Monday, September 29, 2014

8 sebab kenapa peluang besar bisnes Shaklee di luar negara

Assalamualaikum readers,

Dah lama rasanya saya nak kongsi cerita tentang peluang bisnes Shaklee di luar negara ni. Baru sekarang berkesempatan dan idea pon mencurah2 gitu.:) Pertama kali kakak saya AKA upline saya bagi cadangan jual shaklee di Ruwais, saya terus cakap takde orang nak beli. pangkah terus! Kalau tak silap saya lepas 2 bulan baru saya konfiden. Tapi masa tu saya fikir, saya bisnes online, target saya customer yg tinggal kat malaysia. Masih tak yakin juga dengan market di negara orang.


Bila saya mulakan langkah, sambutan sangat luar biasa dari kawan2 di Ruwais. kawan2 yg tinggal di Malaysia plak tak berani order dengan saya sbb ada yg keliru stok akan dihantar dari Ruwais ke?hihi.. 


Untuk meluaskan bisnes saya, Saya mula masuk dalam group Malaysian di UAE. Saya add semua orang dalam facebook saya. Mostly perempuan la. Saya google blog2 orang Malaysia yg tinggal di UAE. Saya dah mula nampak peluang bisnes shaklee saya di luar negara.


Mula2 memang kawan2 Malaysia di Ruwais aje yg order. Kemudian ada beberapa teman indonesia. Lama kelamaan kawan2 suami saya dari pelbagai negara pon ada yg order. Dari India, Filipina, Thailand. Orang local pon ada! Kemudian ada juga dpt order pembaca2 blog saya yg tinggal di Dubai dan Abu Dhabi . Dan ada juga yg join ahli!


Saya listkan di sini 8 sebab kenapa peluang  besar bisnes shaklee di luar negara??


1. Jika kita berada di mana2 pon di luar dari negara Malaysia, peluang besar untuk kita conquer the market. Bila kita tinggal tempat orang, brg yg sukar dijumpai akan jd sgt berharga. Bila ada yg sanggup untuk menjual, maka org itu akan jd tumpuan.


2. Customers sanggup juga tunggu berminggu2 untuk brg yg mereka order sebab memang dah lumrah tinggal jauh,setiap brg yg di pos mengambil sedikit masa.


3. Customer takkan berkira lagi pasal postage cost sbb mereka paham ianya memang mahal.


4. Kalau takde yg mulakan bisnes ni, lebih baik kita bertindak segera. Jadi pioneer!


5. Shaklee dah dikenali ramai. Dah ramai yg menggunakan shaklee termasuk lah yg berhijrah ke luar negara. Ada yg bwk stok sendiri pada awalnya. Bila stok sendiri dah habis, pasti mereka pilih untuk beli dgn distributor yg ada berdekatan mereka.


6. Rakyat Malaysia yg berhijrah ke luar negara semakin ramai. Kalau di UAE ni, saya pon kurang pasti ada berapa org Malaysian. Kalau di Ruwais yg baru 5-6 thn menerima kedatangan org Malaysia pon dah hampir cecah 200 lebih dewasa. Saya percaya di bandar2 besar seperti Dubai dan Abu Dhabi yg dah lama rakyat Malaysia dtg berhijrah mungkin mencecah ribuan org. Jika anda satu2nya distributor Shaklee untuk ribuan org ini??Bukan ke besar peluang ni. Ini contoh di UAE. Kalau di negara2 lain, saya pasti peluang juga hampir sama.


7. Bisnes shaklee sgt mudah dengan adanya online system. Kita boleh uruskan bisnes seperti membuat order,cek bonus dan sebagainya melalui online system. Jadi selagi ada internet network, kita boleh berbisnes dari seluruh pelusuk dunia. Order dari UAE untuk customer di kokdiang sumenya boleh dengan hanya klik klik di online system.
8. Kita boleh dapat customer dari 2 negara. Satu dari negara kita menetap dan satu lagi customer dari malaysia. Dengan adanya FB,blog, twitter,instagram dan sebagainya boleh menghubungkan kita dengan semua org.

Kalau kita tak mencuba, sampai bila2 kita tak tau peluang yg ada untuk kita. Ada org rezeki peluang datang depan mata. Sesetengah org peluang tu kena dicari. Sentiasa percaya dengan kemampuan diri kita.

Cabaran tu sudah pasti ada. Bisnes yg takde cabaran dan dugaan?? Wujud ke? Mesti ada kan tak kira kita tinggal di mana. Selagi kita sentiasa positif, dan yakin dengan setiap rezeki dan ujian adalah dari Allah, perjalanan kita akan lebih mudah. 


Untuk anda di luar sana, yg tinggal di luar negara atau ada kenalan/sedara mara yg tinggal di luar negara, saya cadangkan ambil peluang untuk memulakan bisnes Shaklee ni. Kalau saya mampu lakukan, saya pasti anda juga boleh lakukan lebih baik dari saya. 


Awal2 berhijrah ke negara orang, saya hanya suri rumah yg tiada berpendapatan. Alhamdulillah saya mampu jana pendapatan 4 angka (malah lebih banyak dari gaji semasa saya bekerja dulu) dengan bisnes Shaklee. Aktiviti harian saya juga terisi dengan adanya bisnes ni. :)



 semasa Shaklee National Conference bersama2 downlines saya



 saya sekeluarga. kami menerima car bonus achiever pada National conference tersebut



happy faces.:)

Jika anda berminat boleh hubungi saya. Saya sedia membantu dan berkongsi sedikit pengalaman yg ada.


FB: puteri hafiza

call/sms/ whatsapp: +971 52 7775940

wassalam















Wednesday, September 24, 2014

Penawar batuk,demam & selsema anak-anak dengan shaklee

Assalamualaikum readers :)

Sebelum Arissa sekolah saya terpikir dah lama betul dia tak demam dan pake j2 selsema batuk tu. Elok je sehari nak mula sekolah, nampak hidung nya berair sikit. Mula je sekolah, selsema makin teruk. Hari ke-3 terus demam. Saya terus bagi nutriferon & vit C chewable. Tapi kena bagi jugak ubat demam, risau melarat.Alhamdulillah sehari je dia ponteng sekolah. Esoknya terus happy nak gi school.

Tapi selsema tu still on off. Saya teruskan bagi dia nutriferon & Vit C chewable. Kebiasaannya dalam 3-4 hari je selsema tu. tapi kali ni maybe dah start sekolah, berjumpa ramai org. Masuk minggu ke-3 Arissa mula batuk2. ponteng jugak sehari. Saya paksa dia makan omega. Selalunya kena sorok dalam minuman or makanan dia. Kali ni dia kunyah2 je macam adik. Saya cakap dgn dia makan omega untuk bagi cepat sihat. Tak sihat tak boleh pegi school. Tu yg laju je kunyah2.:)

Nampak ada perubahan. Selsema makin kering, tp batuk masih ada sikit2. Saya bagi jugak minum madu campur lemon, tapi sekali je dia nak minum. Saya buatkan lagi tapi adik yg habiskan. Si adik apa je yg dia tak makan. Sume nak bedal.hihi. Oh lagi satu Arissa ambik segelas fresh milk dicampur dgn mealshakes setiap pagi.

Penawar demam utk arissa yg paling berkesan adalah nutriferon. Untuk batuk dan selsema adalah omega guard dan Vit C chewable. Tapi kalau demam saya tetap kena standby ubat demam. Ubat batuk & selsema mmg dah lamaaaa sangat tak wujud dalam umah saya. Alhamdulillah. Kalau batuk berlarutan saya tetap bawak anak2 saya berjumpa doktor untuk cek. Ubat tu seboleh2 nya saya cuba elakkan. Setakat ni saya puas hati ikhtiar saya dengan supplement shaklee.  Kalau Qistina pulak seingat saya, saya belum pernah lagi bagi dia ubat batuk atau selsema. Saya bukan menolak terus, tapi hanya cuba elakkan saja. Saya tetap bawak anak2 saya berjumpa paedtrician jika ada masalah kesihatan. Saya bukan doktor yg boleh rawat anak di rumah saja.



mealshakes dan omega guard

omega guard


Bagi anak2 yg mengalami masalah asma

Ni video saya borak2 dengan Arissa pasal apa yg dia belajar kat school. Jemputla tgk. Part last tu tetiba tukar karakter. Nak tergelak ibu!:)))











Monday, September 22, 2014

Supplements untuk ibu hamil

Assalamualaikum readers,

Bila kita disahkan hamil/mengandung/pregnant, jangan sesekali abaikan pengambilan supplements. Dengan shaklee, kita ada supplements set lengkap hamil shaklee untuk diambil semasa pregnant. Masa pregnant Arissa, belum kenal shaklee. Saya ambil iberet folic, calcium dan neurogain. Masa pregnant qistina, walaupun masa tu dah kenal shaklee tp saya tetap ambil vitamin yg doktor bagi. Dan top up dengan supplement shaklee. Tapi kali ni memang sepenuhnya ambil supplements set hamil shaklee.

Masa saya tau saya pregnant, sy tak tergesa2 nk cek doctor pon. anak ketiga kekdahnya. kalau anak first tu tak dan dan nk gi cek doktor. Saya tak risau sbb folic acid, calcium, iron tu sume saya ada dengan shaklee. Saya memang ambik hari2 pon. Tambah2 masa tu busy pulak balik malaysia. Pastu mcm2 hal lagi. Dah masuk 4 bulan baru berkesempatan gi chk up. Gynea saya Dr. Usha tanya dah berapa bulan.Saya jawab 2 bulan lebih. Bila scan rupanya dah 4 bulan! Dah boleh nmpk boy ke girl..hihihi..

Jom kita tgk apa yg ada dalam set hamil shaklee??

1. Vitalea - sejenis multivitamin yg mengandungi 200mcg folic acid. terdapat juga iron,calcium dan sebagainya.Folic acid ni penting untuk ibu hamil untuk membentuk saraf tunjang pada bayi. Preggy moms kena ambik folic acid sekurang2nya 400mcg-800mcg.

2. Vita C - Bantu sistem imun badan utk ibu. dan juga bantu penyerapan iron.

3. B complex- Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B dan juga bantu kawal stress

4. ESP - Membekalkan protein utk menambah tenaga kepada ibu hamil.

5. Ostematrix (calcium&magnesium) - kalsium sgt penting untuk ibu hamil sebab pengambilan kalsium kita dikongsi bersama si kecil dalam perut tu.:). bagi mengelakkan si ibu mengalami osteoporosis, kurangkan lenguh2 badan dan cramp.

6.Omega guard - bagus untuk perkembangan otak bayi.

Sebaiknya ambil set lengkap semasa hamil. Bila kita pregnant, kita bukan saja perlu pikirkan tentang kita, tapi perlu ambil kira keperluan baby.Bagi yg kata tak boleh telan pil dan sebagainya, inilah permulaan pengorbanan kita sebagai ibu. Boleh ke tak boleh kena la harung jugak kan!:) Asalkan baby sihat.

Bila dorg dah besar lain pulak ceritanya. Kalau sakit nak kena cari cara bg dorg pulak makan ubat or supplements. Mencabar gak tu kalau anak yg cerewet. Anak pertama saya lagi memilih berbanding adiknya. sekarang ni si kakak dah makin senang disuruh ambik supplements. Tapi sejak sekolah ni asek selsema je. 

Jom layan video dua beradik ni buat coloring.  tema nya color sesuka hati dimana saja. :)



Nanti tambah lagi sorg menghuru hara kan lantai dengan pelbagai warna..hihi layannnn..








Saturday, September 20, 2014

Mealshakes untuk satu family

Assalamualaikum readers,:)

Bulan Sept ni special dengan adanya promo mealshakes Buy 3 FREE 1. Mealshakes ni satu keluarga boleh ambil. Multivitamin dalam bentuk serbuk. Untuk saya dan anak2 mmg kami consume mealshakes setiap hari. Kita baca sikit kebaikan Mealshakes. Dah baca mesti rasa nak cuba!:)


1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis VITAMIN A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan VITAMIN-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak. Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. Mengandungi VITAMIN A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

3. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap VITAMIN B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
4. DETOX
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.-sangat membantu untuk anak2 yg suka sembelit.
kami pengguna mealshakes..tgk jelingan budak belakang tu..hihihi
Mealshakes ni perisa vanilla. Memang sedap tau. Lemak2 berkrim. Mula2 anak2 saya susah nak terima. Lama2 Qistina mula sukakannya. Dia suka minum dalam botol susu. Kadang2 dia mintak sehari 2-3 kali,jadi saya kurangkan mealshakes tu utk satu hidangan utk dia. Berlebih2 nanti terlebih poo poo pulak sbb mealshakes ada fiber. Arissa pulak sejak semggu dua sebelum masuk school dia mula minum mealshakes. Tapi kakak besar ni minum dalam cawan la. Alhamdulillah dia makin suka. Sekarang setiap kali sebelum ke school dia cuma sarapan mealshakes. 
sedapnyaaaa....:)
Last sekali jom layan video Arissa buat magic show@ teka teki..hihi..Sebelum tu belajar counting, pastu sambung main teka teki pulak.:)

Tuesday, September 16, 2014

LoV Blogging class

Assalamualaikum,

Hari ni special utk group saya LoV kerana seramai 6 org telah menghadirkan diri untuk kelas blogging bersama 2 org masters iaitu Master Puteri dan Master Alin. Yang bestnya saya yg jauh dapat join belajar sama2 dorg dan monitor anak2 buah saya juga dengan menggunakan skype! :). Bangga dengan dorg yg bersungguh2 mencari ilmu especially kak ngah dan kak anis yg dtg jauh dari pahang.

Saya pon terus update blog sbb dah 5 mggu tak update..kihkih.. Kena disiplin lagi sbb saya juga dah dpt bbrp customer melalui blog. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yg sudi singgah di blog saya dan berminat untuk berurusan dengan saya.

ni antara gambar2 yg sy snap dr laptop saya semasa kelas.




Semuanya mudah dgn teknologi. Nak atau tak nak, itu je.ilmu boleh dicari. Semoga semangat 6 org ni jadi cth utk ahli2 LoV yg lain juga.

Thanx a lot both masters!!tlg ajar my biz partners.:)))..jasa kalian dikenang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...