Sunday, December 26, 2010

solid food for arissa

Dah dekat sebulan arissa start makan solid food. Baru hari ni ibu baru nak cite pasal ni. Cukup je 6 bulan, aku buatkan bubur nasik untuk Arissa. Sebelum tu aku confuse jugak bila nak start bagi arissa solid food. Sebab ada gak ibu-ibu yang start bagi solid food kat anak dorg dari umur 4 bulan lagi.




Sambil2 aku google pasal menu untuk Arissa, aku jumpa satu blog ni. Banyak sangat info kat situ pasal baby termasukla pasal solid food ni. nak share jugak ape yg ada dlm blog tu. harap tuan blog tu tak marah aku..heee




Tiada istilah tidak cukup susu atau kelaparan untuk anak kecil berusia kurang 6 bulan jika diberikan dalam sukatan serta masa tertentu, lebih2 lagi jika anak itu menyusu badan.Susu ibu mengandungi cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan seorang bayi tanpa perlu ditambah khasiat daripada sumber lain waima buah2an atau sayur2an. Ada kajian menyatakan pada ketika bayi berusia 6 bulan, barulah tubuhnya berkemampuan membina bakteria pelindung yang turut membantu sistem penghadaman memproses makanan pejal.





Banyak lagi info berguna boleh baca kat
SINI.



Aku memang skema sket bab ni. Sebab selalu gi klinik cucuk arissa. poster kt situ ade tulis, bagi bayi makanan pejal pada usia 6 bulan.:-) tapi perkara macam ni terpulang pada ibu bapa masing2 untuk decide. Sebab kadang2 ada baby yang kuat menangis tapi bila diberi nestum dia seakan2 berasa kenyang dan kurang menangis. Semuanya ikut situasi masing2. Setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak masing2.



camtu jugak pasal beri air masak untuk bayi sebelum 6 bulan. Aku ada baca pasal ni tapi tatau kat mana aku jumpa. Artikel tu tulis, pemberian air masak boleh menyebabkan bayi kurang minum susu sebab dah kenyang mnum air masak tu. lagi satu sebab boleh meningkatkan risiko bayi tu kena sawan tarik. seram gak baca. Aku memang strictly tak bagi Arissa minum air masak sebelum cecah 6 bulan.





Masa mula2 suapkan arissa bubur, dia wat muka tak suka. macam tak sedap beno ibu dia masak. :-). Tapi lepas tu dah gelojoh sgt le pulak. baru ibu terkais2 nasik dia dah marah2 nak mintak suap lagi.ibu riso tersedak je.



Arissa sekarang makan ikut mood dia. kadang2 makan banyak.kadang2 sikit. ada 2 kali dia tengah makan mata nak terlelap. Aduhai arissa. Kot ye pon bior le abis makan dulu. Elok je siap cuci2 mulut dia sume, nak tidokan cerah plak bijik matenye. tengah makan cam dah tak bole tahan sgt dah ngantuknye. macam2..




layan plak gambo2 dia. Dinner malam td. menu = nasik + carrot + jus kurma.






get ready for dinner. ngntuk je muka..





pakai bib dulu. lmbtnye ibu aku nih.i'm waitinggg!!




bismillah..nyum nyum! segala aktiviti dilakukan dlm stroller.:-))




burpppp...muke kenyang

Thursday, December 23, 2010

Year end sale!!

Lama sudah tak tulis2 kat sini. Malas walaupun banyak je masa terluang. 2 hari lepas kami ke abu dhabi. Tido di sana.1st time tido kat abu dhabi. Malas nk tido kat abu dhabi ni. sebabnya, 1. sebab hotel mahal,2. sebab jaraknya dari ruwais takde la sejauh dubai. Bolehla nak balik hari.



Sekarang ni memang tgh sale. Memang best gilerr!! tapi aim kitorg nak beli baju ngan playpen arissa. Kat babyshop sale sampai 60%. Memang time ni la nak beli baju tido Arissa yang dah banyak yang singkat dan sempit tu. Dah lama nak beli tapi kena la sabar sikit tunggu sale nih. Kat sini susah nak carik baju2 tido murah2. Maybe ada tapi kitorang tatau ada jual kat mana. Kalau bukan sale, baju2 tido tu sume DHS35 and above. Nak beli banyak helai. Mampos baju tido saje beratus2 dirham. lgpon nak bawak tido. Bukan nak melaram.




Huish dok lam babyshop tu rase tanak kuar2. Rambang mate! Tapi kami beli yang patut beli je lah. Tapi puas hati la dapat beli barang2 arissa. Abah soh simpan resit tu. nanti arissa dah besar leh tunjuk kat dia. kekeke.


Ibu pon beli jugak.heee. beli baju sejuk. ibu tade lagi baju sejuk. sekarang ni dah masuk musim sejuk. memang sejukkk...malam2 boleh cecah 13 deg C. Tak tahan betul. Abah la kesian.Beli selipar je. Berkorban apa saja untuk anak bini.ngehngehngeh.




Sementara tunggu abah bersiap, mari kita bergambo. Excited bila nampak ibu pegang kamera. Mula nak meluru!




eeyahhh!!dah nak sampai dekat ibu ni....bahaye nih kalau dibiarkan sorg2 atas katil.mau tergolek



Breakfast dulu. Saya tengok je ibu dan abah makan. abah letak saya dalam baby chair nih. Seronok plak rasa. macam orang dewasa.

i'm a big girl now!!:-)))


Berjalan kaki dari hotel ke Madinat Zayed Shopping Centre. Berat sangat ke saye ni abah???



Kat sini banyak jual abaya,perfumes,kain cotton, etc..


Pedestrian underpass. Kosong je tade orang. Orang kat sini memang brani mati suke lintas jalan besar2 tuh!kadang2 melintas gaye makan angin jek..

Tapi baju arissa tak beli kat Madinat Zayed. Beli kat centrepoint bersebelahan Marina Mall. Tak sempat plak nk snap pics kat mall tu. Tak sempat la bedah..dengan nak tolak troli lagi. nak pilih2 baju lagi. dengan manusia punye ramai. ngan budak2 melalak sane sini nye lagi. sib baik anak dara ku behave aje. Gud girl! tau2 je ibu ngan abah tengah soping baju die..kekeke


Monday, November 22, 2010

Aidiladha di perantauan..

Terlambat dah kan nak ucap selamat hari raya aidiladha.



Raya kami sekeluarga sederhana je. Jauh berbeza la kalau sambut kat kampung halaman. TAk prepare pon baju raya ke, apa2 pon tak. Tapi aku sebok jugak la buat rendang daging (tak berapa nak jadi..tapi still boleh telan la..), rendang untuk diri sendri makan. bukan jamu orang pon. saje nak buat2 sebok macam kecoh gile esok ramai tetamu nak datang..hehhh..buat kek segera. Kek ni aku bawak umah kawan raat. Dia sekeluarga buat makan2.




Korang penah pegi beraya umah orang selain sanak saudara sendiri selama 3 jam setengah??penah???eh tak malunye korang...same la cam aku. Kitorang pegi beraya dari pukul 11 pagi smpi 230 petang dok umah yang sama. Sampai je terus makan. Pastu tolong sikit2. pastu makan kuih2 pulak. Nak balik tu makan lagi satu round. fuhhhh..





Ni cuma sebahagian menunye. Masa datang tu ada lagi menu yang sedang dibuat oleh tuan rumah.



Yang paling aku suke cheese tart. Banyak aku makan.shedaapppp..nanti bebile nak blaja la ngan kak annie, tuan rumah ni. Neway thanx to kak annie and family kerana jemput kami sekeluarga datang ke rumah. Dapat gak rasa suasana berhari raya.



Sedap je Arissa tido kat belakang tu. Buat macam umah sendiri. Siap berselimut.abah le tu...Abah yang dodoikan tu sampai tertido..pandai abah!Bodek sikit abah ni..mane tau die nak bawak kite gi dubai lg ke..hikss.




udah bangunnnn...ish ish...


Tengokla abah saya makan kat belakang tu..sopan jek..hihi


balancing..



Balik umah tido kekenyangan. Begitulah berakhirnya aidiladha kami utk tahun ini di perantauan.hmmmmm...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.MAAF ZAHIR BATIN. :-))

Sunday, November 14, 2010

my life in Ruwais..

Berkurun abad tak update cite kat sini. malas beno.

Dah sebulan lebih rupenya aku ngan Arissa pindah ke ruwais,abu dhabi nih.
So far, oklah. Bila orang tanya cemane life kat tempat orang..jawapannya OK aje. Best sangat pon tidak. Tak best pon tak. Dok tempat orang mestila tak sama ngan tempat sendiri kan. Apa2 pun aku tetapla hepi sebab dapat duduk sama2 ngan suami dan anak2..err anak2??



Sedih jauh ngan family??of coz la sedih..banjir la jugak klia aritu mase kitorg nak berangkat ke negara pak arab nih. tapi bila dapat skype ngan dorang, takdela terasa sangat dok jauh. Ngan kawan2 pon i dapat skype..best betul u ols ni kan..


Aku kat sini dapat umah sementara AKA cabin. cam nak nangis kan dengar dok lam cabin. Tapi dalam macam hotel..kelasss tau!!hiks..mamposla riak je bunyi..nama tempat ni NCC camp. Dok tempat ni memang sesuai la ngan aku yang pemalas ni. Baju orang basuhkan. Makan orang masakkan. Umah orang datang cuci..haa nak hape lagiii..time kasih kat suami i sediakan 3 orang gaji lam umah ni..kehkehkeh..


well tak semua la baju aku anto laundry. Yang mana patut je la. Yang tak patut tu basuh la sendri..takkan malas beno aku ni!!! eh cam marah pulak aku ni..Makan lak kdg2 aku selera la makan kat kafe tu. Kadang2 jemu jugak. Selalunye menu western food. pastu lauk pauk padiyappa la byk..pening gelek2 mak layan menu kat situ. Tapi aku selalu amik eskrem kat situ..pastu buah2..kek..huishh tak sihat okay aku dok sini..Tapi kalau dah malas masak tu,sanggup tolak arissa gi kafe tengah2 hari buta rembang tu...lantakla kan..janji perut mak kenyang..Arissa pon redha je la..


Mula2 dok sini,tiap2 hari la cleaner ketuk pintu cabin ni nak cuci umah. Aku mesti bukak sikit je pintu pehtu cakap 'NO NEED!NO NEED!..laju je terus tutup pintu.muke die pon aku tak tengok.tatutttt...pastu ade skali orang datang nak betulkan fire alarm pon aku cakap no need terus tutup pintu..Yang ni lagi seram sebab die tarik pintu aku bile aku bukak. terus aku tutup cepat2. Tak lama lepas tu ada orang ketuk lagi..terus aku tak bukak2..Rupanya bila sembang ngan akak sebelah ni, orang tu datang nak bagi air. Memang tiap2 petang dorang akan bagi air mineral 2 botol, gula,nescafe,teh dan susu. Esoknya bila orang tu datang aku tade la cuak lagi sebab nak amik air tu..pree kan..harus la hamik kan..yang orang nak betulkan fire alarm tu sampai ke sudah tak datang betulkan..pelik kot die tengok pompuan ni nebes semacam cam nampak hantu..hahah.

gitu lah aku mula2 dok sini..sekarang ni rase secure je dok lam ncc camp ni..orangnye baik2 je belaka. Cleaner akan datang bila raat ada kat rumah. Raat yang akan panggil dorang ni datang. So dorang ni dah paham la. Takde la ketuk2 pintu lagi..Tapi 'orang2 gaji' ni sementara je lah. Nanti dah dapat permanent housing tak meraso la dah! Takpelah. Sementara ada ni gunakan sebaik mungkin!!

Restoran pertama aku makan kat sini kat gayathi nama tempatnya. Dalam 30-40 minit dari umah. Mula2 makan ramai2 ngan orang malaysia kat sini. Tak paham seh makan atas plastik. Sampai koyak plastik tu aku buat..wakakaka...aku makan ciput jek sebab kais2 nasik dah sampai ke karpet..yek yek..potonggg..itu first time..Second time pegi, jiran sebelah belanja. Kali ni dah pandai sikit. Tade koyak dah..heee...tapi makan dan makan lagi tapi tak kenyang2..ape keheynye..sedap wehhh..menunye grilled chicken ngan nasik ape tah..cam beriyani tuh..makan ngan sambal..tapi i bawak sambal sendiri baru kawww...Tak lama lepas tu aku ajak raat pegi lagi..shedapppp..

Haaa kalau pak arab melantak satu dulang ni sorang je. Disebabkan kita orang malaysia memang sopan2..jadinya elok la share berdua..

After 15 minutes... Licinnnn...kena makan atas plastik biru tu la sepatutnya.Tapi sebab kitorang makan berdua jek, So makan je la dalam dulang tu. Ada dulang yang lagi besar dan besar lagi untuk kapasiti manusia yang lebih ramai(atau kapasiti perut yang lebih besar).

tu diaaa..hngga ke tulang yang terakhir...



Tak jauh dari umah aku ni ada laut. Boleh jalan kaki je ke situ. Tapi aku tak penah la wat keje gitu. Malas aku berpanas. Abisla itam kulit aku yang putih melepak nih..kekekke..Jauh sikit dari rumah, ada beach yang santek. Adnoc beach club. Yang ni tak boleh menapak.harus la naik kete. Kalau nak jalan jugak, bukan takat itam,ko boleh rentung tengah jalan..hehehe..tade la sampai gitu.


Air laut yang biru..tenang sekali..

Kadang2 kan..ade hari cam nak makan sedap sikit, raat bawak aku ngan arissa pegi recreation center. Kat situ leh makan buffet lunch. Menu special sudah tentu beriyani dan kambingnye..nyum nyum..ade uum ali..ni macam puding roti..tapi sedap puding roti aku buat lagi..ahakss..pehtu ada macam2 lagilah..western food,indian food etc etc..sume mak rase!jakun!! Peberet i adalah eskrem..ritu bedal 2 ketul eskem skaligus..kebas pipi aku!!



ko tengok la mulut pompuan ni..nak makan tapi nak bergambo..gelojoh! Nampak air merah tu?? Bukan air sirap tau!air pebende tah..sentap mak kejap bile masuk lam tekak..yewww...air ape nii??tak shedappp..
Pastu plak kalau teringin nak makan KFC, kitorang pegi kat ADNOC patrol station. Kat situ ada restoran SFC (Southern Fried Chicken)..Boleh la tahan.

Ape kes cite makan je nih...Ni je ke aktiviti aku kat sini..huhuhu

Aku dah jumpe kebanyakan orang malaysia kat ruwais. Sumenye baik2 belaka..ada la join bbq kat adnoc beach tu,pastu dorang ajak makan2 kat umah..disebabkan tempat aku jauh dari orang lain,so jarang2 la dapat jumpe..

pasal budak kecik tu pulak..


1.Gelak mengekek kalau orang geletek.

2.suka geleng2 kepala. Masa injection aritu, Arissa kena inject 2 kali.Menangis la anak ibu ni.Yang kali kedua siap geleng2 pale..ibu mula2 rasa nebes jugak nak tgk arissa kena inject 2 kali tuh.Tapi bila dia nangis sambil geleng pale,nak tergelak plak rase..hehe.Apa daaa..Tu la dok keliling ngan uncle padiyappa..jangkit dah geleng2 pale..

3.Suka bebel2 sorang2. Tapi lama2 kalau tade sape layan dia, mulala nangis..

4.Dah tido menerap plak. Ibu riso gak.Tapi tengok anak ibu ni rilek je..cam selesa je..layann..kadang bukan saje menerap..dah memusing2..bahaye dah ni tido atas katil..





5.Kalau nak susukan dia, dia akan excited. gelak2 kecil2 gitu..heheh .yuyu cite aliyah pon sama dulu camni.



6.Tak boleh ibu jauh sket dari die..mula la nak nangis..bunyi cam sedih sangat. Mula2 elok je main sorang2..bile ibu jenguk je die, terus drama!nak soh amik die..Tapi ibu arissa ni kreatif orangnya..hehe..ibu letak arissa dalam stroller..bawak la kemana ibu pegi..ke dapur tengok ibu masak..ke depan tv..tengok ibu jemur kain lam blk satu lg tu..haha..hamik stroller lam rumah!!



7.Ibu heran kalau arissa main ngan teddy bear die ni..mesti sudahnya teddy bear ni dok atas belakang die..ape arissa buat??




8.suke sembur air liur die. berbuih2 tepi mulut die. tu yang ade cam rashes tepi2 mulut die..merah2..

9.sume bende nak makan..toy die abis basah2..
ermm yang ni sedap jugak..masam2 masin kelat..

eh eh buat bantal pon bolehla...canggihnye toy aku ni
waduh penat mengarang karangan spm bergambar 80 muka surat..muntah2 la bace...:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...