Sunday, January 30, 2011

Bermain dengan word cards



Ini cuma alasan je untuk ibu lebih lama mengadap laptop untuk mencari resepi2 menarik. Cari resepi memang rajin. memasak je malas. Yang bertarabur tu bukan anak punya keje tapi ibunya. Main lah kau dengan kad2 ini. ibumu busy!hihi..Tapi ibu tak biorkan aje arissa main sorang2 ngan kad2 ni. tak boleyyy...bahaye..




Ibu baca word pada kad2 tu kuat2. Arissa pandang je kad2 tu. tepuk2.sengeh2.tatau la apa maksudnya. berminat la kot.



Nak kena study dah ke??cam pening je banyak sangat nih..


kotak ni menarik!try ketuk sket..



ce cuba rasa sket..ermmmmm
















Thursday, January 27, 2011

Bangle idamanku..

Last 2 weeks gi jalan2 dubai. Kali ni kami pegi gold souk ataupun pasar emas. Nama pasar emas cam pasar jual ikan je kan. Tapi gitu la kekdahnya dorang kat sini jual emas. main longgok je. Bergantungan macam jual barangan plastik. hiks..




emas bergayutan..gile ahh..



Kat kedai2 emas ni takde pon pak guard bersenapang yang jaga macam kat Malaysia. Kagum la jugak. Ada la nampak kereta polis dok meronda skali skale.




Sepanjang ni deretan kedai2 emas.


Aku datang sini takde la gile sangat nak beli walaupun kiri kanan kedai emas. Aku bukan minat sangat nak pakai barang kemas. Rasa cam mami jarum pakai emas berselirat..hihihih..Tapiiiiiiiii kalau dapat bangle yang kat bawah niiiiii...aku sangat suka!!!!




Bangle emas terberat di dunia...

The ring is mounted with 5.17kg of precious stones from signity Middle East and set on a 58.686 kg 21 carat gold ring, with total weight of 63.856kg.

yang ni kalau dapattttttttttt..makcik kayo!!! leh terus balik malaysia, beli umah, beli kete, balance masuk asb, pehtu goyang kaki dok umah tunggu bonus ngan dividen..ngehngehngeh..

Wednesday, January 26, 2011

Clown ruwais..:-))

Kejadian 2 hari lepas. Arissa agresif sangat nak merangkak sana sini. Ibu tengah lipat baju sambil borak2 ngan abah depan tv. Arissa sebok main keliling kitorang. Ibu ter concentrate sikit dengo cite abah. Tak sedar Arissa nak merangkak tapi ada mainan bawah perut dia. Bila nak ke depan, muka tersembam kat lantai.terus uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Menangis la arissa sekuat hati. Dah la sekarang ni style nangis dengan suara meneran sampai sakit2 tekak tuh..
inilah hasilnya.....



cantik tak idung saya????



4-5 hari lepas pulak turun buai sendiri. Berderau rasa tengok dia takde dalam buai. Elok je dok sengeh2 kat bawah. Tu baru je tinggalkan dia tak sampai 5 minit. Masa tinggalkan tu elok je nyenyak tidur.

Dalam playpen pon dah tak boleh tinggal dia sendirian. Mula nak memanjat2. Kalut ibu nak mandi, masak, gi toilet..

Botol mineral harus ada sebagai toy tambahan. favorite 'toy' arissa

Tuesday, January 18, 2011

Hobi suami saya

Hobi suami saya memancing. Ini hobi baru suami saya. Saya sokong hobi suami saya. Betul saya ikhlas saya sokong!!Mudah2an suami bawak balik ikan besar..besarrr punyeee!!!Positif betul saya. Saya suka hobi suami saya..Tak sangka saya begitu positif..ngehngehngeh..


Barang2 kelengkapan untuk memancing yang dibeli di Dragon Mart,Dubai tempohari.

Malam ini suami saya pergi memancing bersama rakan2 sepejabat. cewah sepejabat gitu..Mereka yang lain itu sangat rajin. Saya harap suami saya tak perlulah terlalu rajin sangat memancing walaupun jarak dari rumah sekangkang kera sahaja. Saya berharap dalam 4 hari cuti itu, mungkin sehari boleh dihabiskan untuk memancing. 3 hari selebihnya eloklah berehat bersama keluarga tercinta. Saya ini bukanlah seorang isteri queen control. eh bukan sama sekali. Cuma keluarga tercinta kan lebih utama. Tapi saya tahu suami saya tidak akan memancing berlebihan sehingga tiada masa bersama keluarga tercinta.

Saya tak sabar tunggu suami saya balik membawa ikan2. Mesti penuh peti ais saya nanti. Mungkin kena pinjam peti ais jiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...