Friday, March 13, 2015

Muhammad Al Fateh-my lil fighter part 1

Pengalaman melahirkan ketiga2 anak memang berbeza. Masing2 ada ceritanya. Setiap detik tu boleh ingat kot. Fateh berbeza bila tanda bersalin tu awal 2 hari. Tak sakit tapi ada spotting. Sume anak2 pon sakit masa dah contraction tu tapi time Fateh ni sampai gigil2 satu badan mcm nonstop. Paling sakit kot! Kalau ikut kata mak, dia pon bersalin anak lelaki yg paling sakit. Mungkin la sama. Tapinya dia la yg paling sakit, tapi size dia la yg paling comel. 2.24 kg sahaja. :)

Lepas lahir , Fateh kena letak bwh lampu di nursery sbb bacaan kuning nya agak tinggi. Tapi alhamdulillah lepas 2 hari Fateh dah boleh discharge. Sepanjang kat rumah Alhamdulillah Fateh baby yg kuat menyusu, tak byk ragam. Menangis bila lapar, tak selesa dgn diapersnya ataupun mengantuk. Sama je lah dengan kakak2 dia dulu. Tapi Fateh ni lagi kuat menyusu.2 jam sekali tu macam wajib dah dia akan nangis nak susu. Baby boy kata org mmg gitu.

Kami plan nak namakan dia pada hari ke-7. nak buat akikah sekali. Hari ke-5 rasanya baru inform kt kg nak mintak carikkan kambing. seekor kambing di perak dan seekor lagi di pahang Alhamdulillah semua berjalan lancar. Doktor suruh datang semula ke hospital selepas 3-4 hari discharge tu utk normal check up. Jadi kami pilih hari ke-7 untuk check up jadi bolehla buat skali birth certificate nya di hospital tu jugak.

Jadi hari ke 7 tu bwk Fateh gi chk up.Tapi tgh mlm sblm ke klinik tu dia refuse menyusu. Nyusu kejap2 dan nangis2. Tp tak la meragam teruk. Biasanya dia akan menyusu byk. Pagi tu masa turun dari rumah nk ke kete, raat dukung dia nmpk muka dia kuning. Ingatkan kuning dia naik balik.Kami daftar kt hospital macam biasa. Raat dan anak2 turun bawah pegi ke kaunter untuk buat birth cert. 

Bila sampai turn nak cek berat baby, nurse cek oxygen saturation kat kt jari tu readingnya 84%. Heran la sbb selalu bacaan 100% kan. Saya tanya nurse,ok ke? dia angguk2 pastu trs keluar. Rupanya dia panggil doc. Doc dtg gopoh gapah.cek serba sikit terus suruh saya lari dgn dia skali.lari ke wad. Jauh la jugak. Bygkan hari ke7 tu berlari! Mula lari2 ayam je. Doc tu marah .run!run!run! dah mula ketor masa tu lari sambil nangis2 . Blur tatau apa jadi

Sejam lebih kot dorg dok buat apa tak tau dlm tu. Sume paed dtg dari klinik. Nurse ngn doc keluar masuk. Saya kt luar ni dah takleh benti nangis .adoi xleh stop. Saya call Raat suruh dtg .Nurse yg kat luar tu dtg tenteramkan. Dorg bg air dan suruh duduk. Biar kering cemane pon tekak ni tapi takde rasa nak minum pon. Kejadian mcm ni jarang kot jd kt ruwais. Mostly nurse & doc dtg. Ada nurse yg mmg kenal dtg peluk.

to be continued






4 comments:

  1. ija..baca ni pun dah mengalir air mata.teringat time eryna warded dulu pas bersalin sebab lemas.itu baru 5 hari dok ward.apa lagi ija kan.alhamdulillah ,fateh dah discharged.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah fad. x sangka kena lalu 2 bln kejadian camni. Alhamdulillah sgt dah sihat sume.

      Delete
  2. baru part one dah nangis ni.......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...