Wah tetiba je hari ke-42. Hari2 sebelum ni sangatla sibuk. Semua cerita bolehla dilonggok dalam satu entry ni je. Baaaanyaaakkk sangat nak dicerita kat sini. Nanti peram lama2 kompem lupe. Rugi2. nanti Arissa tak leh bace cite cemane susah payah ibu lahirkan die.hehe. Lagi 2 hari je nak abis pantang. SERONOK! Boleh say gudbye to tungku yang berat dan panas itu, barut yang ketat sesak napas oiii, stokin, pilis, param segala macam.
beberapa saat baru kuar dari perut ibu yang sempit tuh. nak marah je muka. sakit eh kena vacuum.hehe
Ini dia arissa qairina bt saifulra'at. wah beria betul nama anak kau!! ade org la rasa nama ni beria. heee..beria ke? beria lagi nama ratu ke..isabella ke..hiks. Arissa maksudnya kuat/azam/teguh. setakat ni memang dia kuat. kuat nyusu. SANGAT!:-)). Qairina bermaksud kebaikan. semoga anak ibu selalu mendapat dan membuat kebaikan. amin. Nama ni aku carik seminggu sebelum deliver sebabnya kebetulan anak x-hosmate/opismate aku, kak Jus pon letak nama yang sama. hehehe. lawak tul leh sama. dah la due date pon sama.
arissa lahir 3hb jun 2010 kol 1225pm secara normal (vacuum) di ipoh specialist hospital (ISH) dengan berat 2.7kg. Walaupun kecik tapi kena gak guna vakum nak kuarkan si kecik ni. huhu. Takpelah janji selamat. Hari sebelum tu aku memang ada check up ngan Dr. Usha. Aku dah prepare bawak semua baju aku ngan baby in case kalau kena admit. Dr. Usha decide nak deliver aku esoknya. Aku ngan suami terus stay je kat ipoh. Check in hotel betul2 depan spital(lupe lak name hotel tu..ape ek??). risau punye pasal.hehe. pas check up haruslah pegi makan2 dengan lahap sebab nanti nak kena tunggu lebih sebulan plak. oh before pegi makan tu, kami berdua buat tour kat labour room ngan wad bersalin. Dapatla tanye macam2 kat nurse tu sebelum hari yang penting esoknye. i suggest la pada mommy2 yang bakal bersalin buat tour camni tapi janganla cam aku da terlambat sangat.
kek dah setel. sambung ngan tomyam plak. pehtu blasah eskem.fuh nyaman!Esok paginya kol 730 pagi lagi aku dah ada kat main entrance ISH untuk meng'admit'kan diri.perasaan??nebes,teruja,tak sabar,takut sume hade!!
Boleh tersenyum lagi sebabnya aku pegi tu bukan sebab aku dah sakit tapi doc dah plan nak bagi aku bersalin. Inilah sebabnya aku ngan mak aku jarang(eh tak penah rasenya) nampak doc tergesa2 lari ke labour room mase aku pegi check up sebab dah 'PLAN'.Tapi semuanya di tangan tuhan. ye tak.:-) Aku disuruh tukar baju, dimasukkan ubat bagi sakit (induce) dan etc..etc.etc..(orang dah penah bersalin sure tau ape dorang buat kat aku sblm nak bersalin tuh kan..:-)).
Setel sume, bermula kesakitan terasa sikit2. Mula leh tahan lagi. Hubby tanye leh tahan tak?..bole2..eceh..lame2 adeh...rase nak patah pinggang. SAKITNYE!! orang 1st pegnen takleh bace ni..kang fobia..hehe. Hubby bagi aku minum air zam-zam yang dibuat air selusuh. Kat hotel aku dah minum air rumput fatimah yang dibawa dari abu dhabi(eh tapi rumput ni dari mekah actually). Air ni dikatakan boleh melancarkan proses bersalin. Ada juga orang minum untuk gugurkan kandungan. erkk..Next entry aku upload pic rumput tu.
Kol 9am Dr. Usha datang pecahkan ketuban. Lepas tu aku asek nak soh nurse cek aku dah leh bersalin belum sebab dah tak tahan sangat rase. Kol 1030 tu aku dah nangis2 kat hubby mintak dorang bg ubat tahan sakit. huishh cam takde kesan je ubat tu. Same je aku rase. lagi tambah sakit ade la. Setiap mase aku pegang tangan hubby aku (petua kurangkan kesakitan..hehh).kol 1130 nurse tolak aku masuk labour room.YEAYY..nak bersalin dah!! ye la tu aku cakap YEAYY..hahaha. Dr.Usha masuk lam kol 12pm dan bermula proses nak bersalin kan Arissa Qairina pengarang jantung aku ni. Mak aihhh..berpeluh2 weiii..Ape yang doctor cakap?? ape yang suami aku kate..ape pulak yang aku buat?? tak reti!!huhuhu..Akhirnya Alhamdulillah Arissa selamat dilahirkan. Leganya tak terkata cam nak nangis suma ade. Dapat dengar suare die nangis. Indahnye. Aku intai die kat sebelah. Alhamdulillah sempurna.
Hubby keluar dari labour room sambil jalan kulu kilir senyum2 tepon sume orang. Pehtu senyum2 lambai tangan kat aku.HAPPY. Aku balas balikla senyum2 kelat pahit sambil kena jahit. SAKIT GILERRRR...Aku ditolak masuk ke wad. tengok2 mak aku da ade tunggu. Mak baru sampai kat medan gopeng tu aku da bersalin. Kol 330pm tu baru nurse bawak baby bagi kat aku untuk breastfeed. Barula dapat tatap betul2 muka Arissa. Rasa tak sangka baby yang dalam perut dah ada kat depan mata.*mode syahdu*.
huishh banyak lagi nak tulis pengalaman menjadi seorang ibu yang comel. hahh..aku yang comel ke anak aku nih..haha..nanti2 la sambung lagik. Nak kejutkan si comel aku tu. tak mo bagi dia tido siang sangat. dah 4 malam dia wat syif malam. Sian opah pon berjaga sama. aduhai arissa ku sayang. Tidur nyanyak ye malam ni.
~anak ibu,jadi anak yang baik,pandai,solehah,rajin,bertanggungjawab,dengar kata,sopan santun dan sume lah yang baik2 dan paling penting dengar kata ibu dan abah. My darling Arissa, ibu and abah love u so much.