Dah
masuk ke bulan Februari masa tu. Doc decide untuk tukar line tiub yg masukkan
ubat2 Fateh. Sebelum tu wayar tu dimasukkan di bahagian leher dan nak ditukar
ke bahagian peha. Doc kata sebelum infection semakin tinggi, line tu kena tukar
segera. Dan untuk tukar line tu ada risikonya. Tapi doc kata dia akan
cuba buat yg paling selamat sekali. Risau tu dah tentu la bila doc kata ada
risiko lain. Tapi kena gak la buat.
Nampaknya
keputusan tukar line tu adalah keputusan yg terbaik. Alhamdulillah Bacaan ujian
blood gas (ABG) tunjukkan keputusan yg menghampiri normal target. Dorg cuba
turunkan oxygen support sikit demi sikit dan alhamdulillah Fateh masih
bertahan. Bacaan oxygen saturation adakalanya sudah capai ke 90% above walaupun
support dari ventilator hanya 50%. Ada hari tu bacaannya 100%.
Subhanallah!!
Keadaan
Fateh makin ok dan ventilator yg bising tu dah ditukar semula ke conventional
ventilator
Peningkatan
mcm ni belum pernah berlaku lg sepanjang sebulan selepas operation. Saya cakap
dgn nurse ini first time sy tgk saturation 100%. Nurse tu tak pernah lagi jaga
Fateh. Bila dah bersembang rupanya anak dia pon ada masalah jantung masa kecik
dan admit di SKMC jugak. Macam mana la perasaan dia bertugas sambil tgk
anak yg sakit di PICU. Bila perubahan demi perubahan positif setiap hari,
kami pon bertanya tentang saiz jantung yg tak sama saiz tu. Doc kata kita tak
yah pikir sgt pasal tu sbb keadaan Fateh makin ok. Lega tapi risau tu tetap
ada.
Doc
kurangkan ubat bagi dia sedar sikit demi sikit. Dah mula nampak matanya
merenung saya. Subhanallah rindu betul nak tgk matanya melihat saya mcm tu.
Tapi keadaannya masih belum sepenuhnya sedar. Sesekali dia menangis perlahan.
Mungkin lapar sebab susu yg diberi masih disukat dan sgt sikit. Fateh diberi
susu monogen( susu special takde lemak) . Fateh ditukarkan ke bilik lain tp
masih dlm picu jugak. Bukan lg bilik utama. Infection level pon makin berkurangan.
Infection ni sgt perlu dijaga untuk pesakit jantung ni. Kalau bacaan terlalu
tinggi, heart rate akan jadi tinggi, oxygen saturation pon boleh drop dan byk
lagi komplikasi2 lain boleh berlaku. Masa dah tukar ke bilik lain tu, ada sorg
nurse dah briefing kami macamana nak jaga dia di rumah. Katanya elakkan tetamu
yg berpenyakit (batuk, selsema etc) datang ke rumah. Keadaan sekeliling
dia kena bersih dan elakkan bawak baby ke mall atau tpt org ramai.
Beberapa
kawan dari Ruwais dtg melawat masa ni. Dan kami bwk dorg masuk dalam. Sebelum
ni kami ingatkan org luar tak boleh tgk. Bila tgk pak arab ni selamba ajak org
lain masuk, kami pon try la jugak. lagi pun sebelum ni keadaan Fateh belum
betul stabil. Ada yg nampak rilek je tgk Fateh. Ada jugak yg kena
ditenteramkan. Hihi. Saya dah pesan kalau tak boleh nak tgk jgn tgk.
Kwn2 sini dah mcm family. Hati mungkin nak tgk walaupun tak sampai hati. Ada
kawan2 Raat dtg terus je diajak masuk. Bila dorg cite semula rupanya dorg pon
tak sanggup nak tgk lama2.
Saya
tak suka nak post gambar Fateh keadaan mcm tu sbb saya sendiri tak berani kalau
tgk gambar2 baby yg sakit kritikal org post di media sosial. Tapi mungkin
tujuan derma, parents terpaksa post. Alhamdulillah saya bersyukur sangat
insuran company suami tanggung semua kos. Ada org Pakistan yg saya jumpa di
hospital ni, anaknya baru lahir beberapa hari masa tu dan disahkan
ada congenital heart disease jugak. Katanya insuran company dah abis masa kat
hospital lain sebelum di transfer ke SKMC. Utk di SKMC dorg perlu berhutang
dengan company. Macam2 dugaan org. Ulang alik ke hospital ni mmg buat kita
insaf.
Sepanjang
tinggal kat hotel, sesekali kami akan keluar pegi makan. Tapi kebanyakannya mak
akan masak je. Sedap okeh walaupon bahan tak cukup tapi sume menjadi. Sesekali
bila keluar makan tu ada la bwk anak2 ni pegi main kat fun city(mcm fun fair
dlm mall). Tapi tu pon ikut mood kami la. Mood pon berkadaran dengan keadaan
Fateh. Sian jugak dorg ni terperap kat hotel tu walaupun dorg tak komplen. Cuma
selalu bertanya bila baby nak balik. Bila Fateh dah makin ok tu barulah bawak
dorg gi main air kat khalifa park tapi Raat je masuk dalam bwk
dorg. Reward jugak utk anak2 sbb selalu buat kami tersenyum walaupun
berat dugaan nak ditanggung.Saya dengan mak lepak kt padang luar. Tujuan nak
gembirakan anak2 je jd elokla dorg je masuk.
kesejukan
lepas main air
Tgk
anak yg makin sihat automatik badan saya rasa lenguh2. Sepanjang ulang alik ke
hospital sebelum ni, sy bgtau mak sy badan saya takde rasa sakit atau lenguh
pon. Mak saya ada tolong urut masa mula2 dia smpi sini tapi masa tu urut cukup
syarat org dalam pantang je lah. Allah bg saya susah bhgn lain tapi bagi senang
yg lain. Alhamdulillah memang sihat sepanjang ulang alik tu. Bila dah tgk Fateh
makin sihat, saya terasa nak balik ruwais nak mengurut. Saya msg jiran lama
iaitu kwn indonesia saya mintak dia book tukang urut yg juga org
indonesia. Saya pindah rumah pada hari saya bersalinkan Fateh. Saya
bersalin jam 130pagi, movers datang jam 10pagi.
Saya
dgn mak dan anak2 tinggal di ruwais selama 4 hari. Raat balik semula ke Abu
Dhabi. Masa tu bapa mertua dan adik ipar dah sampai Abu Dhabi. Nak tukar turn
jaga cucu2. :) . Raat setiap hari update pasal Fateh. Alhamdulillah setiap
hari perkembangannya sgt positif. Saya pulak selain berurut,
mengemas rumah yg dah tinggal lama dan masih ada saki baki pindah yg belum
setel. Mak paling semangat nak mengemas. Pagi2 lepas subuh dia dah mula buat
keje. Saya ni dah mengurut pastu mengemas plak. Lenguh camtu jugak la.haha.
Takpela janji hati senang.
Bacaan
89 tu adalah oxygen saturation. Masa ni oxygen support hanya tinggal 21%
sahaja.
Alhamdulillah
sepanjang saya berada kat ruwais tu keadaan Fateh semakin baik. Tiub yg ditebuk
untuk keluarkan air trapped di paru2 dia dicabut satu persatu. Ubat ubatan pon
dah berkurangan. Tak sabar masa tu nak balik semula ke Abu dhabi nak tgk Fateh.
Bila kembali semula ke sana, dah tiba masa mak saya balik ke Malaysia. Mak
memang doa supaya Fateh sihat sebelum opah balik. Alhamdulillah walaupun belum
sihat sepenuhnya tapi perubahan positif tu sgt2 bermakna buat kami. Mak saya
balik sama2 dengan apiz,adik ipar saya. Terima kasih apiz bawakkan abah ke sini
dan bawak balik mak kak ija.
ni
hari last mak saya di Abu Dhabi. Datang lawat Fateh dulu sebelum balik
Malaysia.
Sekali
lagi Fateh dipindahkan ke bilik belakang tp masih dalam picu juga. Bilik ni
sorg nurse menjaga 2 pesakit. Raat dah hampir habis cutinya. Kami plan balik
semula ke Ruwais sebelum Fateh kena transfer ke wad. Di wad saya kena stay
sekali dengan baby. Arissa pon dah lama tak pegi sekolah. Kesian dia asyik
cerita pasal school ngn teacher dia,miss bridget. Dia kata miss bridget dah
rindu dia.hihi. Hari kami nak balik ke Ruwais, Fateh dah boleh ditukar ke wad
HDU.
Berkali2
bgtau nurse yg saya nk blk Ruwais yg jauh tu. Risau sebenarnya. Kalau masa
balik mengurut tu Raat ada tlg update keadaan baby. Kali ni kami semua balik.
Keesokan tu pagi2 saya call hospital bertanya keadaan Fateh. Alhamdulillah
semuanya baik belaka. Hari berikutnya tu sebelum sempat saya call, hospital dah
call dulu. Katanya fateh dah boleh transfer ke wad. Dorg tgh prepare nak hantar
dia dan mintak saya dtg ke sana segera. Saya call raat kt tpt keje suruh balik
dan bersiap2 packing utk tinggal di wad. Lebih kurg jam 3pm baru kami sampai.
Nurse kata fateh asyik menangis je sebelum tu. Saya datang terus dia ok. Siannya.
Masa
kat wad fateh masih lg guna bantuan oksigen tp sgt minima. Setiap 6 jam sekali
kena buat neb dan ubat masih diteruskan. Satu ubat utk jantung,satu utk tahan
muntah dan satu lg multivitamin. Berat dia masa lahir 2.24kg. Masa admit di al
rahba 2.7kg dan selepas hampir 2 bln berat Fateh hanya naik 100g iaitu 2.8kg.
Misi seterusnya ialah menggemukkan Fateh,:) . Mesin oximeter yg cek oksigen ngn
heart rate tu pon kdg buat 'lawak' jugak. Tetiba oksigen bacaan drop smpi 70% .
Rupanya nurse kata mesin tu rosak. Sabo je kan.
Muka ngantuk je buat neb
Bila
dah jaga sendiri ni debar2 lain mcm jugak walaupon kat wad. Kejap2 dok perati
kuku,bibir dia biru ke tidak. Maklumla anak i ni tall dark n hensem kikikiki.
Susah sikit nak tgk bibir tu kaler apa. Setiap kali nurse check BP, suhu sume
Alhamdulillah bacaan sume normal.
Lagi
satu yg kena ambil kira ialah luka di belakang kepalanya akibat terlalu lama
terbaring. Masa mula2 di transfer ke wad,luka tu masih belum kering. Bila semua
dah ok, doc kata Fateh dah boleh dibenarkan balik. Tapi kena tahan sehari saja
lagi untuk pastikan dia betul2 sihat. Lebih kurg seminggu jugak di wad.
Sepatutnya dia dijaga di HDU lebih lama tapi disebabkan patient terlalu ramai
yg lebih perlukan tpt di sana, Fateh calon paling layak utk dihantar ke wad.
Hari terakhir di hospital sebelum dibenarkan balik, sonographer sekali lagi
lakukan echo. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan Fateh dibenarkan
keluar tapi tak terkeluar dari mulut saya nak bertanya mengenai saiz
jantung nya tu. Alhamdulillah selepas seminggu discaj ada check up lagi di SKMC
dan doctor bgtau saiz jantung dan Nampak sama. Miracle dari Allah. Subhanallah!
ini surgeon yg operate Fateh. Jumpa
masa dah nak discaj. Suamiku selamba mntk selfie. :)
Sepanjang
saya ada di wad, anak2 tinggal dengan tokwan dorg. Tokwan tolong siapkan Arissa
ke sekolah. Pandai jugak abah buat semua tu walaupun dah lama sgt dah tak siap
anak sekolah.haha. Ada satu malam tu masa Raat syif malam, arissa plak demam.
Tak tido malam la tokwan malam tu. Raat plak asyik call je sampai stress
tokwan. tapi budak2 tu happy je saya takde kat rumah. Agaknya enjoy je buat
sepah takde sape marah.:)
tokwan ambik arissa balik sekolah
Perubahan
yg berlaku sgt cepat selepas doc tukar line ubat tu. Syukur teramat sangat.
Bila ingat semula keadaan dia sepanjang januari tu, saya rasa tak sangka saya
dah boleh peluk cium dia. Banyak yg saya pelajari sepanjang Fateh di hospital
hampir beberapa hari genap 2 bulan. Kuasa doa tersangat hebat. Doa
dengan yakin dan spesifik.
Saya belajar ni semenjak buat bisnes. Doa kena
tepat dan spesifik. Tapi masa dugaan ni jadi, saya macam terlupa semua tu. Bila
diingatkan semula, barulah saya tersedar. Semua yg jadi datang dari Allah jadi
rayu dan mintalah sungguh2 dari Nya. Sebenarnya sekecil2 perkara dalam hidup
pon Allah suruh kita doa. Pada siapa lagi kita nak mengadu dan memohon selain
dari Allah sebab Allah maha mendengar rintihan kita.
Untuk
ibu bapa yang mengalami situasi seperti kami sekeluarga, jangan sekali2
berputus asa. Seperti yg pernah saya tulis sebelum ni, anak yg menjalani
pembedahan jantung ni adalah berbeza untuk setiap individu. Ada yang terpaksa
mengambil masa yang lama untuk sihat dan ada juga hanya mengambil masa seminggu
dua. Semua bergantung kepada keadaan bayi tu sendiri. Jangan kita terus
bersedih jika doctor memberi harapan yg tipis mengikut penilaian mereka. Selalu
ingatkan diri kita bahawa Semua yang akan jadi adalah di tangan Allah.
Bersabarlah dan yakin dengan Allah.
Akhir
kata saya dan suami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada
mak yg bersama susah payah hadapi hari2 sukar kami, kpd bapa mertua yg dtg
menggantikan mak saya,seluruh keluarga, sedara mara, kawan2 di Ruwais dan di
Malaysia, semua staff hospital Al rahba & SKMC (macamla dorg baca
kan..hihihi) dan juga insan2 yg tak kami kenali yg turut membantu.
Mintak maaf
jika ada nama2 yg saya tak sebut dalam blog ni dari Part 1 hingga 10 ni. Tapi
jasa kalian semua tidak pernah kami lupa. Hanya Allah saja yang mampu membalas
setiap kebaikan yg telah kalian berikan pada kami sekeluarga. Terima juga kepada
semua yg terus terusan mendoakan kesihatan buat Muhammad Al Fateh. Dan yang
paling utama syukur kepada Allah SWT atas kurniaan yg tak ternilai ni.
Alhamdulillah.
Berat
terkini ialah 4.0kg. Alhamdulillah
Tammat....:)))
Terima kasih semua sudi membaca kisah Muhammad Al Fateh