiran lama iaitu kwn indonesia saya mintak dia book tukang urut yg juga org indonesia. Saya pindah rumah pada hari saya bersalinkan Fateh. Saya bersalin jam 130pagi, movers datang jam 10pagi.

Saya dgn mak dan anak2 tinggal di ruwais selama 4 hari. Raat balik semula ke Abu Dhabi. Masa tu bapa mertua dan adik ipar dah sampai Abu Dhabi. Nak tukar turn jaga cucu2. :) . Raat setiap hari update pasal Fateh. Alhamdulillah setiap hari perkembangannya sgt positif.  Saya pulak selain berurut, mengemas rumah yg dah tinggal lama dan masih ada saki baki pindah yg belum setel. Mak paling semangat nak mengemas. Pagi2 lepas subuh dia dah mula buat keje. Saya ni dah mengurut pastu mengemas plak. Lenguh camtu jugak la.haha. Takpela janji hati senang.

 Bacaan 89 tu adalah oxygen saturation. Masa ni oxygen support hanya tinggal 21% sahaja.


Alhamdulillah sepanjang saya berada kat ruwais tu keadaan Fateh semakin baik. Tiub yg ditebuk untuk keluarkan air trapped di paru2 dia dicabut satu persatu. Ubat ubatan pon dah berkurangan. Tak sabar masa tu nak balik semula ke Abu dhabi nak tgk Fateh. Bila kembali semula ke sana, dah tiba masa mak saya balik ke Malaysia. Mak memang doa supaya Fateh sihat sebelum opah balik. Alhamdulillah walaupun belum sihat sepenuhnya tapi perubahan positif tu sgt2 bermakna buat kami. Mak saya balik sama2 dengan apiz,adik ipar saya. Terima kasih apiz bawakkan abah ke sini dan bawak balik mak kak ija.

 

ni hari last mak saya di Abu Dhabi. Datang lawat Fateh dulu sebelum balik Malaysia.


Sekali lagi Fateh dipindahkan ke bilik belakang tp masih dalam picu juga. Bilik ni sorg nurse menjaga 2 pesakit. Raat dah hampir habis cutinya. Kami plan balik semula ke Ruwais sebelum Fateh kena transfer ke wad. Di wad saya kena stay sekali dengan baby. Arissa pon dah lama tak pegi sekolah. Kesian dia asyik cerita pasal school ngn teacher dia,miss bridget. Dia kata miss bridget dah rindu dia.hihi. Hari kami nak balik ke Ruwais, Fateh dah boleh ditukar ke wad HDU.

 Berkali2 bgtau nurse yg saya nk blk Ruwais yg jauh tu. Risau sebenarnya. Kalau masa balik mengurut tu Raat ada tlg update keadaan baby. Kali ni kami semua balik. Keesokan tu pagi2 saya call hospital bertanya keadaan Fateh. Alhamdulillah semuanya baik belaka. Hari berikutnya tu sebelum sempat saya call, hospital dah call dulu. Katanya fateh dah boleh transfer ke wad. Dorg tgh prepare nak hantar dia dan mintak saya dtg ke sana segera. Saya call raat kt tpt keje suruh balik dan bersiap2 packing utk tinggal di wad. Lebih kurg jam 3pm baru kami sampai. Nurse kata fateh asyik menangis je sebelum tu. Saya datang terus dia ok. Siannya.

 Masa kat wad fateh masih lg guna bantuan oksigen tp sgt minima. Setiap 6 jam sekali kena buat neb dan ubat masih diteruskan. Satu ubat utk jantung,satu utk tahan muntah dan satu lg multivitamin. Berat dia masa lahir 2.24kg. Masa admit di al rahba 2.7kg dan selepas hampir 2 bln berat Fateh hanya naik 100g iaitu 2.8kg. Misi seterusnya ialah menggemukkan Fateh,:) . Mesin oximeter yg cek oksigen ngn heart rate tu pon kdg buat 'lawak' jugak. Tetiba oksigen bacaan drop smpi 70% . Rupanya nurse kata mesin tu rosak. Sabo je kan.

Muka ngantuk je buat neb


Bila dah jaga sendiri ni debar2 lain mcm jugak walaupon kat wad. Kejap2 dok perati kuku,bibir dia biru ke tidak. Maklumla anak i ni tall dark n hensem kikikiki. Susah sikit nak tgk bibir tu kaler apa. Setiap kali nurse check BP, suhu sume Alhamdulillah bacaan sume normal.


Lagi satu yg kena ambil kira ialah luka di belakang kepalanya akibat terlalu lama terbaring. Masa mula2 di transfer ke wad,luka tu masih belum kering. Bila semua dah ok, doc kata Fateh dah boleh dibenarkan balik. Tapi kena tahan sehari saja lagi untuk pastikan dia betul2 sihat. Lebih kurg seminggu jugak di wad. Sepatutnya dia dijaga di HDU lebih lama tapi disebabkan patient terlalu ramai yg lebih perlukan tpt di sana, Fateh calon paling layak utk dihantar ke wad.
 
Hari terakhir di hospital sebelum dibenarkan balik, sonographer sekali lagi lakukan echo. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan Fateh dibenarkan keluar tapi tak terkeluar dari mulut saya nak bertanya mengenai saiz jantung nya tu. Alhamdulillah selepas seminggu discaj ada check up lagi di SKMC dan doctor bgtau saiz jantung dan Nampak sama. Miracle dari Allah. Subhanallah!

 ini surgeon yg operate Fateh. Jumpa masa dah  nak discaj. Suamiku selamba mntk selfie. :)
 

Sepanjang saya ada di wad, anak2 tinggal dengan tokwan dorg. Tokwan tolong siapkan Arissa ke sekolah. Pandai jugak abah buat semua tu walaupun dah lama sgt dah tak siap anak sekolah.haha. Ada satu malam tu masa Raat syif malam, arissa plak demam. Tak tido malam la tokwan malam tu. Raat plak asyik call je sampai stress tokwan. tapi budak2 tu happy je saya takde kat rumah. Agaknya enjoy je buat sepah takde sape marah.:)

 tokwan ambik arissa balik sekolah



Perubahan yg berlaku sgt cepat selepas doc tukar line ubat tu. Syukur teramat sangat. Bila ingat semula keadaan dia sepanjang januari tu, saya rasa tak sangka saya dah boleh peluk cium dia. Banyak yg saya pelajari sepanjang Fateh di hospital hampir beberapa hari genap 2 bulan. Kuasa doa tersangat hebat. Doa dengan yakin dan spesifik.
 
Saya belajar ni semenjak buat bisnes. Doa kena tepat dan spesifik. Tapi masa dugaan ni jadi, saya macam terlupa semua tu. Bila diingatkan semula, barulah saya tersedar. Semua yg jadi datang dari Allah jadi rayu dan mintalah sungguh2 dari Nya. Sebenarnya sekecil2 perkara dalam hidup pon Allah suruh kita doa. Pada siapa lagi kita nak mengadu dan memohon selain dari Allah sebab Allah maha mendengar rintihan kita.

 
Untuk ibu bapa yang mengalami situasi seperti kami sekeluarga, jangan sekali2 berputus asa. Seperti yg pernah saya tulis sebelum ni, anak yg menjalani pembedahan jantung ni adalah berbeza untuk setiap individu. Ada yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk sihat dan ada juga hanya mengambil masa seminggu dua. Semua bergantung kepada keadaan bayi tu sendiri. Jangan kita terus bersedih jika doctor memberi harapan yg tipis mengikut penilaian mereka. Selalu ingatkan diri kita bahawa Semua yang akan jadi adalah di tangan Allah.  Bersabarlah dan yakin dengan Allah.

Akhir kata saya dan suami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mak yg bersama susah payah hadapi hari2 sukar kami, kpd bapa mertua yg dtg menggantikan mak saya,seluruh keluarga, sedara mara, kawan2 di Ruwais dan di Malaysia, semua staff hospital Al rahba  & SKMC (macamla dorg baca kan..hihihi) dan juga insan2 yg tak kami kenali yg turut membantu.
 
Mintak maaf jika ada nama2 yg saya tak sebut dalam blog ni dari Part 1 hingga 10 ni. Tapi jasa kalian semua tidak pernah kami lupa. Hanya Allah saja yang mampu membalas setiap kebaikan yg telah kalian berikan pada kami sekeluarga. Terima juga kepada semua yg terus terusan mendoakan kesihatan buat Muhammad Al Fateh. Dan yang paling utama syukur kepada Allah SWT atas kurniaan yg tak ternilai ni. Alhamdulillah.


 Berat terkini ialah 4.0kg. Alhamdulillah

 Tammat....:)))

 

Terima kasih semua sudi membaca kisah Muhammad Al Fateh

Friday, March 27, 2015

Muhammad Al Fateh - my lil fighter Part 9

Bila melawat Fateh, kdg2 saya lebih tgk pada skrin yg tunjuk bacaan oxygen saturation, heart beat, blood pressure etc. kdg2 bacaan tu buat saya debar2 tapi nurse mcm rilek je. Saya je gelabah sorg2. Tapi bila pikir2, Doc dan nurse dah buat keje dorg dan tentu tau tanggungjawab yg perlu dorg buat utk jaga baby. Jadi saya pikir tugas saya focus pada berdoa je. Doa ibu tu kan mustajab utk anaknya. 

Raat bagitau keadaan sebenar Fateh pada family di Malaysia walaupun tak ceritakan secara detail tapi kami yakin mereka paham. Saya ceritakan semua dgn kakak saya. Dia bgtau ada bertanya pada kawannya (Dilla) yg ada pengalaman dengan anak yg menjalani pembedahan jantung bbrp tahun lepas. Kata Dilla, memang ada baby yg ambil masa lama utk pulih sama mcm anak dia. Dan anak dilla jugak penah doc bgtau harapan adalah 50-50 dan alhamdulillah anak itu sihat sempurna sekarang cuma perlu chk up dan perlu makan ubat semasa awal2 discaj dari hospital. Memang setiap baby tak sama, bergantung kpd condition baby selepas operation. Cerita ni buat saya rasa lega dan saya ceritakan pada raat dan mak supaya sama2 lega dan positif. Saya lebih positif dan mula nampak pada 50% anak saya akan baik dan bukan sebaliknya.

Kami mintak family buatkan solat hajat. Abg saya buatkan solat hajat di surau dan juga di skolah tahfiz di kampung. Kakak dan adik ipar pon ada uruskan utk buat solat hajat di pahang. Kami juga mintak kawan2 yg pegi umrah ketika tu utk mendoakan baby. Kawan2 ada yg msg pun saya mintak doakan utk Fateh.  Ada juga kawan2 yg buatkan bacaan yasin. Kakak sy bgtau ada kawan shaklee dia yg sy tak kenal rapat adakan solat hajat di surau tpt nya. Appreciate sgt! Rezeki Fateh ramai yg mendoakan. Rezeki hadiah dan duit pon byk Alhamdulillah. Kdg2 rasa segan jugak sbb tiap org yg bg tu jumlahnya sgt besar bagi kami. Ada yg tak dikenali (kawan kepada kawan) pon ada hulurkan duit buat Fateh. Semoga Allah merahmati kalian semua, dilimpahkan rezeki berlipat ganda dan diberi kesihatan yg baik dan berpanjangan.

                                       
ni anak2 sekolah tahfiz an nuri di kg saya

                                       
Di rumah kakak ipar di kemayan pahang


Ada sorg doc suruh saya selalu pegang dan ckp dgn baby. Sebelum tu mmg saya ada pegang dia tp tak kerap la sbb keadaan Fateh yg penuh dgn tiub dan wayar dan sekelilingnya penuh dgn mesin. Sikit sgt bhgn yg boleh saya pegang dia. Saya pon tanak ganggu nurse buat keje sbb nurse sgt kerap bg ubat pada dia. Kalau tak silap saya ubat Fateh masa tu hampir 20 jenis (atau lebih). Tapi bila doc dah ckp mcm tu,terus saya tarik kerusi duduk kat katilnya walaupun hanya dpt pegang bahagian betis nya yg kecik tu. Nak berckp2 pon mencabar gak sbb ventilator tu kuat bunyinya. 


Inilah dia pam ubat Fateh tapi gambar ni diambil masa Fateh dah beransur pulih.Masa ni kalau tak silap tinggal 6 saje ubat.


Ada satu ketika keadaan Fateh ada perubahan yg positif. Doc kata ini bukanla perubahan yg terlalu byk tp tu pon kami dah bersyukur sgt. Fateh dah tak guna lagi ventilator yg bising tu dan diganti dengan conventional ventilator. Doc cuba nak turunkan oxygen support dari ventilator tu. Sebelum ni mmg fully support. Tp keadaan dia kadang2 ok,kadang2 tak boleh tolerate. Saya tak ingat berapa lama dia guna conventional ventilator tapi lps tu dia terpaksa guna semula ventilator yg bising tu sebab keadaan dia yg tak stabil. Saya memang tak boleh tgk kalau dorg tgh nk tukar ventilator tu Oxygen saturation mesti drop semasa proses nak tukar tu. Sampai bwh 60 pon ada. Kalau respiratory specialist dtg betulkan ventilator pon kdg2 bacaan drop. 

Bila dah hampir ke penghujung januari, tiba dah masa mak saya nk blk Malaysia. Dengan keadaan Fateh yg belum stabil, kami mintak mak extend lagi tinggal kat sini. Alhamdulillah mak setuju dan memang dia pon rasa dia nak stay lagi sbb kesiankan cucu2nya. Cuma kesian jugak kat abah sbb dah rindu kat mak. kikiki. selingan lawak keluarga:) .Ada jugak yg lawak abah sy ni. Abg sy post gambar dorg tgh sapu rumput yg baru potong kt wassap family. Saya tunjuk kt mak dan masa Mak saya call abah tanya psl tu. Abah kata 'eh mana awak tau?' Heran dia mak boleh pantau dari abu dhabi.hahha.

Berbalik pada cite Fateh, doc decide nak tebuk kt bhgn paru2 utk buang air trapped. Mula2 sebelah kiri (2 tempat) kemudian beberapa hari sebelah kanan pulak. Alhamdulillah ada perubahan yg baik utk Fateh. Air trapped dapat dikurangkan dan bacaan2 lain nmpk bertambah ok. Tapi mcm sebelum ni, perubahan tu bukanlah perubahan yg sgt besar. Masa tu ada rasa lega sikit, tapi ada satu hari saya dtg nurse bgtau takde perubahan dan geleng2 kepala. Berdebar balik hati ni.




Tuesday, March 24, 2015

Muhammad Al Fateh - my lil fighter Part 8

Selepas dada Fateh ditutup sepenuhnya, saya dah tak berapa ingat kejadian2 mengikut tarikh yg betul. Sebab setiap hari, boleh kata hampir setiap hari la kami dpt berita yg kurg menggembirakan. Kadang2 doc dtg pd kami utk bg perkembangan utk hari tersebut. Kadangkala kami yg request utk jumpa doc. Tapi lama kelamaan saya jadi takut dah nak jumpa doc. Saya dah tak sanggup nak dengar apa doc kata. Paling biasa dorg kata baby is critically ill. 

Kadang2 lebih baik saya tak dgr apa2 dari dorg. Bila tau saya nangis. Sampai saya rasa sampai bila aku nak menangis. Teringat guard penah marah jgn nangis.pray!pray!. Saya cari apa2 bacaan yg elok dibaca utk pesakit jantung. Saya bagi Raat baca. Saya share di instagram. Moga2 semua membaca dan mendoakan buat anak saya. Saya masih tak boleh baca. 

Saya bukak fb nak carik sesuatu. Tak dpt nak cite kenapa. kebetulan masa tu kisah banjir teruk di kelantan. Jadi banyak yg share ayat2 bermanfaat. Saya terbaca post dari Dr Maza. Post ni saya baca bbrp hari sebelum surgery lg. Saya rasa Beliau tujukan utk mangsa banjir tapi sgt kena dgn situasi kami. Kalau rajin carikla post tu bertajuk kemanisan dalam ujian, tarikh post tu dalam penghujung thn 2014.

 Ringkasnya Dia cerita nabi Musa yg diuji Allah terpaksa meninggalkan mesir dan lari hingga ke jordan atas sbb tertentu tanpa sebarang bekalan, akhirnya mendapat perlindungan. Doa yg dibaca Nabi Musa A.S ketika itu ialah surah al Qasas ayat 24 yg bermaksud 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yg engkau turunkan'.maksud nabi Musa itu fakir atau amat sangat memerlukan apa saja kebaikan yg akan Allah berikan kepadanya utk menghadapi situasi itu. Saya pon tak pandai nak cerita. Kena baca full post tu baru paham. Tapi yg saya boleh kata doa lah senjata utama. Rintih pada Allah. Kita tau tu tp kadang2 kita lupa atau tak bersungguh. Sedangkan semuanya dari Dia. Dia pemberi sakit dan  Dia lah penyembuhnya. 

Saya tak boleh duduk sorg2. Mulalah kan. Nangis nangis nangis. Saya mmg nak marah dgn diri sendiri kdg2. Kenapa tak boleh nak kawal. Bersabar, bertahan jgn ikut emosi. Tapi tu lah.selalu fail! Pegi bilik mengepam dok sorg2 situ mulalah esak2 sorg2. Tapi Dengan baca post2 bermanfaat tu mmg sy tmbh kuat.  Bila dah boleh baca quran, saya kumpul sume ayat2 yg boleh saya amal. Nanti satu post saya share utk sume doa2 yg sy cari dan baca. Ada jugak kawan saya bagi apa yg patut saya baca. Thanks a lot ina. Ina yg anaknya pon pernah operate jantung jugak dan dia ada masa kejadian tukar plan masa hari operation Fateh tu. 

Kami mula2 tu blur jugak apa yg berlaku kt Fateh lps dada dah ditutup tu. Yg kami diberitahu dia ada pulmonary hypertension iaitu tekanan darah yg tinggi  yg efek paru2 dan jantung sebelah kanan. Kemudian doc bgtau lg infection dia tinggi. Pastu kidney pulak problem. Fateh perlu di dialisis. Wayar2 keliling dia makin bertambah bukan makin kurang. Perut nampak makin kembung. Bacaan blood gas pon x pernah capai normal. Ada sorg doc tu dtg bgtau anak saya mmg kritikal tapi dia positif Fateh akan sihat. 
Tapi bila dah lama2 dia kata kami kena bersedia utk apa jua .kemungkinan. Dorg dah cuba yg terbaik utk Fateh. Masa tu dia kata peluang baby adalah 50-50. Ya Allah masa tu.....lesu rasa.

Tiap kali balik dari hospital, Raat akan bagi semangat dekat saya. Saya tau dia pon sedih, tp dia lg kuat dari saya yg saya nmpk. Kata dia kalau ada rezeki baby dgn kita, insyaAllah dia akan sihat. Tapi kalau Allah kata sebaliknya, kita kena redha. Perancangan Allah tu lagi maha hebat. Doc boleh bgtau keadaan baby dari apa yg dorg tau. Tapi kita kena sentiasa yakin dan ingat semuanya yg menyembuh adalah Allah. Dulu2 saya selalu komplen jugak kenapalah laki aku ni kdg2 mcm xde perasaan. Bini merajuk,marah cemana pon dia wat lek wat peace jek. Syukur sebenarnya. Kalaulah dia ni  hati melankolik jugak, jenuh pulak nk tenteram org laki punye sedih. Buruk plak rupanya.:)

Kadang2 bila sampai hotel saya dah tenang dah. Tengok anak2 sambut kitorg dgn happy tiap kali balik. Pastu mak pulak cerita aktiviti budak2 ni sepjg kitorg kat hospital. Ada jugak part lawak bila bdk2 ni ngusik opah dorg. bbdk ni tarik access card bilik hotel tu, jadi bergelap la satu bilik. Opah jerit suruh letak balik, dorg boleh gelak je. Lagi opah marah,lagi dorg gelak. Dorg kata opah funny! hadoi.ibu kecik2 punye la takut ngn opah, deme boleh gelakkan opah. 

Mak pulak nampak tenang je. Dia akan ikut kami sesekali ke hospital. Dengan kami, dia selalu positif je. Rupanya senyap2 dia call kakak saya. Dia pon tak tahan nk luahkan rasa hati dia. Dia tak sanggup tgk muka sedih kami. Selalunya balik dr hospital saya akan make sure saya tak nangis atau sedih. Mungkin ada sekali tu saya balik dr hospital, saya terus buat2 tido dan termenangis jugak senyap2. Mungkin dia perasan. Masing2 tanak tunjuk perasaan masing2 sbb masing2 nk jd kuat utk each other. Dia bgtau kakak saya jgn bgtau saya yg dia call. Sudahnya dia yg pecah lubang lepas bbrp hari tu. Terlepas cakap. hihi.. Tapi suami, mak dan anak2 mmg kekuatan utama saya masa tu. 

Ramai jugak yg bertanya tentang keadaan Fateh. Tapi yg saya boleh kata ketika tu, 'insyaAllah baby makin ok'. Tak sanggup saya nak bgtau hal sebenar. Mudah2an apa yg saya katakan tu dimakbulkan. Jadi saya bgtau yg baik2 je. 

Doc bgtau lagi perkembangan baby. Doc bgtau paru2 baby ada udara (air trapped lung). Biasanya akan ambik masa yg lama untuk pulih. Get ready untuk berada di hospital dengan lebih lama. Kemudian ada lagi berita yg sgt merisaukan saya. Jantung bahagian kanan lebih kecik dari bahagian kiri. Ianya tak sama saiz. Kemungkinan besar ini penyebab utama baby berlaku byk komplikasi. Dan ianya tiada ubat dan tiada pembedahan yg boleh dilakukan untuk nak betulkan keadaan jantungnya tu. Perasaan masa tu...ntahla ye. Tak tergambar dah....


to be continued



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...