Tuesday, April 13, 2010

cheese cake yang sangat cheesy..

Resepi yang sangat mudah!

Bahan2 yang diperlukan

1. Buttercup seketul

2. Cream cheese kraft philadelphia seketul

3. Telur ayam 4 biji

4. Gula castor 180g (ini perlu diejas..rasanya cukupla 100g jek kerana hasilnya sangat manis..Tapi bg penggemar manis, bolehla ikut resepi asal)

5. Biskut marie (ini pon kena carik biskut lain. Biskut yang lebih enak..)

6. esen vanilla - 2 sudu

Cara2 membuatnya

1. Hancurkan biskut hingga halus (masukkan biskut dalam plastik dan ketuk la dengan tukul ke ape ke..janji hancur)

2. cairkan butter kemudian campurkan biskut dengan butter dan gaul sebati.

3. Tekan campuran tadi ke dalam loyang hingga padat kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Pukul telur bersama gula hingga kembang semangkuk.

5. Dalam mangkuk berasingan, pukul pula cream cheese.

6. Kemudian campurkan bahan2 dalam kedua2 mangkuk tersebut dan gaul hingga sebati.

7. masukkan esen vanila.

8. Ambil loyang yang berisi biskut yang telah dipadatkan tadi, kemudian tuang campuran tadi ke dalam loyang.

9. Bakar pada suhu 150 deg C selama 1 jam

10. Apabila masak, sejukkan di dalam peti sejuk supaya mendapat rasa yang lebih hebat mengalahkan secret recepi..kehkehkeh..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...