Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Supplements untuk ibu hamil

Assalamualaikum readers,

Bila kita disahkan hamil/mengandung/pregnant, jangan sesekali abaikan pengambilan supplements. Dengan shaklee, kita ada supplements set lengkap hamil shaklee untuk diambil semasa pregnant. Masa pregnant Arissa, belum kenal shaklee. Saya ambil iberet folic, calcium dan neurogain. Masa pregnant qistina, walaupun masa tu dah kenal shaklee tp saya tetap ambil vitamin yg doktor bagi. Dan top up dengan supplement shaklee. Tapi kali ni memang sepenuhnya ambil supplements set hamil shaklee.

Masa saya tau saya pregnant, sy tak tergesa2 nk cek doctor pon. anak ketiga kekdahnya. kalau anak first tu tak dan dan nk gi cek doktor. Saya tak risau sbb folic acid, calcium, iron tu sume saya ada dengan shaklee. Saya memang ambik hari2 pon. Tambah2 masa tu busy pulak balik malaysia. Pastu mcm2 hal lagi. Dah masuk 4 bulan baru berkesempatan gi chk up. Gynea saya Dr. Usha tanya dah berapa bulan.Saya jawab 2 bulan lebih. Bila scan rupanya dah 4 bulan! Dah boleh nmpk boy ke girl..hihihi..

Jom kita tgk apa yg ada dalam set hamil shaklee??

1. Vitalea - sejenis multivitamin yg mengandungi 200mcg folic acid. terdapat juga iron,calcium dan sebagainya.Folic acid ni penting untuk ibu hamil untuk membentuk saraf tunjang pada bayi. Preggy moms kena ambik folic acid sekurang2nya 400mcg-800mcg.

2. Vita C - Bantu sistem imun badan utk ibu. dan juga bantu penyerapan iron.

3. B complex- Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B dan juga bantu kawal stress

4. ESP - Membekalkan protein utk menambah tenaga kepada ibu hamil.

5. Ostematrix (calcium&magnesium) - kalsium sgt penting untuk ibu hamil sebab pengambilan kalsium kita dikongsi bersama si kecil dalam perut tu.:). bagi mengelakkan si ibu mengalami osteoporosis, kurangkan lenguh2 badan dan cramp.

6.Omega guard - bagus untuk perkembangan otak bayi.

Sebaiknya ambil set lengkap semasa hamil. Bila kita pregnant, kita bukan saja perlu pikirkan tentang kita, tapi perlu ambil kira keperluan baby.Bagi yg kata tak boleh telan pil dan sebagainya, inilah permulaan pengorbanan kita sebagai ibu. Boleh ke tak boleh kena la harung jugak kan!:) Asalkan baby sihat.

Bila dorg dah besar lain pulak ceritanya. Kalau sakit nak kena cari cara bg dorg pulak makan ubat or supplements. Mencabar gak tu kalau anak yg cerewet. Anak pertama saya lagi memilih berbanding adiknya. sekarang ni si kakak dah makin senang disuruh ambik supplements. Tapi sejak sekolah ni asek selsema je. 

Jom layan video dua beradik ni buat coloring.  tema nya color sesuka hati dimana saja. :)



Nanti tambah lagi sorg menghuru hara kan lantai dengan pelbagai warna..hihi layannnn..








Monday, July 22, 2013

Supplement shaklee membantu penyakit Rheumatoid arthritis

Assalamualaikum,

Harini saya ingin berkongsi mengenai penyakit Rheumatoid Arthritis (RA). Penyakit ini menyerang sendi2. Jika ia tidak dirawat lebih awal, ia boleh mengundang kepada kehilangan daya pergerakan.

Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan badan (penyakit autoimun). Ketidakseimbangan sistem pertahanan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yang berlebihan dalam sendi. 

Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang. Jika proses keradangan ini berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan kecacatan sendi. Selain sendi, ia juga boleh melibatkan organ-organ lain seperti paru-paru, kulit dan mata.



RA menular dalam 3 peringkat. Peringkat pertama ialah bengkak pada lapisan tisu sinovia yg menyebabkan kesakitan, kepanasan, kekejangan, kemerahan dan bengkak di sekeliling sendi. Peringkat kedua ialah pembesaran dan pembahagian sel yang pantas mengakibatkan cecair sinovia menjadi pekat. Dalam peringkat ketiga , sel yang meradang akan mengeluarkan enzim yg mungkin memakan tulang dan rawan mengakibatkan sendi yg terlibat hilang bentuk dan kesejajarannya, lebih kesakitan dan kehilangan daya pergerakan.

Serangan Rheumatoid Artritis (RA)

RA lazimnya melibatkan mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan kanak - kanak. Kaum wanita mempunyai  kekerapan 3x ganda lebih tinggi
 untuk menghidap penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Tanda- tanda dan Gejala
 

- Sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan.
- Kekakuan sendi yang lebih ketara di sebelah pagi atau selepas lama berehat.
- Berasa letih dan lesu
- Kekeringan mata dan mulut.




Terdapat 3 langkah supplements Shaklee dapat membantu penyakit RA. Langkah pertama membantu mengkalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Langkah kedua mengurangkan inflamasi dengan Omegaguard. Langkah ketiga mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix.



 1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

Ia dipilih kerana tidak mengandungi kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik bila diambil secara oral. Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap.




2. Omega Guard


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak  omega- 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Omega-3
-Melambatkan degradasi tulang rawan
-Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
-Bertindak sebagai pelincir –> membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

 3. Ostematrix


Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

 


Sumber :
2.Shaklee product workshop


Contact me for more details.
sms/whatsapp:+971503218749
FB: puteri hafiza
Tengkiu.:-)
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.*

Friday, July 19, 2013

Set BF Shaklee and me


Salam semua,
Dalam mencari2 idea untuk menulis,my SIL nak share mengenai set menyusu di blog saya. Baru saya perasan yang saya tak pernah buat entry pasal ni. Sedangkan saya bermula amik produk shaklee dengan BF set.
Set menyusu shaklee sgt2 saya recommend pada sume ibu2. Bukan semata2 untuk bagi susu meriah, tapi untuk kesihatan si ibu tu jugak. Bayangkan kita berkongsi khasiat dgn baby. Sudah tentu kita perlukan makanan dan sumber zat yg berganda. Badan kita sihat, dah pasti susu pon meriah.
Saya mula2 amik set menyusu full set. Masa tu Arissa setahun lebih. Susu sgt2 kurang. Ibu n anak dua2 tensen. Ibu stress sbb sakit,anak plak stress nyusu lama2 pon tak kenyang2. Saya beli dengan kak Alin. Tak kesah dah masa tu bayar postage mahal ke apa. Alhamdulillah lepas cuba,rasanya dlm seminggu dah ada perubahan yang ketara. Baju basah leaking mcm dalam pantang tu.syukur sgt2.
Sepanjang sethn 3 bulan ni menyusukan qistina, alhamdulillah susu masih meriah. Saya takde struggle lagi macam masa arissa dulu. Masa Qis setahun lebih kurang, sampai demam sebab bengkak susu. Mudah2an saya dapat menyusukan Qistina sampai 2 tahun. 

Saya tak kata dengan supplement je kita boleh berjaya BF anak. Sebab Arissa berjaya BF sampai setahun tanpa supplement. After setahun baru amik supplement. Tapi jika kita amik supplement, kita sebagai ibu dapat rasa perbezaan tu. Badan tak cepat letih, susu sentiasa meriah, takde risau2 lagi susu merudum. 

Tak rugi amik full set utk set menyusu ni. Selain susu meriah, badan kita pon sihat. Harga yang kita belanjakan tu sangat2 berbaloi. Yang lagi menarik sebotol supplement tu ada yg boleh makan hingga 4 bulan! Sangatla jimat. 

Apa yang ada dlm set menyusu shaklee ni??
1. ESP- bagi tenaga pada ibu utk menyusukan baby. Ia juga memekatkan lg susu ibu. Susu pekat baby cepat kenyang.
2. Alfalfa-ia merupakan tumbuhan herba galactologue yg membantu untuk milk booster.
3. B complex- beri tenaga. Dapat kawal stress.ibu stress,susu pon stress nak kuar.
4. Vit C - untuk sistem imun badan.
5. Vitalea - Multivitamin.
6. Ostematrix - Mengandungi kalsium,magnesium dan vit D. Ibu tak cukup kalsium,nahasla tulang dan gigi si ibu tu nanti!hoho


Kalau anda masih tercari2 BF milk booster, pilihlah set dari shaklee ni. saya sangat2 recommend!:-)


Ni gambar busuk masham Arissa n Qistina..hehehe

Contact me for more details.


sms/whatsapp:+971503218749
FB: puteri hafiza
Tengkiu.:-)
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.*

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah harini dah hari ke 2 berpuasa. Semalam jenuh jugak pikir apa la menu nak masak untuk berbuka hari pertama ni kan. Husband pulak kebetulan off day dia. Tapi sudahnya tak dapat  pikir menu yg special pon. Ikan sea bream sweet sour je sbb senang campur2 sos sudah siap! Pastu teringin pulak sayur lodeh. Macam tak kena je kan kombinasi menunya tapi lantak nye lah.belasahhh..hehe..

Gigih pulak buat bingka ubi kayu. Google resepi macam senang jek. Beli ubi kayu sebatang je pon.ingtkan takdela susah nak sagat ubi kayu tu. Sekali ku sagat sagat sagat..mak aihhh..lenguh tangan! Kuar abih peluh jantan. Tipu jek..Bulan2 pose ni buat kuih mcm tu mmg gigih la.hikhik..

Tapi hasilnya memang best! Rupa parasnya macam biasalah kalau saya buat kuih tak penah cantik. Lembik semacam je. kena makan ngan sudu. Tapi laju je 4 beranak makan satu loyang..yummyyyyy...ceh puji diri sendiri lantak la kan.

Tapi org kata makan ubi ni sakit badan. Eh yeke ubi kayu yg sakit badan. Tahle. Yang pasti sebelum  tido mesti telan ostematrix 4 ketul. Kalau tak bgn pagi esok lesunya rasa. Sahur tu pulak minum ESP campur mealshakes. Saya bancuh siap2 mlm sebelum tu masuk lam fridge. Sahur tu saya tabur plak milo kt atasnya.. fuh sedappp.

Apa2 pun saya nak memohon maaf dan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Jadikan ramadhan kali ini ramadhan yg terbaik dari yg sebelumnya. InsyaAllah. Aaaminn..

Saturday, January 12, 2013

Kekejangan otot

Kekejangan otot selalu dialami oleh wanita hamil dan juga atlet. Tapi kekejangan otot ni  bukanlah satu penyakit tapi ia merupakan satu simptom.

Ada 3 keadaan kekejangan otot ni:

1. kekejangan di waktu malam. 

-Otot yg biasa terlibat ialah otot betis. Antara puncanya ialah dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti magnesium, potasium, calcium dan sodium, dan kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi tidur yg salah. Masa kat zaman belajar dulu selalu gak kena. Kdg2 kesannya sampai esok pagi. Nak jalan pon rasa sakit.


2. Kekejangan otot pada wanita hamil.

Biasa terjadi apabila masuk trimester kedua apabila rahim semakin membesar. Kaki penat nak tampung berat badan. Ini akan mengakibatkan kekejangan. Apabila ini berlaku, dinasihatkan supaya tak berdiri terlalu lama. Bagi saya  alhamdulillah, semasa saya pregnant jarang sgt sy cramp. Masa Arissa penah jadi 2-3 kali kot. Masa Qistina klu tak silap takde jadi. Syukur. 

3. Kekejangan otot kaki pada atlet.

Selalu terjadi sebab regangan keterlaluan ataupun terseliuh. Utk yg suka bersukan, perimbangan mineral dalam badan adalah penting. tak leh kurg air,tak boleh juga terlebih air.  Minum air yg mengandung mineral dan glucose.

Untuk ketiga2 keadaan ini, OSTEMATRIX  dan VITALEA amat sesuai diambil sebagai supplement harian. OSTEMATRIX lengkap dgn calcium &magnesium, manakala vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral dimana salah satunya adalah potasium. Bagi atlet/yg gemar bersukan, sesuai ditambah dengan PERFORMANCE DRINK. ia minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi. Ia mengandungi glucose dan sodium  yg diperlukan oleh badan.
                       

performance drink         ostematrix                               vitalea



info lanjut mengenai kekejangan sila rujuk sini..


Hubungi  saya untuk details mengenai produk shaklee.


call/sms/whatasspp :+971 503218749,
email: puterihafiza83@gmail.com
FB : puteri hafiza
FB page:supplemen kesihatan keluarga







*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.*

Thursday, November 29, 2012

congratulations!!


Beberapa hari ni saya asyik dengar cerita induce dan bersalin. Mula2 my bff,Niza bgtau dia akan di 'induce' sebab air ketuban bawah borderline walaupun due date dia pertghan bulan 12. Tapi sebelum kena induce,dia dah mula rasa contraction dan akhirnya bersalin dengan selamat tanpa di induce dan bersalin secara normal.

Alhamdulillah.baby girl comel tu diberi nama nur aliya bt suhail. Same la kite ade 2 powerpuff girls.hehe. Baby ni kecik comel lote 2.4kg sbb dah tak sabar sgt nk keluar dari perut mama dia sebelum waktunye. nak membesar bagai johan kat luar le tu.


Photo: Day 7. Nur Aliya bt Mohd Suhail
 ni dia baby comel nur aliya..cilok  dr fb niza..hehe

lepas tu, lynda my ex-ofismate pon cite dia akan di induce jugak. lynda pon nak lahirkan anak kedua. Masa 1st baby due date kitorg lbh kurg dan dua2 kena vakum..ehehe..Kali ni Lynda gagah sangat sebab baby dia 4.1kg dilahirkan secara normal..dan tanpa vakum..syabas bete!!Hehe..

Photo: Yeay, at home finally with my dearest, 3-days old baby girl. Alhamdulillah. And also, dapat jumpa 'baby' razeyn yg dh 2days x sleep with mommy :-) here's a pic of gugurl before leaving the hospital just now..
 ni pulak baby girl lynda.. namanya masih rahsia lg kot..comel sangat!ni pon cilok dr fb..hehe

 Dan sorang lg biras saya,ija jugak namanya.:-)..baby ija pon kuss semangat 4.1 kg..Normal jugak!!fuhhh..I dulu 3.0kg pon dah jerit sekuat hati satu spital leh dengar..haha..

Photo: Karl thaqiff hakimee
haaa..booolatttt sangatt..bam bam sungguh!! Nama baby comel montel ni Karl thaqiff hakimee

Bermulalah episod berpantang untuk mereka. Pengalaman berpantang dengan produk shaklee selepas berrsalin qistina sangat2 seronok dan puas hati!Pertama, badan dah tak rasa lesu dan tak bermaya masa bersalinkan arissa dulu. Dulu lam pantang muke pon pucat je. Cargas  je rasa tapi takleh la nak buat lompat bintang ke hape kan. Tak agak2 pon!haha .Kedua saya tak risau pasal susu kurang ke apa. Alhamdulillah rezeki qistina melimpah ruah. Dulu walaupon lam pantang, ade ketika struggle jugak nak bagi susu banyak. Ketiga proses membuang sgt lancar! Kalau ada pengalaman sembelit masa lam pantang..memang hazab kan!!huishh takleh ingat..Takat tu je lah cite pengalaman berpantang dengan shaklee.. Nanti kena buat post lain untuk cite panjang lebar lagi..hee

Cadangan Vitamins semasa berpantang:
1.B complex
2.Vitalea
3.Vit C
4.zinc

boleh add on dgn ESP dan ostematrix

Jika berminat, saya boleh dihubungi melalui--> call/sms/whatasspp :+971 503218749, email: puterihafiza83@gmail.com dan FB : puteri hafiza





*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...