Wednesday, August 26, 2015

Hebatnya berdoa. Anak kecil pon percaya.

Assalamualaikum semua.

Ahad baru ni kami pergi ke Abu Dhabi. Nak beli baju skolah Arissa yg last minit baru dapat SMS dari sekolah dan ada lagi beberapa urusan lain. Lepas setel urusan dan menunggu kedai baju sekolah bukak jam 5 pm kami ke Yas Mall. Kebanyakan Kedai disini akan tutup dari jam 1pm sehingga jam 5pm. Kebetulan kami makan di kedai Mamak's yang menyediakan makanan seperti di kedai mamak Malaysia di Yas island dekat dengan Yas Mall.

Kami takde merancang nak beli apa-apa. Saya cuma nak cari knee protector untuk Fateh sebab dia dah mula merangkak. Dan nak cari soft toys rainbow dash untuk the girls. Arissa dah berdoa lama nak dapatkan rainbow dash little pony tu. Tiap kali lepas solat saya suruh dia doa apa saja yang dia nak. Doa nak soft toys rainbow dash mesti yg utama selain doa nak opah atok and her cousins dtg sini.  Dia faham bahawa semua apa yang kita ada datang dari Allah. Saya pon tak tau nak cari kat mana. Mungkin ada di kedai babyshop dengan harga yang reasonable sebab ada sale sekarang.

Semasa saya pegi solat, Raat dan anak-anak tunggu saya kat central area kat mall tu. Kat situ ada skrin billboard besar. Bila saya dah selesai solat Arissa bising bagitau sambil tunjuk billboard tu 'ibu i can see the build a bear workshop up there!' ulang2 banyak kali. Saya masih tak paham apa yg dia bagitau sbb yg saya tgk iklan di billboard dah bertukar. Sepanjang jalan dai asek sebut yang tu.

Kami jalan-jalan mencari barang yang dihajati sambil2 melayan mata melihat sale yang meruntun jiwa dan poket. Tersinggah juga di kedai Mothercare tgk t shirt anak-anak harga bawah AED20. Baju Fateh je tak beli sbb takde yang berkenan dan harga budak lelaki lagi mahal dari perempuan! Arissa dah tak keruan sebab dia dah nampak kedai yang dihajati. Rupanya kedai Build A Bear workshop tu selang sebuah je dari mothercare. 

Saya dan Raat memang tak tahu menahu pasal kedai ni. Kedai macam ni mmg malas nak masuk sbb harga mesti mahal! Selalu nya toys anak-anak beli kat babyshop atau toys r us atau Daiso saje. Daiso lagi seronok sbb murah.haha. Disebabkan dia dah berdoa lepas solat pasal ni, abah dorg baik hati nak ikut kehendak dorg. Itu pon sekarang ni kami dah jarang membeli sebab dah rimas toys entah hape2 je dan byk galakkan dorg beli buku saje. Saya rasa Arissa tau pasal kedai ni sbb pernah tgk di youtube. 


Saya tengok ada display little pony kat situ harga AED130. Raat oklah this time. Bolehla beli. Salesgirl tunjuk pulak pony yg ada kulit saje dengan kepala. Rupanya nak beli soft toys kat situ kena masukkan kapas tu sendiri. Sound interesting and fun kan for the kids!


Ni mesin nak pilih lagu. Labu ni kalau tekan kepala pony tu nanti bunyi la lagu kita pilih tu.

Orang tu kata boleh pilih lagu. Nak lagu apa. Saya pon suruh la the girls pilih lagu mana dorg suka. Bila dah masing2 pilih, masa nak masukkan kapas pulak dalam pony tu. Barulah saya perasan setiap satu tu kena tambah duit! hahahahha. masakkkk. Lagu tu AED40 utk satu pony! Nak tarik balik kesian pulak dorg dah excited. Kapas tu pulak AED15 or 25 tak ingat. Mak dalam kepala dah buat kira2 dah berapa dah harga seketul pony ni. 

Arissa tekan untuk kuarkan kapas tu.



Org tu suruh ambik heart. Terus I tanya dia berapa dirham? Dia kata free. Haa ok boleh la ambik.hahaha.


Ni pony dah siap dimasukkan isinya dan dijahit. Masa untuk mandikan pony.

Salesgirl tanya nak tambah apa2 lagi ke? Saya cakap cukupla takat tu. Ada baju ,aksesori ,rollerblade pon ada utk pony. Rollerblade tu complete dengan baju tak silap aed300. Pandai sungguh bisnes camni.hahaha. Budak berdua ni dah aim jugak nak dapatkan rollerblade tu. Saya cakap doa la ibu abah kaya raya cepat2 dengan bisnes.hihi. Semangat nak doa lagi. 

Dah siap sume,ada dapat jugak birth certificate utk pony masing2. Pony Arissa namanya sweetie Pie. Aisyah pulak bagi nama horsie.Tu yg jadi mahaL tu gamaknya. Macam2. Ibu abah la lupa doa nk cari rainbow dash yg murah2 je, kalau ada kt kedai 2 ringgit lagi bagus.haha.

So parents sume, kalau u all pon sama mcm saya yg tak tau psl kedai ni, boleh berjaga2 lepas ni. Kalau anak2 tarik tangan masuk kedai ni boleh buat sakit perut lari laju2 masuk kete, bgtau nk berak kat rumah .hahaha. Kat KL hasil dari google,kedai ni ada kt sunway pyramid.:)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...