wahh tak sabarnya nak cuba cloth diapers untuk arissa. Petang semalam elok je tengah tido dapat kol dari sorang nyonya tanya umah kat mane. Aku cam tak paham sangat apa dia cakap. Dia pon pas kat seorang apek. Dia soh aku datang kat stesen minyak kat umah aku untuk amik barang tu. Aku pon mamai2 bangun tido terus cargas ke situ. Aku carikla van yang ada gambar cam gini.
Sebab orang jual tu anta courier guna kangaroo worldwide express. Sekali tu yang datang lori cam lori ayam tuh. kekeke. Lawak plak aku rasa. Nyonya ngan apek tu ramah plak tanya aku ni keturunan raja ke ape. Aku ngaku je la sebab nak cepat2 balik. Kang orang kampung nampak ingat aku join sindiket jual ayam ke ape. Tu sebab dah benti keje. haha.
hah..berbalik pada cita cloth diapers tu. Aku bli kat SINI. Tora yang promot kat aku. Thanx Tora!:-). Aku memang dah lama nak bli CD ni tapi tatau mana satu yang patut beli. Sebab harga CD ni pon ada yang murah. Ada yang mahal. Konpius jugak risau yang murah tu kualitinye tak bagus. Aku harap yang aku beli ni kualitinya bagus la. Aku beli murah je. Satu CD rm28 dapat 2 insert setiap satu CD. aku beli cap Coolababy. Mula nak bli cap babyland, tapi orang jual tu kata ramai customer komplen pasal kualiti.hmm.
Aku beli 6 pcs. untuk percubaan. Jika bagus dan jika perlu, aku akan beli lagi.
Kenapa aku susah payah pakai CD?
1. Sebab aku surirumah. Banyak masa jadi bolehla aku menyental CD ni.:-)
2. Jimat. Konon2 nye CD ni boleh guna sampai berat baby bape belas kg tah. Lama la.
3. Aku cuba meyelamatkan alam sekitar dari timbunan disposable diapers. kekeke.
Pakai cloth diapers ni bergantung pada setiap individu tu. Ikut keprluan dan cara hidup masing2. Bagi yang bekerja mungkin susah sikit nak guna CD ni. Tak sume pengasuh anak2 kita leh terima penggunaan CD ni. Sebab leceh la sikit kan. Lagipon penat2 keja balik umah nak kena basuh CD ni pulak. Eh tapikan basuh CD guna mesin je. :-) Tapi kalau dia poo poo payahla sikit.
Apa2 pun,aku harap aku dpt pakaikan CD ni kat arissa dalam jangka masa yang lama. Jangan hangat2 taik ayam sudahh.
waa bagus ni ija..akak pon kalu jd housewife, mau tukar CD gak....jimat duit utk selamanye...
ReplyDeletecongrates.....
ReplyDeleteaku tumpang bangga sebab nama aku masuk jugak...hahahaha.aku pon harap tak angat2 taik ayam.tapi mmg aku setuju bab jaga alam sekitar.kalau tak...bapak aku kena buang smph pampers je satu plastik yang agak besar setiap ari.sekarang tidak lagi.....tapi utk semua yang membaca....ia mudah sebenarnya.tak seperti yang kita pikirkan.