Saturday, September 5, 2015

Barney Live at Emirates Palace hotel, Abu Dhabi

31 July aritu kami sekeluarga pegi ke Barney Live show di Emirates Palace Hotel. Anak-anak excited nak Tengok Barney. Ibu dia excited nak tengok keliling hotel 7 bintang tu.

Show tu diadakan di Emirates Palace Hotel. Itulah first time kami jejakkan kaki di situ. Selalunya ambik gambar dari jauh je bila lalu kat situ on the way ke MArina Mall. Nampak dari jauh mmg gah. Bila dah masuk ke dalam, memang indah khabar,indah juga rupanya! Subhanallah memang cantik suasana di Lobby hotel tersebut. Tu baru lobby, tak tau cemane keadaan bilik hotelnya. Tak mampu pulak nk menginap disitu AED1000 satu malam. Ia boleh jadi AED2000 satu malam pasa musim sejuk. Tapi di UAE ni, itu bukan lah hotel termahal. Ada lagi hotel2 yg mahal dari tu. Kita tengok dari jauh je sudah!:)

Kami datang ke Abu Dhabi sehari sebelum show dan menginap di hotel (of coz bukan Emirates hotel.:)). Uruskan beberapa perkara pada hari tersebut. Keesokan harinya hari jumaat. Selepas solat jumaat dan lunch, kami terus saja ke Emirates hotel.

Mujur juga kami datang sedikit awal, dapat la mencari hall dengan tenang. DEngan 3 anak-anak yg kecik2 ni, kita kena plan lebih awal dari biasa.Sempatla Arissa dan Qistina bergambar di sini tanpa berebut dengan orang ramai. Bila dah abis show, berebut orang berbaris nak bergambar di sini.

posing dulu sebelum show.


posing dulu sebelum show.


 Show dah bermula. Enjoy sgt the kids. Even Fateh pon melompat-lompat masa muzik dimainkan. 



Ibu lama2 mengantuk la jugak. Kids masih enjoy the show.


Bergambar sebelum balik. Tengok suasan hotel yang sanga mewah.






Company Raat sponsor half of the price ticket for the show. Kalau bayar full rasanya tak kuasa jugak nak pegi. Ada lagi macam2 show yang ada tapi kami pilih Barney la suitable for the kids. Yang lain show silap mata etc. Alhamdulillah merasa la jugak budak2 ni tengok Barney Live.
Apa apa pun Arissa enjoy sangat. Qistina mula2 enjoy, half of the show dia dah tertidur. Sama la ngn bapaknya. Like father like daughter.:)

= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 

Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...