Thursday, March 19, 2015

Muhammad Al Fateh- my lil fighter Part 5

Dah masuk part 4 tp rasanya ada cerita2 yg tertinggal. Antaranya masa awal2 kena transfer ke Al Rahba tu,suhu badan Fateh dah below 34degC. Kalau anak2 sebelum ni cuma penah risau suhu atas 37.5 je. Kali ni nak tau suhu badan pon berdebar2 bila nurse cek.samada rendah sgt atau terlalu tinggi.

Ni pulak masa kat Ruwais hospital nak gerak ke Abu Dhabi. Masa ni saya dah blk rumah dengan kawan saya utk packing. Kawan raat ada ambik video masa ni tapi belum sanggup lg sy nak tgk.

Raat baju putih dekat dgn pintu ambulans. 

Pernah tak tgk cite2 melayu, bila putus cinta ada scene watak terbayang2 kekasih lama nya tu. Nampak org lain terbayang girlfren lama. Pernah tgk tak? mcm tak logik kan? Tapinya itula yg berlaku. Kt NICU tu ada gambar2 baby. Comel2 gambar anak2 omputih. Tapi yg saya nampak sume mcm muka Fateh. Bukan sekali dua. Lain beno patutnya muka Fateh ngn gambar2 baby tu. Nmpk anak2 arab yg boy tu pon sama.Tiap kali tgk nmpk muka anak sendiri je. Saya tak cite ngan sape2 nanti org risau plak keadaan saya. Sebelum melarat tah apa2 saya istighfar la byk2.

Tentang Progress Fateh sepanjang di Al Rahba pulak, malam hari ke-2 barulah Fateh mula ada perubahan yg agak positif. Itu pon oxygen saturation tu baru melepasi 80++%.. Sesekali capai 90%. Alhamdulillah. Masa tu  baru la tiba2 saya terasa lapar. Baru rasa nk mkn lps 2 hari. Sebelum tu mmg rasa perut ni kenyang! 

Alhamdulillah makin hari keadaan dia makin ok. Mula2 dia bergantung dgn ventilator utk support 100% oksigen. Makin lama doc kurangkan hingga 5% je. Dari mula2 dalam bilik khas dia dgn ada sorg nurse jaga 24hrs, lps bbrp hari dah diletakkan kat open area dlm nicu tu. Ada satu ketika tu doc remove terus ventilator tapi saya sebenarnya lg berdebar2 bila doc remove tu sbb kita tau dia masih bergantung pada salur sementara tu. Keadaan dia sedar tapi lemah. Bila dah remove barula saya dapat dengar blk suara dia. Rindunyaaa..

Tapi betul apa yg saya sangka kan, doc terpaksa pasang blk ventilator selepas sehari kot klu tak silap. tapi yg minimal support la. Susu pulak cuma bole ambik bbrp ml je. Sukatan tak sama dgn baby normal. Nurse bg dia pacifier bila nangis lapar. Tak tahan sy tgk.

1hb jan 2015 tgh mlm Abu Dhabi , mak dan abg ipar saya sampai. Lega nya hati saya dorg selamat sampai dan mak akan stay sini sebulan. Sebelum ni saya mmg rasa saya boleh berpantang dan urus semuanya tanpa bantuan mak saya. Masa Qistina pon saya berpantang sendiri. Jauh plak nak susahkan mak dtg sini semata2 nk jaga saya dan anak2. Tapi bila dah jadi camni, kami mmg perlukan family terdekat especially mak la ada sama2 kami. 

Alhamdulillah sebelum mak smpi pon, kawan2 ruwais mmg tak putus2 dtg jenguk kami. Ada kawan yg tlg update di group FB malaysian di ruwais dan ramai2 doakan. Terharu saya. Ada kawan yg anaknya pernah buat heart surgery pon dtg bg support. Dia kongsi pengalaman dia. Anak dia cuma 2-3 hari je dlm icu lepas surgery tu. Lega jugak sy dengar camtu. 

2hb Jan kami semua bersiap pagi2 untuk ke hospital. Dapatla opah tgk cucunya. Mak saya ni kuat jugak emosinya. depan kami at least! 1st time dia tgk Fateh nampakla dia sedih tapi takla berlebihan. Kalau yg datang nak bg support pon berlebihan sedih, sapa nak tenangkan sapa kan.

3hb awal pagi kami dapat call dari Al Rahba Hospital mengatakan Fateh akan di transfer hari tu. Kami kena terus ke SKMC untuk open file utk registration. Syukur penantian selepas 8 hari berakhir utk ke SKMC. 

Nak bukak file pon satu hal. Kaunter kt main entrance suruh pegi ke emergency. Dari emergency srh naik atas. dr atas srh trn bawah. Raat ngn abg ipar saya yg uruskan. Abg ipar saya kata kalau dia dah tak sabar mcm ni. hihi. Macam ni la kalau berurusan dgn arab ni. Kena saboooo bebyk. Dalam sibuk2 uruskan registration tu, dpt jugak abg ipar saya menyelit masuk tgk Fateh. Di Al Rahba cuma parents ngn grandparents je yg dibenarkan melawat.

Selepas selesai , surgeon dtg buat untuk cek dan buat echo. Kata surgeon, dorg akan potong salur yg sempit tu dan sambung terus. Sekejap je katanya cuma ambik masa dlm 3-4 jam saje. Lega dgr sbb tak complicated mcm doc di Al Rahba terangkan. Operation lagi 2 hari iaitu 5hb jan. Reda la sikit rasa risau tu.

to be continued

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...