Tuesday, May 17, 2016

Demam tonsil dan simptomnya

Assalamualaikum,

Baru-baru ni Arissa kena demam tonsil. Kali ni dah kali kedua la dia kena. Doktor suggest pegi jumpa ENT sebab saya bagitau doktor kadang-kadang Arissa tidur berdengkur. Ada kaitan dengan tonsil di hidung katanya. 

Tonsil ni ada kaitan dengan imun badan seseorang. Lepas ni kena kerap bagi dia Nutriferon la nampaknya. Makan antibiotik doktor bagi pon asek muntah je. Ada saya baca petua nak bagi anak tak muntah makan ubat, bagi dalam kuantiti sikit dan selangkan dalam 10 minit lebih kurang.

Info kat bawah ni 6 simptom tonsil yang kita kena tau. Kalau ada pada anak-anak kita simptom macam ni, bolehla segera jumpa doktor. 










Tuesday, March 8, 2016

Tips Melancong dengan anak-anak kecil. 

Ada kawan mintak share pengalaman bwk anak-anak kecil pegi melancong. Saya share la kat sini. Bln Nov tahun lepas, kami travel 4 buah negara iaitu France-Germany-Belgium-UK. Saya tak la banyak pengalaman pegi banyak negara pon. Tapi belajar dari kesilapan trip terdahulu. Anak-anak saya 3 org kesemuanya berumur bawah 5 tahun. Kena plan betul2 kalau tak senget bahu. Saya banyak dapat tips dari kawan saya Intan tuty . Maybe dari pengalaman tetamu2 dia jugak. hehehe tq so much beb!

Ni antara tips yg boleh saya kongsi.

1. Plan itinerary secara complete. Termasuk masa makan, rest dan sebagainya. Mesti ada masa extra sejam/ 2 jam untuk sehari.

2. Bagi saya stroller sangat penting. Senang anak2 nak tido secara bergilir-gilir. Anak cukup tido maka kurang cranky. Nak babywearing tak sanggup pulak nak dukung Arissa dah 5 tahun. Anak-anak ni pon tak larat nak jalan non stop macam kita. saya bawak twin stroller (side by side). Ada masanya dorg duduk serentak bertiga dalam stroller tu. Tambah pulak sangkut beg lagi. Alhamdulillah tahan lagi stroller tu takat ni. haha.

3. Untuk sightseeing ,  pilih big bus tour (hop on hop off bus) yg bawa ke seluruh tpt menarik dalam bandar tersebut. Jadi kita tak penat nak turun naik public transport. Nak angkut makhluk2 kecik ni bukan senang. Pilih yang paling mudah. 

4. Sepanjang trip tu, mesti cari satu tpt yg kita rasa anak-anak akan seronok. Bagi dorg happy , jadi kita tak bersalah nak pegi tpt kita suka pegi pulak. Contohnya taman tema. Kami pilih Disneyland. Mini Europe dan Automium pon dorg suka jugak. Tapi tak sangka pulak anak-anak suka jgk pegi ke Heidelberg Castle. Pemandangan dari atas bukit tu subhanAllah Cantiknya. Tapi Fateh enjoy bila masuk hotel je.hehe.

5. Buat research sket pasal suhu, tenpat makanan halal, cuaca etc. Baju anak-anak kena cukup mengikut suhu/cuaca mengikut tpt kita nak pegi. Daipers anak tak perlu risau sbb kat sana harganya murah! Susu anak pon sama, kalau anak jenis tak memilih la. Sediakan payung sebelum hujan. Kami bawak payung dan baju hujan :).

 6. Sebaik- baiknya menginap di satu2 lokasi tu sekurang-kurangnya selama 3 hari 2 malam. Sempat la anak-anak dan kita sekali rest dan tak la rushing nak lawat tpt yg nak dituju. Tapi jangan pulun nak lawat sume tpt sampai tak sempat rest. Refer balik point no 1. PLan betul2 itinerary. Kalau tido semalam je satu2 lokasi, alahai tak sempat sgt la nak jalan2. Badan penat plus tak enjoy.

 7. Bawak makanan kegemaran anak-anak. Macam anak saya yg no 2,Aisyah suka nasik, tapi permintaan dia tu tak diduga. Kena time tak jumpa nasik, nanti merengek2 hilang mood ak pak nak jalan-jalan. Jimat belanja pon sama.

8. Pastikan bilangan luggage dan stroller boleh diangkut sekali harung. Lebih mudah bawak backpack & 4 wheel luggage. Pastikan kita masih dapat pegang anak yang tak duduk dlm stroller  walaupun kena heret beg.

9. Bawak sling bag bagi memudahkan pergerakan. Tak perlula bergaya dengan handbag jenis Baguette ke tote bag ke. Clutch lagi tak logik. Gi kenduri nanti pakai. hehehhe.

Extra tips.

1. Bagi yang nak melancong banyak negara di Europe, pilih penerbangan multi city. Jimat masa tak perlu patah balik tempat kita mula datang. Untuk kereta sewa pulak, kita boleh sewa di tpt lain dan return tpt lain. Contohnya sewa di Paris, dan return di Brussels. Saya pilih company Europcar.

2. Book terlebih dahulu kereta sewa, hotel , tiket transport, tiket tpt2 yg ingin dikunjungi jika perlu seperti Disneyland dan sebagainya. print semua booking tersebut, susun mengikut date dengan teratur dan simpan dalam satu zip file. Biar nampak macam poyo asalkan tak kelam kabut trip kita nanti. 

3. Hati2 book hotel di London. Mesti nyatakan kita bersama kanak-kanak, kalau tak dia caj kita extra.

4. Install apps berkaitan seperti waze , alQibla(arah kiblat), zabihah (tpt makanan halal) etc.

5. Bagi yang bertanya tentang bajet, Saya tak dpt beri dengan tepat dalam Ringgit Malaysia kerana kami menetap di Abu Dhabi, UAE . Cuma ada anggaran dalam dirham. Total perbelanjaan termasuk flight ticket utk kami berlima dalam AED20K~25K. 

6. Di dalam itinerary saya, semasa di london saya tidak begitu detail kerana saya menginap di rumah kawan jadi aktiviti lebih santai.

7. Semasa trip kami, waktu siangnya pendek. Bila waktu malam kebanyakan bandar di Europe yg kami pegi ni jadi sepi dan takde aktiviti yg boleh dibuat. So plan sume aktiviti hanya waktu siang sahaja. 

8. Sebenarnya kedai makanan halal di Europe mudah didapati. Kami tak cari pon restoran halal yg kami google sbb mudah nak jumpe kedai2 halal yg lain. 

9. Jika sewa kereta, pastikan cek negara mana yg dikenakan tol dan boleh add on dlm total budget anda. 






Kat bawah ni Itinerary europe trip kami.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...