Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah harini dah hari ke 2 berpuasa. Semalam jenuh jugak pikir apa la menu nak masak untuk berbuka hari pertama ni kan. Husband pulak kebetulan off day dia. Tapi sudahnya tak dapat  pikir menu yg special pon. Ikan sea bream sweet sour je sbb senang campur2 sos sudah siap! Pastu teringin pulak sayur lodeh. Macam tak kena je kan kombinasi menunya tapi lantak nye lah.belasahhh..hehe..

Gigih pulak buat bingka ubi kayu. Google resepi macam senang jek. Beli ubi kayu sebatang je pon.ingtkan takdela susah nak sagat ubi kayu tu. Sekali ku sagat sagat sagat..mak aihhh..lenguh tangan! Kuar abih peluh jantan. Tipu jek..Bulan2 pose ni buat kuih mcm tu mmg gigih la.hikhik..

Tapi hasilnya memang best! Rupa parasnya macam biasalah kalau saya buat kuih tak penah cantik. Lembik semacam je. kena makan ngan sudu. Tapi laju je 4 beranak makan satu loyang..yummyyyyy...ceh puji diri sendiri lantak la kan.

Tapi org kata makan ubi ni sakit badan. Eh yeke ubi kayu yg sakit badan. Tahle. Yang pasti sebelum  tido mesti telan ostematrix 4 ketul. Kalau tak bgn pagi esok lesunya rasa. Sahur tu pulak minum ESP campur mealshakes. Saya bancuh siap2 mlm sebelum tu masuk lam fridge. Sahur tu saya tabur plak milo kt atasnya.. fuh sedappp.

Apa2 pun saya nak memohon maaf dan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Jadikan ramadhan kali ini ramadhan yg terbaik dari yg sebelumnya. InsyaAllah. Aaaminn..

Monday, July 8, 2013

Jana pendapatan dengan Shaklee

Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita pasal macamana saya bermula menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee. Sejujurnya saya tak begitu familiar dengan produk shaklee sehinggalah kakak saya kenalkan. Bisnes shaklee lagi lah saya tak tau. 

Semenjak saya berhenti kerja pada tahun 2010, saya memang merancang untuk buat bisnes. Macam2 dalam kepala, tapi semuanya tak jadi. Takde guide, tak tau cara mcm mana nak mula, tak confident etc etc..

Saya mula ambil BF set. Memang saya puas hati sangat. Masa tu Arissa setahun. Susu makin merudum. Arissa pulak asek nak mengempeng je. Adoi seksa betul. Bila saya cuba BF set, siap leaking lg.syukur alhamdulillah. happy sesgt. Bisnes?? Tak terpikir lgsg masa tu. Saya cuma seronok je dgr cite kakak saya dpt bonus every month. Dia daftarkan saya. Dia cakap try la jual kat Ruwais. Saya masa tu cakap sapa yg nak beli. Bukan ramai pon org malaysia di Ruwais ni.negatif thinking!!kuikuikui..

Lagi satu saya tak aktif di FB. Saya memang malas nk update status pape kat FB. Bukak sesekali baca cerita org. macamana saya nak bisnes?? oh seribu satu alasan! Kalau hati tak berapa nak buat tu..memang sentiasa penuh alasan dalam kepala. Alasan tu bukan utk sesiapa pon. Alasan untuk diri sendiri yang tak nak mencuba. Takut,tak yakin. segan nanti apa org kata. Takut org kutuk.takut kena maki. eh  eh sume nak takut.

Eh bisnes ni MLM laaaa..alamakkk..tak suke MLM!!malunye nak buat bisnes MLM. Padahal maksud sebenar MLM pon tak kaji habis. Sbb trend org jual MLM tayang keta besar2,terus rasa meluat. Tapi nape nak meluat. Bukan ke itu rezeki dia. Dgr pulak cerita yang kena apply loan utk bisnes MLM. mak aih lg la seram. Macam2 cerita.

Tapi saya yakin kan diri nak mulakan sbb kakak saya dah mula. Saya mula dgn post di FB. Sangkaan saya meleset sama sekali tentang potential customer di Ruwais. Menderu2 order pada hari pertama saya announce di FB. Subhanallah. Saya makin seronok. 

Tapi cabaran tetap ada. Tak mudah nak bisnes di ruwais sedangkan stok di Malaysia.2 kali saya pernah mengadap kastam.parcel 10kg hampir2 kena buang tapi sempat patah balik. Fuhhh..bukan senang.

Untuk anda yg berada di Malaysia yg ingin tmbh pendapatan keluarga,rebutlah peluang yg ada ini. Dengan modal yg sgt rendah,rm65 sahaja seumur hidup. Cuma anda perlukan hati yg cekal,semangat yg kental,sentiasa berusaha untuk capai kejayaan. Insyaallah boleh berjaya. Kalau saya boleh,anda pasti lebih lg!

Sekarang ni tak susah nak jual brg. Semuanya di hujung jari. Ada FB,instagram,blog,tweeter etc..pilih je. Saya ada group yg sangat membantu di FB mahupon whatsapp. Info mengenai produk dan bisnes semua ada kat situ. 

Jika anda berminat untuk tmbh pendapatan dgn shaklee boleh hubungi saya.
Whatsapp:+971503218749
FB: puteri hafiza

Macamana saya boleh ubah persepsi pasal MLM. Sumenya sy dpt dari buku razzi ar mansur. Buku tu dah membuka minda saya tentang peluang yg besar dlm MLM. Tryla baca! Memang menarik. Cerita pasal MLM tapi macam baca sebuah novel.:-))




Sunday, July 7, 2013

Baking time with Arissa

Arissa ni suke sgt makan kek. Kadang2 tiba2 mntk kek. Wah kalau kita malaysia boleh gak nak tiba2 keluar gi kedai kek kan. Kt Ruwais ni bukan takde, tapi kalau beli arissa tak makan pon. Jadi sesekali memang saya rajin buat kek sebab dia memang makan sungguh2. Takde la penat2 buat tapi tak makan kan.

2 hari lepas plan masak2 ngan Arissa. Dia memang suka menolong menyibuk  kat dapur. Tengok youtube pon bukak yang masak2 punye cite..Nak jadi chef ke anak aku???haha.

Jom layan gambar2 Arissa di dapur.

 Sambil masak sambil nyanyi. Ayak tepung tu berkurun nak turun tepungnya..

Kacau telur sampai muncung2 mulut.Focus!!



ni lah hasilnya...topping tu ibu yg tolong buatkan..



Arissa tolong buat dari mula sampai habis. Happy sangat dia. Ibu tolong sediakan dan sukat bahan2 je. gud job kakak! nanti kita main mashak2 lagi.

Friday, July 5, 2013

GLA complex Shaklee




Lama dah tak menulis kat sini. Bulan July ni promo GLA complex Shaklee buy 6 free 1. Promo shaklee mesti tepat pada masanya. Menjelang raya ni,mesti ramai yg nak kelihatan cantik berseri2 kan. GLA complex shaklee ni sgt bgs untuk kulit! Saya cadangkan ambil kombinasi ESP & GLA complex. Bantu anda untuk dapatkan glowing skin!memancorrr..


Jom baca fakta mengenai GLA complex Shaklee.




Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari *borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. *Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.



Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ia nya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.



Kebaikan GLA complex Shaklee:


1.  Herba tradisi yang dipercayai 
-    Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.


2.  Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
-     GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.



3.  Meningkatkan kesuburan

-     GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.



4.   Memperbaiki prostatomegaly 

-     GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah  kerap kencing.



 5.  Menentang kanser 

-      GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.



6.   Memperbaiki inflamasi kulit 

-      Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan.


7.    Mengawal kencing manis
 -     Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

     
8.   Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan 
 -     Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.


9.    Menghalang tekanan darah tinggi 
 -       Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction dan
mengawal kolesterol.


10.   Menguatkan kuku & rambut.
-        Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.


11.    Hiperaktif and Autisma (ADD/ADHD) 
-        Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif. 

          
12.    Melambatkan menopaus &  Mempelahankn process penuaan.
-       Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot  flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus,memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.



*Borage adalah tumbuhan. Bunga dan daun, serta minyak dari biji benihnya digunakan sebagai ubat.



Minyak biji Borage digunakan untuk masalah kulit termasuk ekzema, dermatitis seborrheic (penyakit kulit yang akan menyebabkan keradangan, kegatalan dan keadaan kulit menjadi bersisik dan merah) dan neurodermatitis. Ia juga digunakan untuk artritis reumatoid (RA), tekanan, sindrom prahaid (PMS), kencing manis, perhatian defisit gangguan hiperaktif (ADHD), akut sindrom masalah pernafasan (ARDS), alkohol, kesakitan dan bengkak (keradangan), dan untuk mencegah penyakit jantung dan strok.



bunga dan daun Borage digunakan untuk demam, batuk, dan kemurungan.



Borage juga digunakan untuk masalah hormon yang dipanggil kekurangan adrenal, untuk "pembersihan darah," untuk meningkatkan aliran air kencing, untuk mengelakkan radang paru-paru, sebagai sedatif, dan untuk menggalakkan berpeluh. Borage juga digunakan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu dan untuk merawat bronkitis dan selsema.



Borage digunakan untuk kulit untuk dermatitis seborrheic bayi dan juga digunakan dalam berpakaian untuk melembutkan kulit.




Beli bulan ni dgn harga super duper jimat!!Jika anda mmg pengamal GLA complex, dpt kan 1 set terus . 7 bulan tak payah ulang2 beli GLA.:-))


Contact me for more details n order!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...