Wednesday, September 9, 2015

'Orang gaji' ku yg terlebih rajin

Walaupun suri rumah kadang-kadang nak jugak bercuti dari buat keje rumah. Sebelum ni saya ada panggil filipino dtg kemas umah. Bukan la selalu.Kalau rumah dah tahap tongkang pecah, terpaksa la mintak bantuan.

Mula-mula saya rasa dorg caj berpatutan la sebab kat sini semuanya mahal. Tapi lepas sembang2 dengan kawan Malaysia di sini, dia ambil bangla cuci rumah dia. Caj nya jauh lebih murah. Terus saya berminat nak ambil juga. Saya boleh ambil bangla mengemas 5x sebulan dengan caj yg sama saya bayar utk filipino tu utk sekali cuci. Berbaloi la sangat.

Sekarang saya dah ada banyak masa nak menulis disini.:) Rumah masih kemas. Hati pon tenang kalau rumah kemas. Kalau rumah sepah, nak santai lama2 di depan pc pon tak tenteram.

Tapi cleaner ni boleh tahan membebel. hahahah. Cleaner bebel kat tuan rumah.boleh? Masa first dia dtg cuci, Bila saya dah tau dia akan datang dalam beberapa hari tu saya biarkan je bahagian belakang dapur tu kotor. haha. Jadi banyak la keje dia. Maka dia membebel. Lantaklah kan. Dia kata dia perlu dtg hari2 nak kemas umah ni. Suami saya kata tak perlu. Ini first time memang banyak kerja. kihkih.

Memang pon. Next time dia datang toilet masih bersih, Dapur pon sama cuma ada la pinggan mangkuk yang saya tinggalkan utk bagi dia keje. Nanti ringan sangat plak keje dia.hihi. 

Bila keje dah tak banyak, maka dia pon mencari keje lain. maka inilah yang terjadi. Tuala lap bontot fateh digubah jadi bunga. hahahahhahaha. Kalau saya letak tuala lagi besar, mungkin boleh jadi angsa.




ini pulak yang terbaru. Tuala takde kat situ, tapi ada teddy bear bersepah , maka teddy bear la jadi mangsa hiasan .

Sakit perut saya gelak tgk hasil kerja mat bangla ni. Takpelah janji buat kerja bagus, ko nak bebel pon takpe. Tapi first day aritu je la dia bebel. lps tu takde dah.

= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 



Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).

Tuesday, September 8, 2015

Percutian PERCUMA ke BANGKOK!!!sape mahu angkat tangan!!

Siapa mahu percutian 5 bintang secara percuma ke BANGKOK?? Percutian ini sangat ekslusif dan dilayan secara mewah. Disediakan tempat tinggal, makan, lawatan ke beberapa tempat dan juga duit poket! Yang lebih special, ada special gifts setiap kali kita pulang ke hotel. Menarikkk sangattt. Saya teruja sangat bila dengar offer ni.


Bagaimana caranya??? MUDAH SAJA! WHATSAPP SAYA SEGERA DI 011-3503 0876. Daftar menjadi ahli shaklee dan dapatkan cara utk grab peluang hebat ni. Jika cukup syarat2 nya, anda akan diterbangkan ke bangkok dengan bisnes partner shaklee seluruh Malaysia yang layak.

Jangan tunggu lagi. Biar saya bantu anda utk capai impian ini. :))Jom ramai2 ke Bangkok!


= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 


Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).

Monday, September 7, 2015

Arissa demam tonsil- Bagaimana saya rawat dengan vitamin Shaklee!

Syukur Alhamdulillah anak-anak saya jarang demam. Kalau demam selalunya tak lebih 38.5 Deg C. Anak yang sulung memang menjadi rutin ambik mealshakes setiap hari. Multivitamin dalam bentuk serbuk yang sangat sedap rasanya. Perisa vanila disukai kanak-kanak. Dulu memang saya paksa dia minum. Tapi sekarang dia yang request nak minum mealshakes tiap hari.

Adiknya pulak sukakan omegaguard. Kalau tak disimpan dengan elok, dia boleh ambil 2-3 bijik sekali makan. Terpaksa simpan elok2. 

Tapi baru-baru ,Arissa demam hanya waktu malam agak tinggi hingga 39 Deg C. Jika anak-anak demam malam berkemungkinan ada tonsilitis.Saya tingkatkan antibodi nya dengan mengambil NUTRIFERON dan Vita C chewable.Mealshakes masih diteruskan seperti biasa. Saya juga segera bawak Arissa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Alhamdulillah selepas 4 hari tonsilitisnya sembuh sepenuhmya.

Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Ia akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil menjadi radang dan membesar. Ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kemudian ia secara beransur-ansur akan diambil alih tugas oleh sistem pertahanan badan yang lebih menyeluruh dan matang. Apabila ini berlaku tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.
Tetapi sesetengah individu tisu tonsil terus kekal besar dan akan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Bagi individu ini mereka akan mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang. Individu ini akan mengalami sakit tonsil yang kerap (sekurang-kurangnya sekali sebulan). Antara symptom sakit tonsil ialah:
  1. Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit apabila menelan makanan.
  2. Demam dengan suhu melebihi 38 darjah selsius.
  3. Perubahan suara. Suara menjadi garau ataupun seperti suara apabila sedang makan makanan panas (Hot potato voice).
  4. Lenguh atau sakit badan.
  5. Sakit kepala.
  6. Berdengkur waktu tidur – Ini disebabkan tonsil yang bengkak.



Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh. 


Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar shaklee.

Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembut sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.







Sumber : http://www.celikvitamin.com/blog/tingkatkan-sistem-imun-anda-dengan-nutriferon-shaklee/
&
http://www.doktorbudak.com/2014/10/14/anak-kerap-sakit-tonsil/

= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 


Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).



Saturday, September 5, 2015

Barney Live at Emirates Palace hotel, Abu Dhabi

31 July aritu kami sekeluarga pegi ke Barney Live show di Emirates Palace Hotel. Anak-anak excited nak Tengok Barney. Ibu dia excited nak tengok keliling hotel 7 bintang tu.

Show tu diadakan di Emirates Palace Hotel. Itulah first time kami jejakkan kaki di situ. Selalunya ambik gambar dari jauh je bila lalu kat situ on the way ke MArina Mall. Nampak dari jauh mmg gah. Bila dah masuk ke dalam, memang indah khabar,indah juga rupanya! Subhanallah memang cantik suasana di Lobby hotel tersebut. Tu baru lobby, tak tau cemane keadaan bilik hotelnya. Tak mampu pulak nk menginap disitu AED1000 satu malam. Ia boleh jadi AED2000 satu malam pasa musim sejuk. Tapi di UAE ni, itu bukan lah hotel termahal. Ada lagi hotel2 yg mahal dari tu. Kita tengok dari jauh je sudah!:)

Kami datang ke Abu Dhabi sehari sebelum show dan menginap di hotel (of coz bukan Emirates hotel.:)). Uruskan beberapa perkara pada hari tersebut. Keesokan harinya hari jumaat. Selepas solat jumaat dan lunch, kami terus saja ke Emirates hotel.

Mujur juga kami datang sedikit awal, dapat la mencari hall dengan tenang. DEngan 3 anak-anak yg kecik2 ni, kita kena plan lebih awal dari biasa.Sempatla Arissa dan Qistina bergambar di sini tanpa berebut dengan orang ramai. Bila dah abis show, berebut orang berbaris nak bergambar di sini.

posing dulu sebelum show.


posing dulu sebelum show.


 Show dah bermula. Enjoy sgt the kids. Even Fateh pon melompat-lompat masa muzik dimainkan. 



Ibu lama2 mengantuk la jugak. Kids masih enjoy the show.


Bergambar sebelum balik. Tengok suasan hotel yang sanga mewah.






Company Raat sponsor half of the price ticket for the show. Kalau bayar full rasanya tak kuasa jugak nak pegi. Ada lagi macam2 show yang ada tapi kami pilih Barney la suitable for the kids. Yang lain show silap mata etc. Alhamdulillah merasa la jugak budak2 ni tengok Barney Live.
Apa apa pun Arissa enjoy sangat. Qistina mula2 enjoy, half of the show dia dah tertidur. Sama la ngn bapaknya. Like father like daughter.:)

= = = = = = = = = = =  = = ==  = ==  = ==  = = = ==  ==  = = == = =  = = = = == = =  = = ==  == = = 

Jika Anda Berminat dengan produk Shaklee atau ingin memulakan perniagaan dengan Shaklee. Contact saya melalui Whatsapp di -  011- 3503 0876 (Puteri Hafiza).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...