Sunday, December 26, 2010

solid food for arissa

Dah dekat sebulan arissa start makan solid food. Baru hari ni ibu baru nak cite pasal ni. Cukup je 6 bulan, aku buatkan bubur nasik untuk Arissa. Sebelum tu aku confuse jugak bila nak start bagi arissa solid food. Sebab ada gak ibu-ibu yang start bagi solid food kat anak dorg dari umur 4 bulan lagi.




Sambil2 aku google pasal menu untuk Arissa, aku jumpa satu blog ni. Banyak sangat info kat situ pasal baby termasukla pasal solid food ni. nak share jugak ape yg ada dlm blog tu. harap tuan blog tu tak marah aku..heee




Tiada istilah tidak cukup susu atau kelaparan untuk anak kecil berusia kurang 6 bulan jika diberikan dalam sukatan serta masa tertentu, lebih2 lagi jika anak itu menyusu badan.Susu ibu mengandungi cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan seorang bayi tanpa perlu ditambah khasiat daripada sumber lain waima buah2an atau sayur2an. Ada kajian menyatakan pada ketika bayi berusia 6 bulan, barulah tubuhnya berkemampuan membina bakteria pelindung yang turut membantu sistem penghadaman memproses makanan pejal.





Banyak lagi info berguna boleh baca kat
SINI.



Aku memang skema sket bab ni. Sebab selalu gi klinik cucuk arissa. poster kt situ ade tulis, bagi bayi makanan pejal pada usia 6 bulan.:-) tapi perkara macam ni terpulang pada ibu bapa masing2 untuk decide. Sebab kadang2 ada baby yang kuat menangis tapi bila diberi nestum dia seakan2 berasa kenyang dan kurang menangis. Semuanya ikut situasi masing2. Setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak masing2.



camtu jugak pasal beri air masak untuk bayi sebelum 6 bulan. Aku ada baca pasal ni tapi tatau kat mana aku jumpa. Artikel tu tulis, pemberian air masak boleh menyebabkan bayi kurang minum susu sebab dah kenyang mnum air masak tu. lagi satu sebab boleh meningkatkan risiko bayi tu kena sawan tarik. seram gak baca. Aku memang strictly tak bagi Arissa minum air masak sebelum cecah 6 bulan.





Masa mula2 suapkan arissa bubur, dia wat muka tak suka. macam tak sedap beno ibu dia masak. :-). Tapi lepas tu dah gelojoh sgt le pulak. baru ibu terkais2 nasik dia dah marah2 nak mintak suap lagi.ibu riso tersedak je.



Arissa sekarang makan ikut mood dia. kadang2 makan banyak.kadang2 sikit. ada 2 kali dia tengah makan mata nak terlelap. Aduhai arissa. Kot ye pon bior le abis makan dulu. Elok je siap cuci2 mulut dia sume, nak tidokan cerah plak bijik matenye. tengah makan cam dah tak bole tahan sgt dah ngantuknye. macam2..




layan plak gambo2 dia. Dinner malam td. menu = nasik + carrot + jus kurma.






get ready for dinner. ngntuk je muka..





pakai bib dulu. lmbtnye ibu aku nih.i'm waitinggg!!




bismillah..nyum nyum! segala aktiviti dilakukan dlm stroller.:-))




burpppp...muke kenyang

Thursday, December 23, 2010

Year end sale!!

Lama sudah tak tulis2 kat sini. Malas walaupun banyak je masa terluang. 2 hari lepas kami ke abu dhabi. Tido di sana.1st time tido kat abu dhabi. Malas nk tido kat abu dhabi ni. sebabnya, 1. sebab hotel mahal,2. sebab jaraknya dari ruwais takde la sejauh dubai. Bolehla nak balik hari.



Sekarang ni memang tgh sale. Memang best gilerr!! tapi aim kitorg nak beli baju ngan playpen arissa. Kat babyshop sale sampai 60%. Memang time ni la nak beli baju tido Arissa yang dah banyak yang singkat dan sempit tu. Dah lama nak beli tapi kena la sabar sikit tunggu sale nih. Kat sini susah nak carik baju2 tido murah2. Maybe ada tapi kitorang tatau ada jual kat mana. Kalau bukan sale, baju2 tido tu sume DHS35 and above. Nak beli banyak helai. Mampos baju tido saje beratus2 dirham. lgpon nak bawak tido. Bukan nak melaram.




Huish dok lam babyshop tu rase tanak kuar2. Rambang mate! Tapi kami beli yang patut beli je lah. Tapi puas hati la dapat beli barang2 arissa. Abah soh simpan resit tu. nanti arissa dah besar leh tunjuk kat dia. kekeke.


Ibu pon beli jugak.heee. beli baju sejuk. ibu tade lagi baju sejuk. sekarang ni dah masuk musim sejuk. memang sejukkk...malam2 boleh cecah 13 deg C. Tak tahan betul. Abah la kesian.Beli selipar je. Berkorban apa saja untuk anak bini.ngehngehngeh.




Sementara tunggu abah bersiap, mari kita bergambo. Excited bila nampak ibu pegang kamera. Mula nak meluru!




eeyahhh!!dah nak sampai dekat ibu ni....bahaye nih kalau dibiarkan sorg2 atas katil.mau tergolek



Breakfast dulu. Saya tengok je ibu dan abah makan. abah letak saya dalam baby chair nih. Seronok plak rasa. macam orang dewasa.

i'm a big girl now!!:-)))


Berjalan kaki dari hotel ke Madinat Zayed Shopping Centre. Berat sangat ke saye ni abah???



Kat sini banyak jual abaya,perfumes,kain cotton, etc..


Pedestrian underpass. Kosong je tade orang. Orang kat sini memang brani mati suke lintas jalan besar2 tuh!kadang2 melintas gaye makan angin jek..

Tapi baju arissa tak beli kat Madinat Zayed. Beli kat centrepoint bersebelahan Marina Mall. Tak sempat plak nk snap pics kat mall tu. Tak sempat la bedah..dengan nak tolak troli lagi. nak pilih2 baju lagi. dengan manusia punye ramai. ngan budak2 melalak sane sini nye lagi. sib baik anak dara ku behave aje. Gud girl! tau2 je ibu ngan abah tengah soping baju die..kekeke


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...