Tuesday, July 27, 2010

injection 2 bulan

Arini Arissa pegi inject kat klinik. Mula2 mood dia ok. Pas bg susu dia cam da ngantuk. Bila nurse nak ukur panjang dia, nurse tu terlepas sket kepala dia kat atas tempat baring tu. Terus melalak. walaupun sikit tapi dia kan baby lagi. sure la sakit. eiyyyy geram. Pehtu dah tanak benti nangis. Kena cucuk lagi la melalak. Balik rumah bagi ubat demam. Diam pulak. hehe. Selalu budak2 lagi melalak kalau bagi ubat. Nampak sangat anak ibu ni suka makan. Bagi apa pon hati jadi riang.haha.


Sejak lahir sampai hari ni, berat Arissa naik 2 kg. Tengok carta tumbesaran dalam buku klinik dia tu, alhamdulillah semuanya normal.


ni baru lahir. Berat : 2.7kg


1 month. Berat: 3.6kg



2 month. Berat: 4.7kg

Friday, July 23, 2010

Arissa dan tidurnya

Pada suatu pagi, ibu bangun dari tidur dan mendapati keadaan Arissa seperti ini.


Lena sangat Arissa tidur sampai macam tu skali. Mesti Arissa tunggu ibu betulkan badan Arissa kan. Sebelum betulkan, ibu amik gambo dulu bagi abah tengok. Sesudah itu, ibu (opah sebenarnya) mandikan Arissa dan mekap2 bagi wangi. Arissa sambung tidur lagi. Bila dah wangi, Arissa suka betul sampai tertidur balik.

tu dia! dasyat tul anak dara ni tidur..ish ish..

Arissa dah mula tidur dalam buai. Dah seminggu lebih dah. Sebabnya ada satu malam tu Arissa berjaga malam. Ibu dan opah tatau nak buat apa sebab Arissa bukannya sakit perut ke, idung tersumbat ke. Arissa nak main2 je. Nak borak2 kot. Ibu tak larat la nak borak tgh2 malam buta tu walaupun ibu mmg suka borak2. Opah masukkan Arissa dalam buai. Terus terlena dalam tu. Suke rupanya. Bila dah betul2 lena ibu angkat Arissa letak atas katil.

Tapi ada satu malam tu ibu letak Arissa dalam buai dari kol 130 pagi. Lepas tu ibu tertidur terus sampai subuh. Sian Arissa tidur lam buai tu semalaman. huhuhu. Sekarang ni kan, pantang je Arissa huk hek huk hek, ibu terus masuk lam buai. Dapatla ibu wat keje lama sikit.:-) Tapi tak boleh selalu sangat nanti nak gi mana2 kena bawak buai pulak. Jenuh gak tu.

Sunday, July 18, 2010

Cerita - cerita basi

Kita mulakan dengan cerita kat hospital lagi.


Hari pertama kat spital selepas kelahiran my little princess ni, dilalui dengan kesakitan yang masih berbaki. cewah ayat kesakitan berbaki. poyo jek. Malam tu memang susah nak lelap sebab SAKIT. Nurse bagi ubat tahan sakit dan ice pack. Ice pack tu betul2 membantu kurangkan sakit yang aku rasa.lega la sikit. Mujurlah bangun je pagi esoknya sakit tu beransur hilang. Leh la senyum2 macam ni.




abaikan tudung yang macam karipap pusing tu


Hari kedua tu dapatla jaga Arissa seharian sambil ditemani hubby dan mak. Dorang datang awal2 pagi lagi. Malam2 hubby tak boleh teman kat situ sebab kecuali kalau aku amik single room. Aku amik yang 2 bedded tu sebab yang single tu da penuh (ok jugak..jimat duit..hihi). Bila dah malam aku request ngan nurse nak jaga arissa malam tu. Lepas je mak ngan hubby balik, aku gelabah le jugak nak handle budak kecik ni walaupun dia takde la meragam. Tetiba die nangis nak susu. Aku pon menyusukan dia. Bila lepas je dia nangis. Aku bagi lagi. Begitulah seterusnya sampai kol 12. Ish tak boleh jadi ni. Akhirnya aku panggil nurse mintak dorang bagi susu maybe dia lapar dan hantar ke nursery. alahai sian anak ibu.



Hari ketiga, awal2 pagi aku dilawati oleh anny. BFF aku dari form 1. Thanx a lot anny (thanx anny adiahkan arissa cradle tu. Dahla susah payah tolong carikkan pehtu nak bagi duit tanak amik plak..aku teka dah ko tanak duit tu..hmm..nanti arissa banje aunty anny..:-))) Tak lama lepas tu (eh tipu! lama le jugak anny tunggu nak tgk baby) nurse tolak baby masuk bilik. kitorang pon tilik sama2 baby ku yang sehari jagung tu. Tetiba baru je aku nak bagi nyusu, Arissa cam nak muntah/muak gitu. Kepala dia keras lonjak2 kepala ke belakang. Paniknya kitorang dua. Aku suruh anny tekan butang panggil nurse tu. Lama la jugak carik butang tu sebab dua2 panik. Nurse plak tak datang2. Anny lari keluar carik nurse. Aku lak tepuk2 belakang Arissa. Before nurse sampai arissa dah OK balik. Gigil aku satu badan. hmmm.



Tak lama lepas tu paediatrician datang bitau perkembangan baby aku. Katanya semuanya OK tapi ada sikit kuning. Kalau bacaan lebih 9, Arissa kena tahan wad. Hadoi dah 3 hari dok spital takkan nak stay lagi. Susah hati betul masa tu. Sib baik lepas tu nurse bitau bacaan kuning dia cuma 7.2. Happynye tak terkate leh bawak balik my sweetheart balik umah.



home sweet home...

Thursday, July 15, 2010

Cerita lagi..

Ini dia abah mithali..hehe.


Mujur la abah Arissa balik awal seminggu dari date yang dirancang. Kalau tak takde sapa temankan ibu masuk labour room. Opah Arissa kata dia memang tak berani nak temankan. Opah risau dia yang pitam. heheh. Kalau ikut plan asalnya, hari Arissa lahir tu hubby maybe ada dalam flight lagi. Alhamdulillah Syukur pada Allah hubby ada di sisi time yang sangat penting tu. *sob sob..kesat airmata ngan ujung lengan baju*


Disebabkan aku belum menunjukkan tanda2 nak bersalin lagi, hubby ajak satu family pegi lost world tambun. Aku mestilah seronok ngan idea tu sebab dapat main gelongsor yang tinggi2 tu pakai pelampung bentuk no 8 pehtu terjun masuk lam air sampai lemas. huhhh..BERANGAN!!
Tempat tu memang la tak sesuai untuk aku yang tengah tunggu masa je nak meletup tu tapi layankan aje hubby yang nak berlibur tu. Dia kata nanti aku lam pantang takde peluang dah dia nak jalan2. okla..layannn..



mentang2 la perut aku beso,korang soh aku amik gamba..:-)



Disebabkan aku tak kuase nak mandi, aku ngan hubby meronda satu lost world tu. mak aihh penat le jugak wehh. Tapi bagus la exercise jalan2 camtu bagi senang beranak. Memang rasa nak terberanak pon. Letih wooo..



perempuan mengandung yang lagi 4 hari nak bersalin di belakang bontot singa. 'manis betul pompuan ni' kata jurugambar ini.


Budak2 la yang seronok mandi manda.Sila lihat bukti di bawah.



jangan lihat perut kami.

ohohohoho...air dah masuk idung aku..

Overall tempat ni memang sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda. Cumanya persekitarannya agak kotor sedikit. Jika anda sudah penat mandi, bolehla ronda2 di petting zoo yang terdapat di dalamnya.



Dan juga kandang rimau ni..

~2 malam ni Arissa dah tido lena. Takde lagi berjaga merengek2 sampai kol 2-3 pagi. Alhamdulillah..dapatla ibu dan opah tido lena.:-).gud girl!. Kalau abah ada kat umah bolehla abah berdiri dodoi2 sampai Arissa tertidur cam aritu. Ibu tak larat la nak buat selalu camtu. Lengan ibu ni kecik. cepat lenguh.hehh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...