Tuesday, March 17, 2015

Muhammad Al Fateh - my lil fighter Part 4

Doktor bgtau kemungkinan akan transfer ke SKMC hari sabtu. Masa tu 25hb Dec, hari khamis. Ini bermakna 2 hari lagi. Selama tu Fateh akan bertahan dengan salur bypass tu. Bila tiba hari sabtu, belum ada bilik yg available di SKMC. Kata nurse maybe hari ahad. Esoknya masih juga sama, Fateh masih belum dpt tpt utk ke sana. Hari ke hari hati makin risau.

Mula2 bilik tak available. Lepas tu surgeon pulak ramai yg takde. Masa tu maybe ramai bercuti utk new year sbb kebanyakan surgeon kt SKMC tu mat saleh. Setiap hari kami menunggu berita dari SKMC. Kalau boleh nak cepat2 dpt tpt kat sana, tp dalam masa sama masih berharap  Fateh boleh sihat seperti biasa tanpa perlu surgery. Hati ibu ni memang..kucar kacir..

Hospital Al Rahba ni jauh sgt dari bandar Abu Dhabi menghala ke dubai. SKMC pulak betul2 dalam bandar. Sepjg menunggu utk transfer tu, Kami terpaksa chk out hotel setiap hari sebab kalau dah boleh transfer, kami kena cari hotel yg berdekatan SKMC pulak. Sepanjang ulang alik ke hospital, kami akan keluar pagi dan blk malam. Terima kasih kat anak2 yg lgsg tak merungut kena duduk dlm kete seharian. 

 bgs jugak wifi hospital ni mmg laju. Dorg dpt layan youtube tu ok je.

bosan dgn youtube, test drive plak :)

Org di Malaysia yg pertama sy bgtau ialah kakak saya. Dia pulak dpt tugas berat kena bgtau mak abah saya. Saya mmg tak boleh nak call mak saya. Saya takut tak boleh nk kuar sepatah perkataan pon. Tak nak bg mak sy tambah risau bila dengar sy nangis. Sedangkan kawan2 msg pon dah menderu2 air mata. Syukur jugak takde sapa yg call. Sume call raat je. Sume paham emosi saya time tu.  Rupanya mak saya pon sebelum dpt berita tu, masa hari kejadian Fateh kena transfer dr Ruwais ke Abu Dhabi tu mak saya tak boleh tidur dari kol 2 pagi smpi subuh. Pada waktu sama fateh mmg tgh kritikal di NICU Al Rahba Hospital. Hati mak tu...boleh rasa anak tgh susah hati. Kuasa Allah kan!

Kakak saya blk kg weekend tu baru dia bgtau mak abah saya. Lps tau, mak saya decide nak dtg sini. Ya Allah lega sgt hati saya. Saat macam ni mmg perlukan family terdekat ada sama2 kita. Syukurlah kakak saya kata jgn pikir psl tu, nanti dorg uruskan semua. Yg peliknya keluarga sy ni, dalam susah hati tu masih ada unsur kelako. Nak pilih sapa yg nak escort mak ke sini pon jd bahan gelak. Takleh nk cite detail sbb kurg penting :) Terhibur jugak seketika walaupun dlm hati tuhan saja yg tahu. Btw yg terpilih utk escort mak saya ialah abg ipar saya. Terima kasih byk2 pada abg nin.

Dalam masa sama Raat mintak company uruskan hal penginapan kami. Alhamdulillah company akan tanggung cost penginapan tapinya kami kena guna duit sendiri dulu..Berurusan dgn org arab ni bukan urusan yg simple. Benda simple kdg2 jd rumit. Lepas bbrp call dan email dan hasil pertolongan kawan2 keje raat juga, kami diberi apartment di tgh2 bandar Abu Dhabi. SKMC masih takde khabar berita. 1hb jan flight mak dan abg ipar saya ke sini. Menunggu 1hb tu rasa lamanyaaa..



to be continued..

Monday, March 16, 2015

Muhammad Al Fateh -my lil fighter Part 3

Saya mintak maaf kalau font size blog ni tak sama besar. Lappy ni problem atau apa pon tatau la. Dah betulkan byk kali bila view blog masih lagi font besar kecik. Harap tak pening baca.:). ok sambung..

Esoknya kami bersiap awal2 pagi ke hospital. Hati2 berdebar nak tau result echo mlm td. Terdetik jugak jgnla ada masalah jantung. Tak mungkinlah! Sampai di hospital, saya decide utk naik dulu. Raat tunggu kt luar dgn anak2. 

Saya tgk keadaan Fateh ok sikit dr mlm td. Sementara tumggu doc, saya berbual dgn in charge nurse. Rupanya oxygen saturation Fateh mlm td waktu baru smpi kat Al Rahba hospital tu dah drop hingga 60%.;(((..Doc dtg dan ajak duduk. Dia pon mula terangkan. Dia kata dia cari saya smlm tp saya dah blk. Bukan tak boleh nk tunggu tp kena setel hal hotel dulu klu tak end up tido lam kete anak beranak. 

Hasil echo semlm, katanya baby ada heart problem. Bila dia sebut je baby ada heart problem ,berjurai2 la air mata ni. Takleh control dah dpn doc ngan nurse sume. Dia bgtau baby ada problem aorta coarctation dan dia lukiskan utk saya paham.



Dia kata kena buat immediate surgery sbb katanya skrg ni baby guna salur bypass yg cuma guna waktu dlm kandungan je. Kalau tgk lukisan tu, salur yg doc garis2 kan dgn pensel, itulah salur bypass nya. Salur yg sepatutnya digunakan selepas lahir yg bawak darah n oksigen terlalu sempit. Bila baby dah lahir sepatutnya salur bypass tu akan terhapus dgn sendirinya. So dorg bagi ubat bg besarkan blk salur tu. Surgery tak bolehkan dilakukan di Al Rahba. Kena hantar ke Sheikh Khalifa Medical City, SKMC. SKMC ni mcm IJN la kat tpt kita. Satu2nya hospital yg buat surgery utk jantung.

Doc tanya ada soalan tak. Saya cuma tanya chance to survive je dari pengalaman doc dgn kes mcm ni. Dia kata kes ni common kena kat baby. Dalam setahun berbelas2 yg dorg terima baby kes camni dan mostly survive dengan surgery. Kata doc 2-3 hari lagi akan transfer Fateh ke SKMC. Rupanya bukanlah semudah yg disangka.


to be continued...




Saturday, March 14, 2015

Muhammad Al Fateh - my lil fighter Part 2

  • Sebenarnya tak ingat berapa lama fateh ada kat dalam tu tp rasa lama la tunggu kt luar. Dah beberapa ketika tu doc pon kuar bgtau oxygen dia low and gula low. Fateh kena transfer ke abu dhabi immediately tapi dorg kena contact dulu hospital mana yg nk terima. After few calls and discussions, Al Rahba Hospital boleh terima. Jenuh gak nk tunggu respond spital sana. 
  • Doc macam heran kenapa kami tak terus ke emergency sedangkan baby dah biru. Ya Allah kami mmg tak nmpk baby sampai biru. Kalau tak takkan la kami ni biar je tunggu kat waiting area tu. Benda jadi mcm cepat sgt. Dari masa nk masuk kereta baru dia nmpk kuning. Tu pon kuning bukan biru.  Memang dalam kepala ingat jaundice dia naik je. Level tahap pemikiran masa tu takat jaundice! Tak terpikir langsung dia ada masalah lain. Sebab masa lahir takde pulak paed yg cek dia kata apa2. Semuanya ok kecuali jaundice! Wonder gak la smpi skrg. Nape tak boleh detect lps lahir tu? Tapi selalu betulkan pemikiran dan hati, Allah dah atur semuanya begini. Redha.
  • Bila hospital sume dah confirm, kami pon blk umah packing apa yg patut. Oh kebetulan masa kat hospital, kawan susah senang di Ruwais, kak ina msg bgtau nk dtg visit baby kat rumah. Jadi terus bgtau dia apa yg jadi. Terus dia dtg ke hospital. Dia bgtau sorg lg kawan, Fara. Dorg la yg tolong pack brg, tlg tenangkan saya yg dah mcm hape tu. Saya pon tak tau apa yg saya pack. Fikiran dok pikir baby je.
  • Kami gerak ke Abu Dhabi naik kete sendiri.  Saya tak boleh nk naik ambulans sbb tak muat. Bwk mesin skali. Sampai sana dalam 8pm lebih camtu. Ambulans smpi dulu.  Otw tu saya wassap my sister bgtau psl ni. Bila dah sampai kt icu sana doc nurse sume tgh sibuk. Saya masuk dulu. Raat jaga anak2 kt luar. Bdk2 kan tak boleh masuk. Dorg suruh aku duduk dulu. Aku tgk bacaan oksigen masih 80%  camtu. Sesekali drop bwh dari 80. Berdebar2 je tgk reading tu. 
  • Tak lama tu doc dtg bg penerangan. Dia kata takat ni tatau lg apa punca tp ada bbrp kemungkinan antaranya infection, masalah platlet darah dan masalah jantung. Doc kata dia dah bagi antibiotik sume utk infection. Dorg check brain dan alhamdulillah sumenya ok. Lagi sejam lbh kurg dorg nk buat echo utk cek jantung plak.
  • Sementara tunggu sonographer nk cek jantung tu, doc tu soh saya rehat dulu. Dia kata mesti tak makan lg arini kan. Mmg pon. Cuma breakfast je sebelum ke hospital pagi tu. Tapi tak rasa lapo lgsg. Sikit pon tak! Doc srh nurse bg air ngn food kt saya. Paksa saya mkn. Paksa gak la diri makan tp dua suap je dah kenyang. Dah jam 12 mlm tu saya tgk dorg tgh cek jantung. Raat ajak check in hotel dulu. Anak2 pon dah letih. 

to be continued

Friday, March 13, 2015

Muhammad Al Fateh-my lil fighter part 1

Pengalaman melahirkan ketiga2 anak memang berbeza. Masing2 ada ceritanya. Setiap detik tu boleh ingat kot. Fateh berbeza bila tanda bersalin tu awal 2 hari. Tak sakit tapi ada spotting. Sume anak2 pon sakit masa dah contraction tu tapi time Fateh ni sampai gigil2 satu badan mcm nonstop. Paling sakit kot! Kalau ikut kata mak, dia pon bersalin anak lelaki yg paling sakit. Mungkin la sama. Tapinya dia la yg paling sakit, tapi size dia la yg paling comel. 2.24 kg sahaja. :)

Lepas lahir , Fateh kena letak bwh lampu di nursery sbb bacaan kuning nya agak tinggi. Tapi alhamdulillah lepas 2 hari Fateh dah boleh discharge. Sepanjang kat rumah Alhamdulillah Fateh baby yg kuat menyusu, tak byk ragam. Menangis bila lapar, tak selesa dgn diapersnya ataupun mengantuk. Sama je lah dengan kakak2 dia dulu. Tapi Fateh ni lagi kuat menyusu.2 jam sekali tu macam wajib dah dia akan nangis nak susu. Baby boy kata org mmg gitu.

Kami plan nak namakan dia pada hari ke-7. nak buat akikah sekali. Hari ke-5 rasanya baru inform kt kg nak mintak carikkan kambing. seekor kambing di perak dan seekor lagi di pahang Alhamdulillah semua berjalan lancar. Doktor suruh datang semula ke hospital selepas 3-4 hari discharge tu utk normal check up. Jadi kami pilih hari ke-7 untuk check up jadi bolehla buat skali birth certificate nya di hospital tu jugak.

Jadi hari ke 7 tu bwk Fateh gi chk up.Tapi tgh mlm sblm ke klinik tu dia refuse menyusu. Nyusu kejap2 dan nangis2. Tp tak la meragam teruk. Biasanya dia akan menyusu byk. Pagi tu masa turun dari rumah nk ke kete, raat dukung dia nmpk muka dia kuning. Ingatkan kuning dia naik balik.Kami daftar kt hospital macam biasa. Raat dan anak2 turun bawah pegi ke kaunter untuk buat birth cert. 

Bila sampai turn nak cek berat baby, nurse cek oxygen saturation kat kt jari tu readingnya 84%. Heran la sbb selalu bacaan 100% kan. Saya tanya nurse,ok ke? dia angguk2 pastu trs keluar. Rupanya dia panggil doc. Doc dtg gopoh gapah.cek serba sikit terus suruh saya lari dgn dia skali.lari ke wad. Jauh la jugak. Bygkan hari ke7 tu berlari! Mula lari2 ayam je. Doc tu marah .run!run!run! dah mula ketor masa tu lari sambil nangis2 . Blur tatau apa jadi

Sejam lebih kot dorg dok buat apa tak tau dlm tu. Sume paed dtg dari klinik. Nurse ngn doc keluar masuk. Saya kt luar ni dah takleh benti nangis .adoi xleh stop. Saya call Raat suruh dtg .Nurse yg kat luar tu dtg tenteramkan. Dorg bg air dan suruh duduk. Biar kering cemane pon tekak ni tapi takde rasa nak minum pon. Kejadian mcm ni jarang kot jd kt ruwais. Mostly nurse & doc dtg. Ada nurse yg mmg kenal dtg peluk.

to be continued






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...