Kes penderaan kanak-kanak terjadi lagi. Pilu rasa hati melihat anak-anak yang masih perlukan kasih sayang dan penjagaan sepenuhnya diperlakukan sewenang-wenangnya oleh bibik.
Tapi kes yang berlaku seperti ini bukan hanya diperlakukan oleh bibik, malah di taska dan juga pengasuh pernah berlaku seperti ini. Siapa yang bakal menjaga anak anda, antara taska, bibik dan pengasuh?
Ibu yang bekerja terutamanya yang baru mendapat cahaya mata tentu pening kan nak buat keputusan untuk menghantar anak ke mana apabila mula bekerja.
Antara perkara yang paling penting sebelum membuat keputusan adalah:
1. Kenali penjaga yang bakal menjaga anak kita. Buat sedikit 'research' siapa mereka. Jika kita ingin mengambil bibik, pastikan mereka telah duduk bersama kita lebih awal.
2. Tanya pendapat orang lain yang pernah mendapatkan perkhidmatan mereka.
3. Jika taska, pastikan memilih taska yang berdaftar di bawah JKM dan senarai taska yang berdaftar boleh didapati di laman web JKM.
4. Jika pengasuh, pastikan pengasuh tersebut tidak menjaga kanak-kanak yang terlalu ramai dan elakkan terlalu ramai bayi.
5. Buat lawatan ke tempat tersebut (rumah pengasuh atau taska). Lihat keadaan tempat tersebut samada sesuai untuk kanak-kanak.
Apa jua keputusan kita dengan setiap usaha yang dilakukan, kita sertakan dengan doa kepada Allah. Semoga Allah melindungi dan memelihara keselamatan anak-anak kita sepanjang masa.
Selain itu persiapkan anak-anak kita dengan supplement yang membantu sistem pertahanan badan mereka kerana mereka bakal terdedah dengan pelbagai jenis penyakit di luar sana. PM admin untuk supplement terbaik buat anak-anak anda disini.
No comments:
Post a Comment