Sunday, July 18, 2010

Cerita - cerita basi

Kita mulakan dengan cerita kat hospital lagi.


Hari pertama kat spital selepas kelahiran my little princess ni, dilalui dengan kesakitan yang masih berbaki. cewah ayat kesakitan berbaki. poyo jek. Malam tu memang susah nak lelap sebab SAKIT. Nurse bagi ubat tahan sakit dan ice pack. Ice pack tu betul2 membantu kurangkan sakit yang aku rasa.lega la sikit. Mujurlah bangun je pagi esoknya sakit tu beransur hilang. Leh la senyum2 macam ni.




abaikan tudung yang macam karipap pusing tu


Hari kedua tu dapatla jaga Arissa seharian sambil ditemani hubby dan mak. Dorang datang awal2 pagi lagi. Malam2 hubby tak boleh teman kat situ sebab kecuali kalau aku amik single room. Aku amik yang 2 bedded tu sebab yang single tu da penuh (ok jugak..jimat duit..hihi). Bila dah malam aku request ngan nurse nak jaga arissa malam tu. Lepas je mak ngan hubby balik, aku gelabah le jugak nak handle budak kecik ni walaupun dia takde la meragam. Tetiba die nangis nak susu. Aku pon menyusukan dia. Bila lepas je dia nangis. Aku bagi lagi. Begitulah seterusnya sampai kol 12. Ish tak boleh jadi ni. Akhirnya aku panggil nurse mintak dorang bagi susu maybe dia lapar dan hantar ke nursery. alahai sian anak ibu.



Hari ketiga, awal2 pagi aku dilawati oleh anny. BFF aku dari form 1. Thanx a lot anny (thanx anny adiahkan arissa cradle tu. Dahla susah payah tolong carikkan pehtu nak bagi duit tanak amik plak..aku teka dah ko tanak duit tu..hmm..nanti arissa banje aunty anny..:-))) Tak lama lepas tu (eh tipu! lama le jugak anny tunggu nak tgk baby) nurse tolak baby masuk bilik. kitorang pon tilik sama2 baby ku yang sehari jagung tu. Tetiba baru je aku nak bagi nyusu, Arissa cam nak muntah/muak gitu. Kepala dia keras lonjak2 kepala ke belakang. Paniknya kitorang dua. Aku suruh anny tekan butang panggil nurse tu. Lama la jugak carik butang tu sebab dua2 panik. Nurse plak tak datang2. Anny lari keluar carik nurse. Aku lak tepuk2 belakang Arissa. Before nurse sampai arissa dah OK balik. Gigil aku satu badan. hmmm.



Tak lama lepas tu paediatrician datang bitau perkembangan baby aku. Katanya semuanya OK tapi ada sikit kuning. Kalau bacaan lebih 9, Arissa kena tahan wad. Hadoi dah 3 hari dok spital takkan nak stay lagi. Susah hati betul masa tu. Sib baik lepas tu nurse bitau bacaan kuning dia cuma 7.2. Happynye tak terkate leh bawak balik my sweetheart balik umah.



home sweet home...

1 comment:

  1. cantik tudung macam karipap pusing :) jemput singgah di blog saya :) umihazura@blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...