Sunday, August 16, 2015

Selamat Hari lahir muhammad Al Fateh yg ke 7 bulan 27 hari :)

Syukur Alhamdulillah dah hampir 8 bulan umur Al Fateh. Rasa macam baru je lagi semua detik2 paling cemas dalam hidup ibu jadi. Syukur Ya Allah atas rezeki dan pengalaman yang paling berharga ini. 

Selalu kita dengar ayat 'Selalu berbaik sangka dengan Allah'. Ayat mudah faham. Mudah rasanya nak aplikasi dalam hidup. Tapi bagi saya, semasa melalui saat-saat genting aritu, ayat yang mudah difahami ini jadi sangat sukar nak diaplikasikan. Sesekali terdetik rasa negatif dalam diri. Kenapa aku? Kenapa aku yang kena lalu semua ni. Astaghfirullah. Rupanya ayat ini tak semudah yang disangka. Istighfar dan zikir yang jadi pembenteng dalam diri. 

Kehidupan seharian kita ni selalu diuji. Samada Kecil atau besar. Samada Kita perasan atau pun tidak. Ujian dari Allah pelbagai bentuk. Semasa senang juga adalah ujian. Janganlah kita berbangga diri jika tidak pernah mendapat susah dan tidak pernah diuji dengan ujian yang berat. Sedangkan keadaan kita yang selesa itu juga ujian. Adakah semasa selesa itu, kita makin mendekati Allah atau sebaliknya? Jika kita semakin lalai dan tiada peringatan yang kita dapat, itulah ujian yang paling buruk buat kita.

Benarlah, setiap ujian ada hikmahnya. Allah uji kita mesti bersebab. Mesti ada sesuatu yang lebih baik menanti. Semuanya rahsia Allah. jangan kita persoalkan. Bila terdetik dari hati sesuatu yang negatif, cepat-cepat istighfar dan banyakkan berzikir. Hingga kita faham benar dengan maksud sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Bila kita dapat ujian, kita kembali pada jalan Allah maka kita orang yang paling beruntung. Jika sudah pon diuji, malah berkali-kali tapi masih sombong dan bongkak dan terus menjauhkan diri dari Allah, maka kita orang yang tersangat rugi. Apa yang saya tuliskan ni, bukan lah untuk mengajar sesiapa. Hanyalah peringatan untuk diri sendiri yang terlalu banyak kekurangan dan kadangkala leka. Allahuakbar. 

Tajuk macam jauh terpesong dari entry ni.haha. saya belanja la sikit gambar hero yang semakin sihat dan cergas. kebolehan terkini dah boleh berdiri dalam baby cot dia. Dah turunkan lagi cot tu . Jumpa lagi next entry ya! InsyaAllah.

Skill terbaru.:)


 Dah mula nak merangkak


at Barney Live, Emirates Palace Hotel



2 comments:

  1. Happy birthday Muhammad al Fateh.
    Semoga sentiasa sihat, ceria dan murah rezeki dunia selalu. Jadi anak yang soleh yer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...