Monday, March 16, 2015

Muhammad Al Fateh -my lil fighter Part 3

Saya mintak maaf kalau font size blog ni tak sama besar. Lappy ni problem atau apa pon tatau la. Dah betulkan byk kali bila view blog masih lagi font besar kecik. Harap tak pening baca.:). ok sambung..

Esoknya kami bersiap awal2 pagi ke hospital. Hati2 berdebar nak tau result echo mlm td. Terdetik jugak jgnla ada masalah jantung. Tak mungkinlah! Sampai di hospital, saya decide utk naik dulu. Raat tunggu kt luar dgn anak2. 

Saya tgk keadaan Fateh ok sikit dr mlm td. Sementara tumggu doc, saya berbual dgn in charge nurse. Rupanya oxygen saturation Fateh mlm td waktu baru smpi kat Al Rahba hospital tu dah drop hingga 60%.;(((..Doc dtg dan ajak duduk. Dia pon mula terangkan. Dia kata dia cari saya smlm tp saya dah blk. Bukan tak boleh nk tunggu tp kena setel hal hotel dulu klu tak end up tido lam kete anak beranak. 

Hasil echo semlm, katanya baby ada heart problem. Bila dia sebut je baby ada heart problem ,berjurai2 la air mata ni. Takleh control dah dpn doc ngan nurse sume. Dia bgtau baby ada problem aorta coarctation dan dia lukiskan utk saya paham.



Dia kata kena buat immediate surgery sbb katanya skrg ni baby guna salur bypass yg cuma guna waktu dlm kandungan je. Kalau tgk lukisan tu, salur yg doc garis2 kan dgn pensel, itulah salur bypass nya. Salur yg sepatutnya digunakan selepas lahir yg bawak darah n oksigen terlalu sempit. Bila baby dah lahir sepatutnya salur bypass tu akan terhapus dgn sendirinya. So dorg bagi ubat bg besarkan blk salur tu. Surgery tak bolehkan dilakukan di Al Rahba. Kena hantar ke Sheikh Khalifa Medical City, SKMC. SKMC ni mcm IJN la kat tpt kita. Satu2nya hospital yg buat surgery utk jantung.

Doc tanya ada soalan tak. Saya cuma tanya chance to survive je dari pengalaman doc dgn kes mcm ni. Dia kata kes ni common kena kat baby. Dalam setahun berbelas2 yg dorg terima baby kes camni dan mostly survive dengan surgery. Kata doc 2-3 hari lagi akan transfer Fateh ke SKMC. Rupanya bukanlah semudah yg disangka.


to be continued...




Saturday, March 14, 2015

Muhammad Al Fateh - my lil fighter Part 2

  • Sebenarnya tak ingat berapa lama fateh ada kat dalam tu tp rasa lama la tunggu kt luar. Dah beberapa ketika tu doc pon kuar bgtau oxygen dia low and gula low. Fateh kena transfer ke abu dhabi immediately tapi dorg kena contact dulu hospital mana yg nk terima. After few calls and discussions, Al Rahba Hospital boleh terima. Jenuh gak nk tunggu respond spital sana. 
  • Doc macam heran kenapa kami tak terus ke emergency sedangkan baby dah biru. Ya Allah kami mmg tak nmpk baby sampai biru. Kalau tak takkan la kami ni biar je tunggu kat waiting area tu. Benda jadi mcm cepat sgt. Dari masa nk masuk kereta baru dia nmpk kuning. Tu pon kuning bukan biru.  Memang dalam kepala ingat jaundice dia naik je. Level tahap pemikiran masa tu takat jaundice! Tak terpikir langsung dia ada masalah lain. Sebab masa lahir takde pulak paed yg cek dia kata apa2. Semuanya ok kecuali jaundice! Wonder gak la smpi skrg. Nape tak boleh detect lps lahir tu? Tapi selalu betulkan pemikiran dan hati, Allah dah atur semuanya begini. Redha.
  • Bila hospital sume dah confirm, kami pon blk umah packing apa yg patut. Oh kebetulan masa kat hospital, kawan susah senang di Ruwais, kak ina msg bgtau nk dtg visit baby kat rumah. Jadi terus bgtau dia apa yg jadi. Terus dia dtg ke hospital. Dia bgtau sorg lg kawan, Fara. Dorg la yg tolong pack brg, tlg tenangkan saya yg dah mcm hape tu. Saya pon tak tau apa yg saya pack. Fikiran dok pikir baby je.
  • Kami gerak ke Abu Dhabi naik kete sendiri.  Saya tak boleh nk naik ambulans sbb tak muat. Bwk mesin skali. Sampai sana dalam 8pm lebih camtu. Ambulans smpi dulu.  Otw tu saya wassap my sister bgtau psl ni. Bila dah sampai kt icu sana doc nurse sume tgh sibuk. Saya masuk dulu. Raat jaga anak2 kt luar. Bdk2 kan tak boleh masuk. Dorg suruh aku duduk dulu. Aku tgk bacaan oksigen masih 80%  camtu. Sesekali drop bwh dari 80. Berdebar2 je tgk reading tu. 
  • Tak lama tu doc dtg bg penerangan. Dia kata takat ni tatau lg apa punca tp ada bbrp kemungkinan antaranya infection, masalah platlet darah dan masalah jantung. Doc kata dia dah bagi antibiotik sume utk infection. Dorg check brain dan alhamdulillah sumenya ok. Lagi sejam lbh kurg dorg nk buat echo utk cek jantung plak.
  • Sementara tunggu sonographer nk cek jantung tu, doc tu soh saya rehat dulu. Dia kata mesti tak makan lg arini kan. Mmg pon. Cuma breakfast je sebelum ke hospital pagi tu. Tapi tak rasa lapo lgsg. Sikit pon tak! Doc srh nurse bg air ngn food kt saya. Paksa saya mkn. Paksa gak la diri makan tp dua suap je dah kenyang. Dah jam 12 mlm tu saya tgk dorg tgh cek jantung. Raat ajak check in hotel dulu. Anak2 pon dah letih. 

to be continued

Friday, March 13, 2015

Muhammad Al Fateh-my lil fighter part 1

Pengalaman melahirkan ketiga2 anak memang berbeza. Masing2 ada ceritanya. Setiap detik tu boleh ingat kot. Fateh berbeza bila tanda bersalin tu awal 2 hari. Tak sakit tapi ada spotting. Sume anak2 pon sakit masa dah contraction tu tapi time Fateh ni sampai gigil2 satu badan mcm nonstop. Paling sakit kot! Kalau ikut kata mak, dia pon bersalin anak lelaki yg paling sakit. Mungkin la sama. Tapinya dia la yg paling sakit, tapi size dia la yg paling comel. 2.24 kg sahaja. :)

Lepas lahir , Fateh kena letak bwh lampu di nursery sbb bacaan kuning nya agak tinggi. Tapi alhamdulillah lepas 2 hari Fateh dah boleh discharge. Sepanjang kat rumah Alhamdulillah Fateh baby yg kuat menyusu, tak byk ragam. Menangis bila lapar, tak selesa dgn diapersnya ataupun mengantuk. Sama je lah dengan kakak2 dia dulu. Tapi Fateh ni lagi kuat menyusu.2 jam sekali tu macam wajib dah dia akan nangis nak susu. Baby boy kata org mmg gitu.

Kami plan nak namakan dia pada hari ke-7. nak buat akikah sekali. Hari ke-5 rasanya baru inform kt kg nak mintak carikkan kambing. seekor kambing di perak dan seekor lagi di pahang Alhamdulillah semua berjalan lancar. Doktor suruh datang semula ke hospital selepas 3-4 hari discharge tu utk normal check up. Jadi kami pilih hari ke-7 untuk check up jadi bolehla buat skali birth certificate nya di hospital tu jugak.

Jadi hari ke 7 tu bwk Fateh gi chk up.Tapi tgh mlm sblm ke klinik tu dia refuse menyusu. Nyusu kejap2 dan nangis2. Tp tak la meragam teruk. Biasanya dia akan menyusu byk. Pagi tu masa turun dari rumah nk ke kete, raat dukung dia nmpk muka dia kuning. Ingatkan kuning dia naik balik.Kami daftar kt hospital macam biasa. Raat dan anak2 turun bawah pegi ke kaunter untuk buat birth cert. 

Bila sampai turn nak cek berat baby, nurse cek oxygen saturation kat kt jari tu readingnya 84%. Heran la sbb selalu bacaan 100% kan. Saya tanya nurse,ok ke? dia angguk2 pastu trs keluar. Rupanya dia panggil doc. Doc dtg gopoh gapah.cek serba sikit terus suruh saya lari dgn dia skali.lari ke wad. Jauh la jugak. Bygkan hari ke7 tu berlari! Mula lari2 ayam je. Doc tu marah .run!run!run! dah mula ketor masa tu lari sambil nangis2 . Blur tatau apa jadi

Sejam lebih kot dorg dok buat apa tak tau dlm tu. Sume paed dtg dari klinik. Nurse ngn doc keluar masuk. Saya kt luar ni dah takleh benti nangis .adoi xleh stop. Saya call Raat suruh dtg .Nurse yg kat luar tu dtg tenteramkan. Dorg bg air dan suruh duduk. Biar kering cemane pon tekak ni tapi takde rasa nak minum pon. Kejadian mcm ni jarang kot jd kt ruwais. Mostly nurse & doc dtg. Ada nurse yg mmg kenal dtg peluk.

to be continued






Monday, September 29, 2014

8 sebab kenapa peluang besar bisnes Shaklee di luar negara

Assalamualaikum readers,

Dah lama rasanya saya nak kongsi cerita tentang peluang bisnes Shaklee di luar negara ni. Baru sekarang berkesempatan dan idea pon mencurah2 gitu.:) Pertama kali kakak saya AKA upline saya bagi cadangan jual shaklee di Ruwais, saya terus cakap takde orang nak beli. pangkah terus! Kalau tak silap saya lepas 2 bulan baru saya konfiden. Tapi masa tu saya fikir, saya bisnes online, target saya customer yg tinggal kat malaysia. Masih tak yakin juga dengan market di negara orang.


Bila saya mulakan langkah, sambutan sangat luar biasa dari kawan2 di Ruwais. kawan2 yg tinggal di Malaysia plak tak berani order dengan saya sbb ada yg keliru stok akan dihantar dari Ruwais ke?hihi.. 


Untuk meluaskan bisnes saya, Saya mula masuk dalam group Malaysian di UAE. Saya add semua orang dalam facebook saya. Mostly perempuan la. Saya google blog2 orang Malaysia yg tinggal di UAE. Saya dah mula nampak peluang bisnes shaklee saya di luar negara.


Mula2 memang kawan2 Malaysia di Ruwais aje yg order. Kemudian ada beberapa teman indonesia. Lama kelamaan kawan2 suami saya dari pelbagai negara pon ada yg order. Dari India, Filipina, Thailand. Orang local pon ada! Kemudian ada juga dpt order pembaca2 blog saya yg tinggal di Dubai dan Abu Dhabi . Dan ada juga yg join ahli!


Saya listkan di sini 8 sebab kenapa peluang  besar bisnes shaklee di luar negara??


1. Jika kita berada di mana2 pon di luar dari negara Malaysia, peluang besar untuk kita conquer the market. Bila kita tinggal tempat orang, brg yg sukar dijumpai akan jd sgt berharga. Bila ada yg sanggup untuk menjual, maka org itu akan jd tumpuan.


2. Customers sanggup juga tunggu berminggu2 untuk brg yg mereka order sebab memang dah lumrah tinggal jauh,setiap brg yg di pos mengambil sedikit masa.


3. Customer takkan berkira lagi pasal postage cost sbb mereka paham ianya memang mahal.


4. Kalau takde yg mulakan bisnes ni, lebih baik kita bertindak segera. Jadi pioneer!


5. Shaklee dah dikenali ramai. Dah ramai yg menggunakan shaklee termasuk lah yg berhijrah ke luar negara. Ada yg bwk stok sendiri pada awalnya. Bila stok sendiri dah habis, pasti mereka pilih untuk beli dgn distributor yg ada berdekatan mereka.


6. Rakyat Malaysia yg berhijrah ke luar negara semakin ramai. Kalau di UAE ni, saya pon kurang pasti ada berapa org Malaysian. Kalau di Ruwais yg baru 5-6 thn menerima kedatangan org Malaysia pon dah hampir cecah 200 lebih dewasa. Saya percaya di bandar2 besar seperti Dubai dan Abu Dhabi yg dah lama rakyat Malaysia dtg berhijrah mungkin mencecah ribuan org. Jika anda satu2nya distributor Shaklee untuk ribuan org ini??Bukan ke besar peluang ni. Ini contoh di UAE. Kalau di negara2 lain, saya pasti peluang juga hampir sama.


7. Bisnes shaklee sgt mudah dengan adanya online system. Kita boleh uruskan bisnes seperti membuat order,cek bonus dan sebagainya melalui online system. Jadi selagi ada internet network, kita boleh berbisnes dari seluruh pelusuk dunia. Order dari UAE untuk customer di kokdiang sumenya boleh dengan hanya klik klik di online system.
8. Kita boleh dapat customer dari 2 negara. Satu dari negara kita menetap dan satu lagi customer dari malaysia. Dengan adanya FB,blog, twitter,instagram dan sebagainya boleh menghubungkan kita dengan semua org.

Kalau kita tak mencuba, sampai bila2 kita tak tau peluang yg ada untuk kita. Ada org rezeki peluang datang depan mata. Sesetengah org peluang tu kena dicari. Sentiasa percaya dengan kemampuan diri kita.

Cabaran tu sudah pasti ada. Bisnes yg takde cabaran dan dugaan?? Wujud ke? Mesti ada kan tak kira kita tinggal di mana. Selagi kita sentiasa positif, dan yakin dengan setiap rezeki dan ujian adalah dari Allah, perjalanan kita akan lebih mudah. 


Untuk anda di luar sana, yg tinggal di luar negara atau ada kenalan/sedara mara yg tinggal di luar negara, saya cadangkan ambil peluang untuk memulakan bisnes Shaklee ni. Kalau saya mampu lakukan, saya pasti anda juga boleh lakukan lebih baik dari saya. 


Awal2 berhijrah ke negara orang, saya hanya suri rumah yg tiada berpendapatan. Alhamdulillah saya mampu jana pendapatan 4 angka (malah lebih banyak dari gaji semasa saya bekerja dulu) dengan bisnes Shaklee. Aktiviti harian saya juga terisi dengan adanya bisnes ni. :)



 semasa Shaklee National Conference bersama2 downlines saya



 saya sekeluarga. kami menerima car bonus achiever pada National conference tersebut



happy faces.:)

Jika anda berminat boleh hubungi saya. Saya sedia membantu dan berkongsi sedikit pengalaman yg ada.


FB: puteri hafiza

call/sms/ whatsapp: +971 52 7775940

wassalam















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...