Tuesday, April 13, 2010

cheese cake yang sangat cheesy..

Resepi yang sangat mudah!

Bahan2 yang diperlukan

1. Buttercup seketul

2. Cream cheese kraft philadelphia seketul

3. Telur ayam 4 biji

4. Gula castor 180g (ini perlu diejas..rasanya cukupla 100g jek kerana hasilnya sangat manis..Tapi bg penggemar manis, bolehla ikut resepi asal)

5. Biskut marie (ini pon kena carik biskut lain. Biskut yang lebih enak..)

6. esen vanilla - 2 sudu

Cara2 membuatnya

1. Hancurkan biskut hingga halus (masukkan biskut dalam plastik dan ketuk la dengan tukul ke ape ke..janji hancur)

2. cairkan butter kemudian campurkan biskut dengan butter dan gaul sebati.

3. Tekan campuran tadi ke dalam loyang hingga padat kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Pukul telur bersama gula hingga kembang semangkuk.

5. Dalam mangkuk berasingan, pukul pula cream cheese.

6. Kemudian campurkan bahan2 dalam kedua2 mangkuk tersebut dan gaul hingga sebati.

7. masukkan esen vanila.

8. Ambil loyang yang berisi biskut yang telah dipadatkan tadi, kemudian tuang campuran tadi ke dalam loyang.

9. Bakar pada suhu 150 deg C selama 1 jam

10. Apabila masak, sejukkan di dalam peti sejuk supaya mendapat rasa yang lebih hebat mengalahkan secret recepi..kehkehkeh..




Bila mereka rajin...

Apabila keadaan kanak-kanak ini rajin, inilah yang berlaku..



berebut-rebut mop sesama sendiri




kakak berjaya merampas kayu mop..gaya bibik..



giliran adik pulak terlebih rajin..sungguh tak terkawal..




anak dara sedang menolong makciknye yang suke buat kek tapi selalu tak jadi..tapi kali ni cheese cake nye diminati ramai..kahkahkah..

Si adik juga turut menolong makciknye mengemas kereta tapi makciknye lupa nak ambik gambar sebagai bukti. Tapi ianya adalah kisah benar. Mengapa makciknya bersemangat mengemas dalam kereta yang dah macam sarang kucing nak beranak?? Ini kerana si makcik bersama kanak2 ini telah pergi mencuci kereta di sebuah car wash yang mempunyai mesin yang canggih (ayat jakun). Bila keadaan luarnya sudah bersih, maka di dalamnya juga perlulah dibersihkan sama. Tak kuasa nak cuci bhgn dalam kereta kat car wash tu sebab di dalamnya MACAM2 ada..Tak sangka bandar kecik ini ade car wash seperti itu maka melompat2 la kanak2 ini bila masuk ke dalam mesin itu hingga bergegar2 kereta dibuatnya. Makcik nebes!!

oh ada seorang lagi kanak2 yang rajin..


rajin membaca..gud2...inilah yang kita mahu!!


arghh penatnya belajar alphabet!! tido la dulu..

Sunday, March 28, 2010

sinus ku sgt mengganggu

Aku basuh semua cadar, sarung bantal, selimut even tak gune pon, karpet kecik lam bilik aku nih. Aku sembur satu bilik ngan surface spray dettol. Semalam hari sinusku yang sangat kronik. Tak tahan sangat rasa. Asek nak bersin jek. Hidung plak tersumbat. Tengah solat pon leh keluar meleleh2. Satu muka rasa gatal2 especially tang mata. Mata sampai nampak bengkak.


Aku google petua menghilangkan resdung nih. Salah satu petua, masukkan air ke dalam lubang hidung dan hembus kuat2. Penyakit ni tak boleh berjangkit tapi kalau dibiarkan leh menjadi kronik. erkk..nebes mak! Infection akan mudah berlaku pada telinga (patutla telinga aku selalu sakit).


Ada macam2 lagi petua yang aku jumpa tapi malas nak apply sebab kena ada macam2. Yang petua hembus air tu paling mudah dan dah nampak jugak keberkesanannya. Jadinya hari ni aku pakai Biore pore pack (tak tau la apa kaitannya ngan resdung nih..haha) seb.ab aku rasa blackhead atas batang idung aku ni sangat mengganggu bila sinus aku menjadi kronik.


Ni time aku tade keje kat opis dulu.. haha

gamba fatt pon ade. kakaka

Saturday, March 27, 2010

kenduri doa selamat

Setel dah kenduri doa selamat sempena mak buyung nak bersalin nanti. Semoga ibu dan baby sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan..aminnn..


Menu untuk kenduri doa selamat ni..mee soto, pulut, sambal tumis serta air kiwi dan kopi. Aku buat begedil ayam for the 1st time in my life. sudah pasti la percubaan pertama selalunya banyak kekurangan.hiks..Tetamu yang datang amat musykil dengan kehadiran 'cucur ape pon x tau lah' ada di tempat hidangan kerana rupa bentuknya sungguh tidak tentu arah sekali..kahkahkah. jadi tak koser la aku nak snap gambar begedil aku tuh. heee..


Kenduri ni takde la penat sangat even kakitangannye ada 2 orang saje sebab menu yang simple untuk hidangan minum pagi je. TAmbah plak buat secara buffet. tengahri da siap setel basuh pinggan mangkuk siap simpan semula..setel..Sesuai untuk mak buyung tak perlu bekerja keras sangat.


oh btw, begedil aku tu, rasenye sedap ..ahakss..walaupun rupenye hancus..hihi..cam tuan yang buat tu la..walaupun tak brape cantik tapi baik ati..boleyy??

bagi menyerikan entry aku kali ni, aku paste la jugak gamba begedil yang ku google.:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...