Sunday, November 8, 2009

Baju untuk Batrisya..

Semalam aku ke Jusco Tebrau. Tujuan utama nak beli baju untuk isya untuk majlis cukur jambul die nanti dan juge hadiah untuk baby iyad mufid (buah hati pengarang jantung dilla). Jenuh aku pusing2 satu jusco tuh(jalan2 ckit dok kejap kat kusi..fenatt). Takde yang berkenan di hati. Ade yang simple sangat. cam gown bese je la. Ade yang cam sesuai tapi harga pulak tak sesuai.huhu. give up! Nantila hubby balik ajak die carik same2 kat kl ke.
Carik hadiah untuk iyad sib baik ade. Mase kat cs k lyn dah carikkan kat anakku baby highchair tapi bile aku ngan lidia nak beli, kitorg rasa cam tak berbaloi pulak. Harge mahal tapi rupe tak semenggah mane. Tapi highchair tu bergune la bila tiba masanya. Teringat dulu masa anis kecik2 suke kacau orang nak makan. Tambah2 time bulan puasa. Abg aku belikan highchair tu untuk die. Dok dalam tu senyap2. Aman sume orang. :-). So dekat Jusco aku jumpa highchair tu dengan design yang boleh tahan comel dan harganya jauh lebih murah! Inilah yang kita mahu! hehe. Tapi kak lin nasihatkan aku supaya jangan angkat benda tu sorang2. Biar dia beli ngan nuar nanti. Aku cam serba salah jugak sebab aku yang beria nak carik kat jusco. At last kak lyn gak kena datang jusco angkat itu barang.huhu.
Aku pon balik. Aku belikan color pencil untuk anis dan adib. Ni hadiah untuk anis sebab aku da janji dengan dia. Aritu dia tak selera makan(cam dia plak pegnen..hihi). nape tah, maybe sebab die sakit telinga. 2-3 hari tanak makan nasik. Mak aku dah risau2. Kalau adib pulak mak aku risau terlebih makan. hoho.
On the way balik dari jusco aku teringat ada satu kedai baby kat sebelah HSI tu. Baby phoebe. Aku penah pegi situ sebab belikan hadiah untuk akid dan isya. Aku terus ke situ dengan harapan ada la baju untuk isya nih. Masuk je aku da nampak beberapa baju yang sesuai untuk isya. nak carik ala2 cinderella gitu.hiks. harga pulak berbaloi baloi. mampu beli! tu yang penting sekali.Pilih2 takda pulak size kecik..alahaiii..stress mak gini! aku kol mak aku. mak aku kata beli je yang besar..tak kisah. aku pon ukur bahu dan panjang baju tu. mak aku ukur kat badan isya. panjangnye ngam2. bahu baju tu besar sikit je dari isya. boleh lah..beli sajo. malas dah nak carik yang lain. dan inilah bajunye.

jaja belikan special untuk puteri izzah batrisya. nanti balik jaja claim ngan ayah atau opah eh..kekeke

Kekenyangan..

Minggu ni minggu kenyang aku. Sronok sgt rase sebab sebelum ni semua makanan aku rase macam nak termuntah. Tambah2 mase aku masak ketam masak lemak 2 minggu lepas kot(bayangkan la tgh mual2 pi bantai masak lemak...mane tak bergelodak perut..yekk ptuihhh..).aku muntah cam hape je lagi. sampai lembik rase.huhu. nasib la labu. ish takleh ingat menu tu, still rase nak muntah. dah la tgh kenyang nih..
Hari ni zue masakkan ikan siakap tiga rasa(ko dah leh plan ngan min konsep restoran ko nanti..haha), ayam madu, sayur campur ngan sotong goreng kunyit. 2 thumbs up utk zue!!leh masakkan untuk aku lagi since alahan aku sekarang takleh makan masakan sendiri..kekeke.tengkiu2!
2 kali tengkiu jugak untuk kak lyn sebab masakkan untuk aku 2 kali minggu ni. Sekali tu tolong masakkan arnab. Beli dari one of our colleague. kak lyn masakkan goreng kunyit arnab, ayam madu dan sayur. Superb hokeyy!!makan sampai bertambah. Sekali lagi die jemput makan nasik lemak bekpes semalam. aku ngan k jus tak lepaskan peluang. hehe. perut lak memang berkeroncong abis! nasik lomak pon gua tambah..haiyoo..memang kena makan umah orang ke ni??? Trime kasih daun keladi, kalau ade makan2 lagi jangan lupe jemput kami lagi.:-))

Arnab masak goreng kunyit. sedap menjilat jari! arnab ni mase digoreng mengeluarkan satu bau yg wangi. kagum i!

Hopefully start dari minggu ni selera aku makin bertambah. takde mual2 dah. kesian baby lam perut ni kalau mak nye asek nak muntah je. Petua yang aku discover untuk aku elakkan mual2(ramai gak yang nasihat aku bende ni), aku sentiasa menguyah ape2 makanan pon(jajan2 tu takleh la kan..). sentiasa kene isi perut aku ni. makan buah2 ke, cereal , biskut, kismis, kurma. Bile perut sentiasa di isi dengan makanan, takdela peluang angin nak masuk lam badan yang boleh menyebabkan aku berasa tidak selesa dan nak muntah. Dan badan pon semakin bertenage untuk melakukan kerja2 rumah dan kerja di opis(kat opis kalau tak dapat buat keje pon tak kesah sangat..huhu) Selain tu banyak2 berdoa supaya dapat menghadapi ujian ni dengan sabar dan tenang.:-)

Selain itu sokongan dari suami dan keluarga(padahal cite psl mual2 je kan..hihi). Selain itu juga(tak abis lagik) rakan2 yang memberi sokongan dengan memasak untuk aku. Diharap korang leh la selalu masakkan untuk aku..muahahha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...