Tuesday, March 17, 2015

Muhammad Al Fateh - my lil fighter Part 4

Doktor bgtau kemungkinan akan transfer ke SKMC hari sabtu. Masa tu 25hb Dec, hari khamis. Ini bermakna 2 hari lagi. Selama tu Fateh akan bertahan dengan salur bypass tu. Bila tiba hari sabtu, belum ada bilik yg available di SKMC. Kata nurse maybe hari ahad. Esoknya masih juga sama, Fateh masih belum dpt tpt utk ke sana. Hari ke hari hati makin risau.

Mula2 bilik tak available. Lepas tu surgeon pulak ramai yg takde. Masa tu maybe ramai bercuti utk new year sbb kebanyakan surgeon kt SKMC tu mat saleh. Setiap hari kami menunggu berita dari SKMC. Kalau boleh nak cepat2 dpt tpt kat sana, tp dalam masa sama masih berharap  Fateh boleh sihat seperti biasa tanpa perlu surgery. Hati ibu ni memang..kucar kacir..

Hospital Al Rahba ni jauh sgt dari bandar Abu Dhabi menghala ke dubai. SKMC pulak betul2 dalam bandar. Sepjg menunggu utk transfer tu, Kami terpaksa chk out hotel setiap hari sebab kalau dah boleh transfer, kami kena cari hotel yg berdekatan SKMC pulak. Sepanjang ulang alik ke hospital, kami akan keluar pagi dan blk malam. Terima kasih kat anak2 yg lgsg tak merungut kena duduk dlm kete seharian. 

 bgs jugak wifi hospital ni mmg laju. Dorg dpt layan youtube tu ok je.

bosan dgn youtube, test drive plak :)

Org di Malaysia yg pertama sy bgtau ialah kakak saya. Dia pulak dpt tugas berat kena bgtau mak abah saya. Saya mmg tak boleh nak call mak saya. Saya takut tak boleh nk kuar sepatah perkataan pon. Tak nak bg mak sy tambah risau bila dengar sy nangis. Sedangkan kawan2 msg pon dah menderu2 air mata. Syukur jugak takde sapa yg call. Sume call raat je. Sume paham emosi saya time tu.  Rupanya mak saya pon sebelum dpt berita tu, masa hari kejadian Fateh kena transfer dr Ruwais ke Abu Dhabi tu mak saya tak boleh tidur dari kol 2 pagi smpi subuh. Pada waktu sama fateh mmg tgh kritikal di NICU Al Rahba Hospital. Hati mak tu...boleh rasa anak tgh susah hati. Kuasa Allah kan!

Kakak saya blk kg weekend tu baru dia bgtau mak abah saya. Lps tau, mak saya decide nak dtg sini. Ya Allah lega sgt hati saya. Saat macam ni mmg perlukan family terdekat ada sama2 kita. Syukurlah kakak saya kata jgn pikir psl tu, nanti dorg uruskan semua. Yg peliknya keluarga sy ni, dalam susah hati tu masih ada unsur kelako. Nak pilih sapa yg nak escort mak ke sini pon jd bahan gelak. Takleh nk cite detail sbb kurg penting :) Terhibur jugak seketika walaupun dlm hati tuhan saja yg tahu. Btw yg terpilih utk escort mak saya ialah abg ipar saya. Terima kasih byk2 pada abg nin.

Dalam masa sama Raat mintak company uruskan hal penginapan kami. Alhamdulillah company akan tanggung cost penginapan tapinya kami kena guna duit sendiri dulu..Berurusan dgn org arab ni bukan urusan yg simple. Benda simple kdg2 jd rumit. Lepas bbrp call dan email dan hasil pertolongan kawan2 keje raat juga, kami diberi apartment di tgh2 bandar Abu Dhabi. SKMC masih takde khabar berita. 1hb jan flight mak dan abg ipar saya ke sini. Menunggu 1hb tu rasa lamanyaaa..



to be continued..

11 comments:

  1. berdebar baca..Ija memang kuat..syukur Al Fateh dah makin OK :)
    tak sabar nak tunggu sambungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur Alhamdulillah.masa tu tak kuat jugak:(

      Delete
  2. Alhamdulillah dipermudahkan.. insaf baca Ija..
    yang part kelakor tu penting hehehe walaupun hati kacau bilau kans..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mmg penting part kelako tu.bg ceria:)

      Delete
  3. Sebak baca tapi still boleh tersenyum. Tak sabar menunggu sambungannya

    ReplyDelete
  4. unsur lucu kena ada untuk handle tekanan sekeluarga hehehe memang abang iparmu pilihan utama ibu mertua kihkihkih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg nin siap mntk kebenaran ngn kastam ke ape tah kt airport.saya nk tunjuk kt mak saya..hihihi

      Delete
  5. Everytime baca mesti nak nangis.pastu tak sabaq mcm kan tengok drama korea dah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tulis ni pon sambil tulis sambil sedih.letih jugak camni.haha

      Delete
  6. Semoga fateh terus sembuh......bangga dgn ija...tabah dan kuat....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...