Monday, June 15, 2015

Bawa bekal atau makan makanan yang disediakan taska/pengasuh? Mana pilihan ibu-ibu?


Adakah kebersihan terjamin makan di taska? Ibu bapa yang 
agak cerewet mula persoalkan. Ada sesetengan ibu pula 
perah otak memikirkan bekal yang ingin dibawa oleh anak 
mereka.


Kebersihan makanan di taska sangat perlu dititikberatkan. 
Anak-anak sangat sensitif dengan makanan yang tidak 
bersih,basi dan sebagainya. Sudah pasti pihak taska akan 
sentiasa memastikan kebersihan menjadi keutamaan.




Jika perkara ini tidak dijaga, keadaan seperti keracunan 
makanan akan berlaku dan ini akan memburukkan reputasi 
taska tersebut.

Jika ibu bapa masih kurang percaya dengan kebersihan atau 
sebagainya, sediakanlah makanan yang berkhasiat dan 
sudah tentu disediakan dengan penuh kasih sayang. Anak-
anak pasti gembira makan hasil air tangan ibu mereka 
sendiri.

Apa jua pilihan kita, pastikan yang terbaik untuk anak-anak 
dan juga kita sebagai ibu bapa mereka.

Makanan tambahan (supplement) juga membantu
melengkapkan nutrisi anak-anak. 

Antara taska, bibik dan pengasuh



Kes penderaan kanak-kanak terjadi lagi. Pilu rasa hati melihat anak-anak yang masih perlukan kasih sayang dan penjagaan sepenuhnya diperlakukan sewenang-wenangnya oleh bibik.

Tapi kes yang berlaku seperti ini bukan hanya diperlakukan oleh bibik, malah di taska dan juga pengasuh pernah berlaku seperti ini. Siapa yang bakal menjaga anak anda, antara taska, bibik dan pengasuh?

Ibu yang bekerja terutamanya yang baru mendapat cahaya mata tentu pening kan nak buat keputusan untuk menghantar anak ke mana apabila mula bekerja.

Antara perkara yang paling penting sebelum membuat keputusan adalah:

1. Kenali penjaga yang bakal menjaga anak kita. Buat sedikit 'research' siapa mereka. Jika kita ingin mengambil bibik, pastikan mereka telah duduk bersama kita lebih awal.
2. Tanya pendapat orang lain yang pernah mendapatkan perkhidmatan mereka.
3. Jika taska, pastikan memilih taska yang berdaftar di bawah JKM dan senarai taska yang berdaftar boleh didapati di laman web JKM.
4. Jika pengasuh, pastikan pengasuh tersebut tidak menjaga kanak-kanak yang terlalu ramai dan elakkan terlalu ramai bayi.
5. Buat lawatan ke tempat tersebut (rumah pengasuh atau taska). Lihat keadaan tempat tersebut samada sesuai untuk kanak-kanak.



Apa jua keputusan kita dengan setiap usaha yang dilakukan, kita sertakan dengan doa kepada Allah. Semoga Allah melindungi dan memelihara keselamatan anak-anak kita sepanjang masa.

Selain itu persiapkan anak-anak kita dengan supplement yang membantu sistem pertahanan badan mereka kerana mereka bakal terdedah dengan pelbagai jenis penyakit di luar sana. PM admin untuk supplement terbaik buat anak-anak anda disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...