Sunday, May 16, 2010

Menghitung hari...

Check up 2 minggu lepas betul2 buat aku rasa nervous, risau dan macam2 perasaan la. Dr. usha said my baby's weight didn't grow as what he/she should be. At 34 weeks, she's only 2.27kg. Yang paling aku risau, my gynea bagitau maybe aku akan dipaksa bersalin 2 weeks earlier from the due date. Kecut perut mak! Tapi ape2 pun katenye, tunggu next check up lagi 2 minggu.

Dalam kepala macam2 yang aku pikir. Aku belum ready lagi nak bersalin. teknik bersalin and watsoever tu kan. Teringat pulak kat suami yang jauh tu. Takkan nak kena balik awal sebab dia ada exam safety kat NIOSH bangi on 1st-2nd July. Kalau balik awal, maka cuti perlu dipanjangkan sedangkan cuti yang ada memang cukup2 kalau ikut plan asal. Tapi kalau dia tak balik time aku bersalin, sedihnya rasa kan. walaupun dalam kepala rasa berkecamuk time tu, tapi yang bestnya aku dapat goodie bag dari KPJ yang berisi diapers huggies for newborn, pantyliner, sabun dan syampu baby sebamed. sukee..:-))

Semalam aku pergi check up sekali lagi. Dengan harapan berat baby aku meningkat dengan jayanya. Seperti biasa, nurse akan cek blood pressure, urine ngan berat aku. Tapi berat aku tak naik banyak. Dalam hati dah terasa yang berat baby aku jugak takkan naik dengan banyak. Makin tak sabar nak scan tengok berat baby. Sebelum ni keadaan baby aku songsang, tapi alhamdulillah kedudukannya dah ok last 2 weeks. Ada satu lagi yang buat aku risau, iaitu placenta aku berada kat bawah ataupun lebih tepat lagi, low lying placenta. Now berat baby pulak tak berapa banyak.

Doc mula scan macam biasa dan dia bagitau yang uri aku dah naik. alhamdulillah...Syukur sangat! Lega dah 1 part. Sejak dari 6 bulan lagi uri ni kat bawah. Check pulak heartbeat, kedudukan baby etc..etc..beratnya doctor??tak sabar betul aku. Doc pon bagitau yang my baby's weight is 2.9kg..leganya hati ibu ni..alhamdulillahhh..

Jadinya aku tak perlulah dipaksa bersalin awal dan hanya perlu menunggu saat dan ketikanya saja. Hubby pon dah decide nak balik mesia on 26th May. Mudah2an dia ada bersama saat2 aku nak bersalin nanti. aminnn...

4 comments:

  1. besarnye anak ija..!mau 3.5+-kg bila kuar..

    ReplyDelete
  2. risau cheq baca citer hang...alhamdulillah harap seme2 selamat..amin

    ReplyDelete
  3. k.lin doakan moga semuanya selamat...harap baby sabar tunggu kepulangan ayahnda tercinta, baru keluar hihihi

    ReplyDelete
  4. k wardah- tu la..sy terkejut jugak bole smpi 2.9kg tu..2 mggu saye pulun makan..hihi

    pong- thnx pong..sib baik la dah nak bersalin ni sume jd ok..alhamdulillah..

    kak lin- thnx k lin..tula..mntk2 baby leh tunggu ayah die blk lagi 10 hari nih..:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...