Tuesday, May 18, 2010

my sweet 17!!heeee

Alkesahnya pada satu hari..aku telah membuat pemeriksaan kandungan seperti biasa di hospital pakar puteri JB. Masa tu kalau tak silap usia baby dah masuk 4 bulan. Jadinya ketika itu perut dah mula nampak dan aku pon dah mula pakai baju pregnant.



Nurse arahkan aku ke toilet untuk amik urine. Di puteri ni, aku kena keluar dari klinik doctor untuk ke tandas dan menggunakan tandas orang ramai di hospital tu. Tak jauh pon tapi leceh sebab ramai orang. Mula-mula masuk tandas, aku dah terperasan sorang makcik cleaner ni pandang aku. Sambil menunggu toilet yang kosong, aku nampak makcik ni dok tengok lagi. cantik sangat kot aku aritu. haha. tak kesah la kan. biase la orang nak pandang. biorkan aje.



Bila dah setel, aku kuor dan terus ke lab anto urine tu dan patah balik ke klinik. Aku kena lalu balik tandas tadi dan makcik tadi ada di luar tandas dan masih memandang aku macam tadi. erkk...nape ni makcik?? bila aku melintasi je makcik tersebut, terus dia bercakap dengan agak lantang..'huhh!!mengandung!!!'erkkkkk.....salah ke aku mengandung???aku terus suspek makcik tu mikir yang bukan2 pasal aku..huhuhu..makcik..makcik...takpela..kalau betulla seperti yang aku sangka...saya maafkan..dalam maksud tersiratnya makcik nak kata saya nampak muda kan untuk mengandung!!muahahaha...



Jadinya aku wish untuk diri sendiri SWEET 17 lah...jangan muntah ye...haha..nak nyanyi sket..



happy birthday to me..

happy birthday to me...

happy birthday to myself...

happy birthday to meeee.....:-))


birthday cake berbentuk handbag...apakah maknanya??my dear hubby please take note..hehehehe....i tak kesah ngan adiah tu. dapat jage me and baby sampai sebulan tu pon dah cukup bermakna..:-))


Hadiah yang paling bermakna untuk birthday kali ni ialah baby yang bakal lahir tak lama lagi ni. i can't wait to see u my dear baby! Harap segalanya dipermudahkan...



Sunday, May 16, 2010

Menghitung hari...

Check up 2 minggu lepas betul2 buat aku rasa nervous, risau dan macam2 perasaan la. Dr. usha said my baby's weight didn't grow as what he/she should be. At 34 weeks, she's only 2.27kg. Yang paling aku risau, my gynea bagitau maybe aku akan dipaksa bersalin 2 weeks earlier from the due date. Kecut perut mak! Tapi ape2 pun katenye, tunggu next check up lagi 2 minggu.

Dalam kepala macam2 yang aku pikir. Aku belum ready lagi nak bersalin. teknik bersalin and watsoever tu kan. Teringat pulak kat suami yang jauh tu. Takkan nak kena balik awal sebab dia ada exam safety kat NIOSH bangi on 1st-2nd July. Kalau balik awal, maka cuti perlu dipanjangkan sedangkan cuti yang ada memang cukup2 kalau ikut plan asal. Tapi kalau dia tak balik time aku bersalin, sedihnya rasa kan. walaupun dalam kepala rasa berkecamuk time tu, tapi yang bestnya aku dapat goodie bag dari KPJ yang berisi diapers huggies for newborn, pantyliner, sabun dan syampu baby sebamed. sukee..:-))

Semalam aku pergi check up sekali lagi. Dengan harapan berat baby aku meningkat dengan jayanya. Seperti biasa, nurse akan cek blood pressure, urine ngan berat aku. Tapi berat aku tak naik banyak. Dalam hati dah terasa yang berat baby aku jugak takkan naik dengan banyak. Makin tak sabar nak scan tengok berat baby. Sebelum ni keadaan baby aku songsang, tapi alhamdulillah kedudukannya dah ok last 2 weeks. Ada satu lagi yang buat aku risau, iaitu placenta aku berada kat bawah ataupun lebih tepat lagi, low lying placenta. Now berat baby pulak tak berapa banyak.

Doc mula scan macam biasa dan dia bagitau yang uri aku dah naik. alhamdulillah...Syukur sangat! Lega dah 1 part. Sejak dari 6 bulan lagi uri ni kat bawah. Check pulak heartbeat, kedudukan baby etc..etc..beratnya doctor??tak sabar betul aku. Doc pon bagitau yang my baby's weight is 2.9kg..leganya hati ibu ni..alhamdulillahhh..

Jadinya aku tak perlulah dipaksa bersalin awal dan hanya perlu menunggu saat dan ketikanya saja. Hubby pon dah decide nak balik mesia on 26th May. Mudah2an dia ada bersama saat2 aku nak bersalin nanti. aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...